CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Friday, May 10, 2013

~Kuih Talam Gula Merah~


Assalamualaikum...

Macam biasa bila saya "persembahkan" resepi disini bukanlah bermakna "wow, dia pandai la buat kuih/masak"..

Ini adalah lebih kepada rujukan untuk diri saya sendiri di masa akan datang.

Actually 2 kali saya cuba buat kuih ni..Percubaan pertama memang gagal dan ke tong sampah.  The next day  saya cuba jugak buat lagi kuih ni dan alhamdulillah menjadi.

Kalau tengok kat website memang banyak sangat resepi kuih talam gula merah ni..Ada yang kena masak dulu dan ada yang terus je tuang adunan ke dalam loyang dah kukus.  Ermmm, through my experience yang ke tong sampah tu disebabkan saya tak masakkan dulu adunan tu..terus je saya kukus..Mak oiiiii, dekat 4 jam tak jugak keras-keras.



Percubaan kedua tu memang bersyukur sangat sebab tak perlu campak ke tong sampah lagi..Membazir amalan syaitan! Tapi kalau dah tak jadi nak buat camne kan..

Tekstur kuih talam resepi Kak CT Delima memang sungguh lembut. Tapi resepi asal pun Kak Ct Delima dapat dari blog Yatie..

Saya kongsikan resepi mereka di sini ya (^_^)


Bahan Lapisan Bawah : 
200 gm gula merah
2 sudu gula pasir
2 1/2 cawan air biasa
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar air kapur

Cara-cara :
1. Masak gula merah dan gula pasir bersama2 dengan air. Sejukkan.
2. Sementara itu panaskan pengukus dan balut dengan kain penutupnya.
3. Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya larut dan tapiskan. Masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa kacau.
4. Tuangkan dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
5. Kukus selama 20 minit. Setelah masak, cakar2 sedikit di atas permukaannya dan tuang adunan lapisan atas.

Bahan Lapisan Atas : 
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
Sedikt garam

Cara-cara :
1. Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati dan tapiskan.
2. Kacau atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat.
3. Tuang atas adunan bawah dan kukus sehingga masak (selama 20 minit)
4. Sejukkan dahulu sebelum di potong.



Tuesday, April 23, 2013

~Muffin chocolate~


Bangga bila buat dan menjadi sebab selalu buat tak jadi, asyik ke tong sampah je jawapnya!

Resepi senang dan sungguh mudah dan menggunakan bahan-bahan yang sungguh senang ni memang senang sangat untuk dibuat.

Sungguh banyak perkataan "SENANG" di perenggan di atas.  Itu menunjukkan pejam mata pun boleh buat hokey! Hiksss (^_^)

Adunan yang saya buat ni boleh dapat 12 - 15 biji muffin yang sungguh sedap!

Oh, ni bukan resepi original dari saya tau tapi saya dapat setelah google menggoogle di internet  di petang yang sungguh tenang sambil tengok tv dengan budak kecik comel kesayangan jiwa *Mummy miss u dear* tetiba kan!

Original recipe is from here, from Cadbury ouls! Ye, ala..kilang dia ada kat Seksyen 16 Shah Alam tu..Hahaaa

Bahan-bahan:

100g butter (softened)
100g gula castor
2 biji telur
100g tepung naik sendiri
25g
 serbuk koko

Cara-cara:
1.  Panas oven hingga 160 hingga 170’c
2.  Pukul gula dan butter hingga sebati, masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul lagi hingga kembang
3.  Masukkan adunan tepung dan serbuk koko ke dalam adunan telur
4.  Sudukan adunan ke dalam muffin  cup sehingga ¾ penuh
5.  Bakar selama 15-20 minit atau sehingga masak


Dan ini adalah hasilnya! Yeay!!!



close up!



Monday, February 25, 2013

~Kuih Seri Muka~



Memang betul kata orang tua-tua..

"Usaha tangga kejayaan"..

Setelah berusaha naik tangga sekali dan terjatuh, maka sekali lagi saya berusaha untuk membuat kuih seri muka.

Cubaan kedua dapat A+ dari suami tercinta.

Alhamdulillah..

Terima kasih  kepada Damai Qalbu kerana sudi share resepi yang sungguh menjadi.

gambar - ikhsan dari Google Image



KUIH SERIMUKA

Resepi asal: Cafe Serimuka
Sumber: Sue Hisham
Olahan: Rohaisha

Bahan-bahan:
Bahan Lapisan Bawah:
300gm beras pulut | cuci & rendam 1 jam
2 cawan santan
Sedikit garam

Cara menyediakan:
1.Tapiskan/toskan beras pulut, kemudian griskan loyang dengan minyak.Gaulkan sebati beras pulut bersama garam dan santan (ukuran santan hendaklah separas dengan beras pulut).
2.Masukkan dalam loyang dan kukus selama 20 minit

Bahan Lapisan Atas:
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 1/2 cawan santan pekat
1 cawan gula pasir
1 biji telur (resepi asal tak letak telur)
2 sudu besar  jus pandan
1 sudu teh pewarna hijau
1/2 sudu kecil garam

Cara menyediakan:
1.Satukan kesemua bahan dan blendkan (saya kacau guna whisk je).
2.Angkat pulut yang dikukus tadi dan kacau alih.Kemudian alihkan ke alam loyang berukuran 8" yang dialas dengan plastik.
3.Tekan-tekan pulut agar padat.Carikkan sedikit permukaan pulut menggunkan garfu.
4.Tuangkan adunan yang diblend tadi ke atas pulut, kemudian tutup dengan foil.
5.Kukus selama 40-45 minit.
6.Biarkan sejuk baru dipotong.


Wednesday, December 12, 2012

~Resepi Roti~


Resepi roti ni saya dapat dari Cikgu Arfah, member ahli PERWAKILAN Moscow.  Yang bagusnya cikgu tunjuk step by step, cara letak, cara timbang.  It was so detail.  Ya, saya perlukan tunjuk ajar yang begitu detail sekali.  Sebab kadang tu tiru je resepi dari internet tapi bila cuba tak jadi walhal try sebijik sebijan kat resepi tu.  So saya yang salah ke resepi yang salah?

Ok tak perlu jawab sebab tak tau siapa yang sebenarnya salah!

Let's proceed with the recipe... Bukanlah saya 'teror' sangat sampai nak kongsi resepi bagai sebab ni bukan blog resepi, tapi cuma untuk reference saya di masa hadapan je sebab resepi ni bila saya buat dia sungguh menjadi.

Roti Potato

600 gm tepung roti
100 gm gula
1.5 tsp garam
2 sudu besar dry yeast
1 biji telor
270 ml susu segar
120  kentang putar or 2 sudu besar potato flour ( dibancuh dgn air)
60 gm mentega/ butter

Cara-cara:
Masukkan semua bahan dlm BM; tepung followed by yeast, potato flour, gula, garam, telur dan susu serta butter
BM 'dough'- tumbuk dan bulat2kan
Rest kan.......
Sapu kuning telor (glaze) dan paipkan custard (susu, gula dan tepung custard - masak) silang pada roti
Bakar pd suhu 160-180' for 25 mnts



***********************************************

Roti Sausage


120 ml susu segar
50g telor
300 gm tepung roti
1 tsp grm
3 sudu besar gula
60 gm butter
1 tsp dry yeast
12 btg sausage
sos tomato/ cilli
mayonese
kuning telor utk glaze atas

cara-cara:
Masukkan semua bahan dlm BM; tepung, yeast, butter, gula, telur, garam, susu dan telur
BM.. kluar dan tumbuk2
Bahagi 12 bhagian
Rehatkan 10 mnt
pintal, spiral or flowerkan
Bakar 10-15 mnt suhu 180'C
nak mkn bru letak mayo dan sauce





Wednesday, August 8, 2012

~Sagu gula melaka~



Memang sesuai sangat bulan puasa ni berbuka dengan kuih manis dan sejuk kan.  Tambah pulak diwaktu panas ni, pekena something yang sejuk memang nyaman sangat!

Oh before that, harap maklum ni bukan blog masakan ye.  Adapun resepi-resepi yang diletakkan di sini adalah untuk tatapan dan reference si tuan tanah saja..Since I tak pandai sangat masak memasak ni haruslah segala resepi yang dicuba dan yang paling penting menjadi diletakkan untuk rujukan di masa akan datang.  Tak kalut nak mencari betul tak?

Daddy always told me "boleh tak bila buat sekali tu terus je ingat dalam kepala, tak payah nak tengok2  resepi lagi"...

"Daddy, kuih-muih ni sensitif, kalau lari sikit timbangan dan bahan-bahannya nanti tak jadik kan rugi, sebab tong sampah yang makan".. (eh, menjawab)..Ngeeeee

Sagu gula melaka ni resepi paling simple dan paling senang, tak payah nak tepek resepi kan sini pun takpe sebenarnya.  Ermmm, tapi apa salahnya letak jugak kan..hahahahah

Bahan-bahan:
  • sagu secukupnya
  • air
  • fresh milk
  • air gula melaka / gula merah
1.  Firstly, basuh dan masakkan sagu dengan air sampai kembang
2.  Basuh sagu yang dah dimasak tadi untuk membuang kanji
3.  Toskan seketika dan masukkan ke dalam acuan atau bekas atau cawan 
4.  Curahkan air gula melaka dan kemudian fresh milk ke dalam bekas atau cawan tadi
5.  Sejukkan dalam fridge dan sedia untuk dimakan

*gambar ihsan Cik Google*
Disebabkan kesedapan yang amat sangat, sampai kelupaan nak ambik gambar.  Terima kasih Cik Google! Oh, lupa pulak nak bagitau, actually ikut resepi asal guna santan kelapa lagi lemak rasa dia tapi apa salahnya ditukarkan kepada fresh milk yang lebih berkhasiat. Ikut citarasa masing-masing lah ye.


Thursday, July 26, 2012

~Kuih bom juadah berbuka~


Salam Ramadhan.  Dah 7 hari kita berpuasa kan.  Opsss..."kita" tu tak termasuk yang berada kat Malaysia lah sebab kami di sini mula puasa hari Jumaat ;))

Semalam teringin sangat nak makan kuih bom.  Lama oulss tak makan kuih tu.

Kuih bom hasil tangan saya
Google resepi, banyak jugak jumpa..macam-macam cara, macam-macam bahan. And me??? Haruslah ku cari yang paling senang..Ngeee ;D

Resepi paling senang dan dah tentulah menjadi ini dicedok dari my resepi.  Kenapa pilih yang ni? Sebabnya suka bila makan tu cam kunyah chewing gum! Hahaha (^_^) *tapi tak bermakna sampai lenguh mulut mengunyah tau sebab dia lembut je*


Bahan-bahan:
  • 1 setengah cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung beras
  •  3/4 cawan air gula (suam)
  • inti kelapa manis
  • bijan
Cara-cara:
  1. Satukan tepung pulut dan tepung beras dan gaul sebati.  
  2. Masukkan air gula dan uli sehingga menjadi keras
  3. Bulat-bulatkan doh tepung, leperkan, masukkan inti kelapa manis, cantumkan semula dan bulatkan kembali.
  4. Dalam bekas lain golekkan adunan yang dah ada inti tadi dan layangkan di tangan supaya bijan yang tak lekat kan jatuh dengan sendiri
  5. Goreng sehingga keperangan

Tuesday, July 24, 2012

~Onde-onde si buah melaka~


Lama sangat teringin nak belajar buat kuih onde-onde atau buah melaka ni tapi asyik tak berkesempatan jerk.  Asal nak buat je busy, asal busy sure lah tak dapat nak buat.  Ahaksss

Semalam menjenguk ke Teratak As sebab nampak entry pasal buah melaka ni.  Terus la teruja kannnn dan semangat onde-onde datang membuak.

Oh, bila dah buat rupanya senang lah sangatttt...teramat senang *nak tunjukkan betapa senang..eceh* Rugi dari dulu tak buat tau! Since dah pandai buat haruslah lepas ni asyik buat kuih ni je sebab Daddy suka!! Tapi semalam coated pakai kelapa kering je sebab tak sempat nak cari kelapa fresh (campurkan sedikit air panas ke dalam kelapa kering agar basah).  Daddy kata pakai kelapa fresh would be better.  Ok noted!!! (^_^)

Onde-onde hasil tangan saya!
Resepi ni originally from As.  Saya suka sebab sukat pakai cawan je, tak payah nak keluarkan penimbang.  Thanks As :D

Kuih Buah Melaka:
(copy & paste dari Blog As)

Bahan-bahan,

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan air
  • 1 ketul Gula Melaka 
  • 1 sk pewarna hijau berperisa pandan
  • Kelapa parut dan sedikit garam
Cara-cara, 
  • Potong kiub kecil gula Melaka
  • Bancuh air bersama pewarna hijau pandan
  • Tuangkan air sedikit2 dalam tepung pulut dan uli hingga adunan boleh digentel.
  • Ambil sedikit adunan, bulat2kan kecil, leperkan dan masukkan kiub kecil gula melaka. Tutup rapat.
  • Didihkan air, masukkan buah Melaka dan tunggu hingga buah melaka timbul
  • Angkat buah Melaka dan golekkan atas kelapa parut yang dicampur sedikit garam
  • Sedia dihidang. 


Monday, June 4, 2012

~Lasagna~



Dulu masa zaman anak dara mood memasak memang ke laut lah kan.  *Ni pengakuan jujur tulus ikhlas dari hati yang suci murni*

Tak pernah cuba, tapi asyik kata masak lasagna ni mesti susah bangat! Ceh, belum berperang dah mengaku kalah.  Apelah!!!

Sekali dah cuba ya ampun senang nyerrrrrrrr!!! Nyesal tak cuba dari dulu..*Better late than never* Kan..kan..kannnnnnn (^_^)

Bahan-bahan:


Kepingan lasagna 
*rebus bagi lembut


Inti
- daging kisar
- sos spaghetti
- tomato potong dadu
- bawang potong dadu 
- button mushroom
- serbuk oregano
 * masukkan sedikit minyak, tumiskan bawang dan kemudian masukkan daging kisar, biarkan hingga masak.  Masukkan pula sos spaghetti, kacau lagi, masukkan garam sikit, tomato, mushroom dan serbuk oregano.  Biarkan hingga masak.  Siap!!!


Sos putih
- butter
- 2 sudu tepung gandum
- susu penuh krim (susu kotak)
- keju (i guna cheesdale tu je senang)
* cairkan butter atas api, masukkan tepung, kacau sebati, then masukkan susu and lastly keju.  Kacau-kacau bagi sebati.  Jangan lupa masukkan sedikit garam.


Now kita pegi pada cara-cara nak lapiskan lasagna ni.
- bahagian bawah sekali letakkan kepingan lasagna yg dah lembut hingga menutupi semua bahagian.
- letakkan inti
- tuangkan sos putih hingga menutupi inti
- taburkan dengan parmesan cheese and mozarella
* ulang semua step kat atas sampailah penuh loyang tadi.  Yang last sekali tu kena lah letak parmesan cheese and mozarella tu banyak2 barulah sedap.  And bakar dengan suhu 180'c selama 20 hingga 30 minit.







Tuesday, March 27, 2012

~Kek pisang walnut~


Disebabkan 2 hari (Jumaat & Sabtu) Zara tak berapa sihat due to kembung perut jadi weekend hanya dirumah sahaja.  Tambah pulak Sunday aritu salji turun tak berhenti from morning. Semua aktiviti luar cancel!

Memandangkan since monday lagi Daddy dah request Mummy buat kek pisang walnut, so "supermak" ini pun bergegas ke dapur lepas lunch, lepas lipat baju, basuh baju, sidai baju untuk memenuhi permintaan suami tersayang *wink*wink*

Senang je buat kek pisang walnut ni, but still refer pada resepi yang dulu tu. Daddy kata cubalah lepas dah buat sekali tu terus ingat dalam kepala! Ala Daddy, Mummy bukan tak ingat cuma nak pastikan je takde bahan yang tertinggal. Kang ke tong sampah pulak jadinyer. Rugi tau tak! Eh, menjawabbbb :D

Ok salin jelah sekali lagi resepi yang dulu tu tapi kali ni tambahkan je walnut (^_^)

kaya dengan walnut dan semestinya Daddy suka!



Bahan-bahan:

5 biji pisang sederhana besar 
3 biji telur sederhana besar 
3 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan minyak 
2 sudu butter / margerin
1 1/2 sudu teh soda bicarbonat 
1 1/2 sudu teh baking powder 
esen vanilla
secubit garam  
walnut secukupnya
choco chips / choco rice 

Cara-cara:

1.  Lenyekkan pisang bersama tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder dan garam.
2.  Dalam bekas lain pukulkan telur, butter, esen vanilla dan gula 
3.  Satukan adunan tepung, adunan telur dan minyak
4.  Gaul sebati, kemudian masukkan walnut dan choco rice
5.  Masukkan dalam bekas pembakar 
6.  Taburkan walnut lagi 
7.  Bakar selama l/kurang 1 jam dengan suhu 180' 

~Oreo Cheese Cake~


Daddy keep on asking for a cheese cake lepas percubaan pertama hari tu yang boleh dikatakan menjadi tapi malangnya hangit! Saya la yang jujur sangat, ikut je resepi tu kata bakar dalam suhu 250'C... Macam la selama ni tak pernah bakar kek kan! Dah kena bebel dengan Daddy..tak pasal je...huhu

Percubaan kedua alhamdulillah menjadi tapi rupa tu takde lah sangat kan sebab deco dalam keadaan yang kalut sebab Zara menangis.

Yes, sayalah "supermak" hari sabtu hari tu.  Daddy keluar. Tinggal saya and Zara.  Mood buat kek datang membuak-buak..kekeke :D tapi Zara pulak mood tak ok, sakit perut i think. Dahnyer mummy tak boleh nak bergerak langsung.  Baru nak diri Zara nangis, tinggalkan lagilah nangis! 

Dahnyer apa saya buat? Terpaksa la buat kek depan tv, sambil Zara baring.  Tapi dia nangis jugak sebab saya tak layan.  Ermmm...terpaksa lah tangan ni pegang dia sebelah, sebelah lagi pegang mixer, pecahkan telur, masukkan gula semua pakai tangan sebelah aje!

Time nak bakar tu terpaksa lah tinggalkan Zara depan tv, melalak lah dia..dahnyer macam mana nak tuang adunan kan..nak masuk dalam oven...uishhh panas tu tak berani lah nak pegang Zara sambil nak masukkan kek dalam oven..Bahaya!!!  Sambil dia melalak-lalak tu saya pun cecepat ajer tuangkan adunan dalam loyang, deco pun kalut-kalut aje..Tak kesah asal ada rupa dan yang paling penting tu ialah rasanya!


Resepi kali ni saya ambil dari blog Asmara sebab saya tengok bahan-bahan dia senang je.  Thank you Asmaradayana :D

Ok, kat sini saya letakkan bahan-bahan ye (actually senang utk saya rujuk di kemudian hari):

Bahan-bahan:
  • 250g cream cheese
  • 200ml yogurt
  • 2 sudu lemon juice (saya tukarkan dgn sunquick)
  • 3 sudu tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula
  • 5 keping biskut oreo
  • Coklat Hershey's syrup secukupnya (saya tukar dgn coklat emulco)
Bahan untuk base:
  • 200g biskut merrie (blend halus)
  • 70g butter (dicairkan).

Cara-cara:
  • Untuk base, biskut dan butter disatukan
  • Tekan dan mampatkan biskut dalam loyang springform
  • Sejukkan dalam peti ais lebih kurang sejam atau masukkan dlm peti ais beku 15 minit
  • Putar creamcheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi
  • Masukkan yogurt, lemon juice @ sunquick dan tepung, putar sebati
  • Hancurkan biskut oreo dan masukkan dalam adunan cheese bersama sedikit coklat hershey syrup @ coklat emulco
  • Sebatikan dalam adunan. 
  • Tuang adunan atas base biskut yang disejukkan tadi, picitkan coklat hershey disekelililing dan lorekkan.
  • Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau hingga masak. 
  • Sejukkan sebelum dikeluarkan dari loyang dan sedia dihidang.

p/s:  Hubby kata sedap! Masih ada dalam peti ais lagi. Cheese kek ni bukan boleh makan banyak-banyak sebab cepat muak.  Zara pulak lepas saya tinggalkan dia masa nak bakar kek tu dia menangis melalak sampai merajuk.  Saya pujuk pun dia tetap lagi menangis tersedu-sedu. Alaaa..sian anak Mummy..Mummy sori ye sayang, manja!!


Monday, March 5, 2012

~Caramel Choco Moist Cake~

Rutin setiap hari Sabtu dan Ahad mesti nak buat kek!!

Last friday goggle menggoggle and lastly jumpa resepi yang berkenan di hati.  Mula tu nak buat coklat moist kek, tapi lepas visit ke blog Liza Hashim ternampak pulak caramel coklat kek and the figura is so yummy!! 

So nak buat coklat moist ke caramel coklat kek?

Ahad, pukul 6.00 pagi dah terjaga Zara nak susu..Ajak dia tido dan Mummy pun nak sambung tido tapi tak boleh pulak. Bangun jelah, solat, basuh baju, lipat baju.

Turun dapur, google resepi and ok fine! Let's do caramel coklat kek!!

Dan inilah hasilnya! Letak dalam peti ais, makan sejuk-sejuk  memang chill!! (^_^)



Let's check it out the ingredients. Original recipe adalah dari sini cuma ubah sikit je ikut kesesuaian sendiri :D


STEP 1 ~ KARAMEL:

3 sudu besar gula pasir
1 sudu besar air
2 sudu besar air

` Sediakan karamel. Campurkan gula dengan 1 sudu air.
` Panaskan sehingga jadi warna perang.
` Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi.
` Tutup api.
` Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
` Make sure karamel td memenuhi ruang loyang tu tau.

STEP 2 ~ Puding:


1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
4 biji telur
Parutan lemon (nak bagi hilang hanyir telur since Hubby tak berapa suka cream caramel sebab rasa telur sangat katanya) 

` kacau perlahan bhn2 kat atas guna whisker atau garpu dan tapiskan ke dlm loyang gula hangus td.
Cara Bakar:
bakar karamel secara steam bake pd suhu 180'c selama 15min
Cara Kukus:
kukus sampai masak le.. dlm 30 minit aje, dengan api perlahan kalau x nnt puding nye x cantik berongga2.

STEP 3 ~ Kek Coklat Moist:

BHN A :
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor (i guna gula biasa je)
1 cawan minyak masak

CARA:
` Satukan semua bahan dlm periuk,kemudian gaul rata.
` Masak atas dapur gas dgn api perlahan sambil kacau2 hingga sebati.
` Dah sebati, padamkan api dan rehatkan sekejap

BHN B:
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil/KFC soda bikarbonat
1 sudu kecil/KFC baking powder
*semua bhn di atas di ayak

BHN C:
4 biji telur - pukul dgn whisker atau blend sekejap

CARA :
` Satukan BHN B dan BHN C ke dlm BHN A secara berselang seli dan gaul sebati dgn whisk atau senduk
` Tuangkan adunan ke dlm loyang karamel tadi
Cara Bakar:
bakar secara steam bake pd suhu 180'c selama sejam atau hingga masak...bergantung kpd oven masing2
Cara Kukus:
kukus sampai kek tu betul2 masak dlm 1 jam 30 Minit

Dah masak, biar kek sejuk/suam2 kuku atau hingga kek meregang baru di terbalikkan kek
Jangan panas2 terus terbalik kan, nanti puding pecah.

Boleh je hidang terus ataupun nak lagi chill bolehlah sejukkan dulu dalam peti ais, kemudian hidangkan dan eermmmm, combination of cream caramel n coklat moist kek terasa di mulut! Heavenn!!!


Friday, February 17, 2012

~Ubah bulan~

Ni bukan nak cakap pasal bulan Januari sampai Disember!

Tapi pasal baby berubah bulan. Anak-anak you all pun sama tak?

Zara dari bulan pertama nak masuk 2 bulan..Dua tiga hari dia nak genap dua bulan tu asyik buat perangai je, nangis dan nangis, tido pun tak nak sangat! Pening kepala kami suami isteri. Rupa-rupanya dia nak berubah bulan. Masa tu kami tak tahu lagi.  Mak mertua yang bagitau.  Terima kasih mak!

Semalam Zara genap 3 bulan.  Seminggu jugak dia buat perangai tak nak tido siang! Sebab dah tau jadi kami taklah pening-pening kepala lagi kot dia sakit ke apa ke.

Hari ni dah genap 3 bulan 1 hari, ermm, tido je dia..Alhamdulillah (^_^)

Friday, January 13, 2012

~ Vadey ~

Sempena masih bercuti dan kebetulan hari Jumaat, inilah peluang I untuk menyumbangkan sedikit makanan untuk solat Jumaat nanti. Actually memang tradisi dekat sini - siapa2 je dialu-alukan untuk menyumbangkan makanan on Friday. Tak nak pun takpe, takde siapa nak marah..Hehehe

Ok, ni percubaan I yang kali ketiga kot buat kuih tradisi India ni; "VADEY" sebabnya suami I suka makan kuih ni. So kena lah buat sampai pandai..Nak jadik isteri mithali kan?? :D

Alhamdulillah setelah berkali-kali tak jadi, asyik hancur berderai je time goreng, di pagi Jumaat yang mulia ni jadik pulak..Alhamdulillah..Amin..Amin..


Bahan-bahan:
~ 1/2 kg kacang dhal
~ 2 ulas bawang dipotong dadu
~ 10 ulas cili kering dipotong halus
~ sedikit garam


1.  Kacang dhal direndam 3-4 jam dan diblend (if ada yang tak hancur takpe)
2.  Satukan semua bahan; kacang dhal, bawang, cili kering dan garam
3.  Bulat-bulatkan, leperkan sikit dan goreng

Senang je kan buat dia (ceh, sounds berlagak..hehehe). Gambar dekat atas tu hasil tangan I lah tu. Mungkin rupanya tak berapa cantik sikit tapi takpe yang penting rasanyer dan tak hancur berderai..hahahaha (^_^).  Tang rupa tu boleh improve lagi tu..


Monday, November 14, 2011

~Kuih koci~

Kuih koci ni memang kegemaran suami saya, especially kuih koci yang dalam dia pulut hitam! Memang bila si suami makan x offer pun kat saya. Tapi kat Moscow ni memang kuih koci tak dapat nak dibeli di mana-mana pun, dahnyer Russian makan kuih koci ke?? LOL!!

Disebabkan taknak berlaku pembaziran pada daun pisang yang saya beli sepeket lebihkurang RM30 tu, makanya kena la manfaatkan dengan sebaiknyer..

Kuih pau alas daun pisang dah!
Nasi lemak bungkus daun pisang dah!
Lepat pisang pun dah!

So sekarang ni turn kuih koci pulak ye (^_^) Resepi saya dapat dari bonda tercinta, harus la menggunakan talian hayat menelefon ke Malaysia sambil bertanya kabar, bercerita n last sekali baru mintak resepi..hehehehe

Bahan-bahan:
1.  2 cawan tepung pulut
2.  Sedikit labu / keledek yang telah direbus dan dilenyekkan - agak-agak je
3.  1 kotak kecil santan
4.  Sedikit garam
5.  Daun pisang yang telah dilayurkan - utk membungkus

Cara-cara:
1.  Satukan tepung, labu/keledek dan sedikit garam
2.  Masukkan santan sedikit demi sedikit dan adun sebati
3.  Bulatkan adunan kecik-kecik, leperkan dan masukkan inti kelapa dan bulatkan balik
(masa bulatkan adunan tu, make sure sapukan tangan kita dengan minyak sikit supaya adunan x melekat kat tangan)
4.  Lumurkan adunan yang dah berinti tadi dengan minyak dan balutkan dengan daun pisang
5.  Panaskan air dan kukus lebihkurang 30 minit.



So inilah hasil percubaan pertama buat kuih koci. Suami bagi puji-pujian lah kan sebab menjadi dan again takde satu pun yang ke bakul sampah..@_@


Friday, November 4, 2011

~Pau yang gebu~

 Percubaan yang pertama kalinya!!! Ya Allah, menjadi dan sungguh gebu.. Haruslah rasa bangga sikit kan!! **riak** hahahahaha

Oh, senang je rupanya buat pau ni.  Resepi ni i get from my sister. Bahan-bahan pun senang je xde la remeh coz bila i tengok sesetengah resepi kat blog or kat myresepi ke, adoyai banyaknyer bahan dia pakai.  Ada tu yg mcm tak pernah dengar je. End up, MALAS!! coz resepi susah..Tapi yg ni memang senang je dear..

Bahan-bahan:
* Tepung gandum 2 cawan
* Mauripan 1 paket
* Margerin 2 sudu
* Susu pekat 1 sudu 
* Air suam

Cara-cara:
1.  Gaul tepung dengan margerin sampai sebati
2.  Mauripan campurkan dengan air suam tadi
3.  Masukkan campuran air suam dan mauripan dalam tepung
4.  Masukkan susu 
5.  Gaul semua bahan hingga sebati
6.  Tutup dengan kain basah or ape2 je asal tertutup (make sure bekas tu besar ye coz tepung akan mengembang)
7.  Biarkan tepung naik hingga 2 or 3 kali ganda

Bahan inti:
* Kelapa parut
* Gula merah
* Gula pasir
* Air sedikit
* Daun pandan

Cara-cara:
1.  Masukkan semua bahan dalam kuali 
2.  Kacau rata dan sebati
3.  Tunggu kering sikit dan terus angkat

Bila tepung dah naik and inti pun dah masak, so bolehlah kita bulat-bulatkan adunan tu, kemudian leperkan dan letak sedikit inti, then bulatkan lagi n letak atas daun pisang, kertas pun xpe je..



Sambil tu panaskan pengukus dan biar hingga air mendidih.  Masukkan loyang pau tadi, tutup dan biarkan 7 hingga 10 minit dan terus angkat.


Kat atas ni hasil dari percubaan pertama i dear! Takde la cantik sangat macam pau Ahmad ke pau Ali ke kan tapi yang penting pau i sungguh gebu, lembut dan haruslah mendapat puji-pujian dari Suami Terchenta!!


Bila hasil menjadi haruslah sekelip mata je licin kan..Makan time panas, ya ampun sedapnyer!! So kali ni kuih i takde yang ke tong sampah la ye..Horeeyyyy!!! (^_^)

Monday, July 25, 2011

~Puding kastard jagung~

bahan utama
Bahan-bahan:

1 paket tepung kastard
1 tin jagung
1 tin susu cair
1 1/2 cawan gula
6 cawan air

Cara-cara membuat:

1.  Satukan semua bahan-bahan di atas
2.  Masakkan di atas api sederhana dan kacau hingga pekat




3.  Setelah pekat dan kekuningan, tuangkan kedalam loyang atau acuan-acuan kecil (suka ati)
4.  Biarkan keras

5. Setelah keras bolehlah dipotong-potong dan dihidangkan bersama teh tarik / juice



Wednesday, July 6, 2011

~~Kek pisang~~

Ingat tak, entry yang lepas tu kan ada bagitau yang aku x sabar sangat nak tunggu weekend coz nak masak-masak.. So resepi yang dicuba adalah kek pisang hasil dari ajaran Kak Arfah...

Rupanya senang je buat kek pisang ni, tutup mata pun leh buat.  **Sila pengsan kerana ada unsur-unsur berlagak disitu**

Bahan-bahan:

5 biji pisang sederhana besar 
3 biji telur sederhana besar 
3 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan minyak 
2 sudu butter / margerin
1 1/2 sudu teh soda bicarbonat 
1 1/2 sudu teh baking powder 
esen vanilla
secubit garam  
* campurkan choco chips / choco rice (optional)

Cara-cara:

1.  Lenyekkan pisang bersama tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder dan garam.
2.  Dalam bekas lain pukulkan telur, butter, esen vanilla dan gula 
3.  Satukan adunan tepung, adunan telur dan minyak
4.  Gaul sebati
5.  Masukkan dalam bekas pembakar dan bakar selama l/kurang 1 jam dengan suhu 180' 

Dan dengan bangganya inilah hasil kek pisang saya yang dibuat dengan ingredients tambahan seperti perasaan kasih sayang  dan chenta untuk Hubby dan baby dalam perut..Memang sesuai untuk minum petang sambil relax-relax tengok tv..Kena pulak hujan turun..Wah, memang syokkkk!!!

Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...