Dulu masa zaman anak dara mood memasak memang ke laut lah kan. *Ni pengakuan jujur tulus ikhlas dari hati yang suci murni*
Tak pernah cuba, tapi asyik kata masak lasagna ni mesti susah bangat! Ceh, belum berperang dah mengaku kalah. Apelah!!!
Sekali dah cuba ya ampun senang nyerrrrrrrr!!! Nyesal tak cuba dari dulu..*Better late than never* Kan..kan..kannnnnnn (^_^)
Bahan-bahan:
Kepingan lasagna
*rebus bagi lembut
Inti
- daging kisar
- sos spaghetti
- tomato potong dadu
- bawang potong dadu
- button mushroom
- serbuk oregano
* masukkan sedikit minyak, tumiskan bawang dan kemudian masukkan daging kisar, biarkan hingga masak. Masukkan pula sos spaghetti, kacau lagi, masukkan garam sikit, tomato, mushroom dan serbuk oregano. Biarkan hingga masak. Siap!!!
Sos putih
- butter
- 2 sudu tepung gandum
- susu penuh krim (susu kotak)
- keju (i guna cheesdale tu je senang)
* cairkan butter atas api, masukkan tepung, kacau sebati, then masukkan susu and lastly keju. Kacau-kacau bagi sebati. Jangan lupa masukkan sedikit garam.
Now kita pegi pada cara-cara nak lapiskan lasagna ni.
- bahagian bawah sekali letakkan kepingan lasagna yg dah lembut hingga menutupi semua bahagian.
- letakkan inti
- tuangkan sos putih hingga menutupi inti
- taburkan dengan parmesan cheese and mozarella
* ulang semua step kat atas sampailah penuh loyang tadi. Yang last sekali tu kena lah letak parmesan cheese and mozarella tu banyak2 barulah sedap. And bakar dengan suhu 180'c selama 20 hingga 30 minit.
3 comments:
yummy yummy.. nk wat gak ler.. mekasih share resepi..
nak buat la nanti..!
anis pun nak wat la...tgk cam senang plak...coz tgk resepi2 lain, rase cam susah je....
Post a Comment