CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label preparation to moscow. Show all posts
Showing posts with label preparation to moscow. Show all posts

Wednesday, February 16, 2011

~tempat menarik di moscow ~

Saya belum lagi sampai di Moscow tapi adalah penting untuk saya mengetahui tempat2 menarik di sekitar Moscow.  Tujuannya adalah:

*  untuk menghindarkan debaran di dada
*  supaya saya lebih seronok tinggal di sana selama 3 tahun
*  latihan awal sebelum menjadi tourist guide kpd family n kawan2
*  dan yg terutama sekali; untuk memudahkan saya berjalan-jalan melawat kawasan nanti ;P

Sebenarnya kan, memang perlu untuk kita buat research pasal tempat2 yang kita nak pergi ni x kira kat mana2 pun..(tapi bila nak berhijrah ke Shah Alam tahun 1998 dulu, xde la aku buat research pun coz time tu internet x meluas cam sekarang ni..jadinyer tawakal itu perlu..huhu ).. Especially macam saya ni ha, majority orang yang saya jumpa semua akan kata "ish, Moscow tu tak best, bekas negara komunis".. "hati2 kat sana tu, tempat orang"... "orang Moscow tu x suka dengan orang luar".. Demikian lah ayat2 skema yang selalu saya dengar which make me headache... Tapi terima kasih jugaklah sebab ayat2 skema itu membuatkan saya begitu rajin untuk menggooglekan diri mencari info tersebut :D

Jadinyer untuk menggembirakan hati saya yang mula-mula agak lara bila dapat berita akan ke Moscow ni, saya pun cecepat dan sepantas kilatnyer terus je google tempat2 menarik yang terdapat di Moscow ni ha macam The Kremlin, Red Square, St Basil Cathedral, Poklonnaja Mountain, Mausoleum any many more.. dan dengarnyer shopping complex pun best2 gak...hohoho (^_^) Dengan harapan konon2nyer info ni dapatlah menyejukkan dan menpositifkan hati saya yang sedikit ketakutan, cit!.. Walau apepun sekarang ni saya redha je dan suka pulak, sekurang2nya ini adalah cabaran baru untuk diri saya..

p/s:  Saya bekerja mencari rezeki yang diredhai Tuhan...

Friday, February 11, 2011

~ proses membuat visa ~

Semalam pagi aku dan hubby meredah NKVE yang dah tak jam (memang dah x jam coz org semua dah masuk keje, aku  je yg terlambat bangun..huhu) terus menuju ke Pejabat Kedutaan Rusia atau nama Inggerisnya Russian Embassy..

Russian Embassy ni terletak kat Jalan Ampang..area ni memang tempat berkumpulnya semua embassy-embassy yang ada kat Malaysia ni...dekat-dekat je tempat dia..satu jalan, senang nak carik...Berdekatan dengan Menara Perkeso...

Mula-mula je sampai agak seram..mana taknya bangunan dia sungguh tertutup..very tak welcome orang je gamaknya..Tapi aku masuk gak..as usual kena register dulu then dia siap scan badan kita...Bila turn my hubby dan2 je alat sensor tu bunyik, aku panik gak, tapi bila kuarkan ghopenyer handphone je pun...ahakakakk (^_^)

Bila masuk dalam pejabat Konsulat dia tu, cuma ada one Indian lady yg sungguh friendly melayan kami iaitu Ms Cindy...borak2 dulu bagi kenal2 n bila aku kata we're just married, terus je dia mainkan musical box as she don't have any gift to give to us (St Basil, Moscow - maybe souvenir tu dia beli time pegi Moscow dulu kot..dia citer dah 4 kali dah dia g Moscow..dulu murah je but now dia kata expensive..x gi dah!)..Sebenarnya kan, mula2 tu aku ingat dia nak bagi aku benda tu..tapi ghopenyer dia mainkan je lagu...tapi nice jugak kan? Tq so much Cindy.. :D

Ok, jom sambung citer pasal proses membuat visa ni...Selama ni aku dengar yang urusan membuat visa di Russian Embassy ni susah bangat..and macam2 yang dia nak..tapi mungkin semalam nasib aku n hubby baik kot coz the procedure is very easy as compared to South Korea punya procedure (Kak Fiza yg nak g Seoul tu x boleh proses borang sebab banyak benda yg dia nak..masa org col tanya, kata cuma gambar n passport n borang je..bila nak submit borang dan2 la nak flight tiket lah, perbelanjaan kat sana lah..hishhhh, ngade tul tau!)..According to Russian Officer, Mr. Anton (handsome tau! ouchhh...laki kat sebelah sedar sikit oiiii) visa kami akan diproses dan siap dlm masa seminggu je that means on the 18/2/2011... Actually kalau ikutkan normal procedure, visa approval to enter Russia will take 1 months or maybe more...Tapi disebab aku dibekalkan dengan "nota diplomatik" tu yang dia kata boleh  proses cepat kot! Tapi xtau lah betul ke tak sebab kan tu janji mulut je..well, just wait n see ya!

If betul visa siap macam tarikh yang dijanjikan tu makanya penerbangan aku dan hubby ke Moscow confirmlah 26/2/2011...ermmm...ada lebih kurang dua minggu lagi kami di Malaysia..

p/s:  Di waktu-waktu macam ni 2 minggu tu mcm 2 hari je..uhukkk :(

Wednesday, February 9, 2011

~ "1:3" ~

Apa kaitan tajuk "1:3" kat atas ni? Ha, ni yang dok nak habaq mai ni...hari ni sungguh letih kerana seharian menguruskan dokumen perjalanan di tiga tempat berasingan..kan jadik 1 nisbah 3 tu...kekekke :D

Agak2 dapat ke fly sabtu ni? Macam ala2 tak dapat jek..if delay sikit pun ok gak, so bolehlah buat persiapan sikit je lagi...Tapi apepun fly bila2 pun sama je..preparation masih perlu buat gak..cumanya final preparation tu yg penting..malas lah nanti kang ada pulak barang tertinggal, terlupa..Dah satu hal pulak..xkan la nak balik dengan penerbangan yg berbelas jam dan beribu riban tu semata-mata nak amek barang cam belacan, ikan bilis, tempoyak yang tertinggal tu..huhu

Friday, January 28, 2011

~~kerisauan x pandai masak~~

Nak gi  negara orang aku x lah risau sangat...Kesejukan yg melanda negara tu pun aku x risau sangat...Orang kata negara tu x welcome tourist pun aku no hal coz aku keje. Orang kata tu bekas negara komunis pun aku cam x amek port je (sah2 la kan org kedutaan jaga kita org).  Orang kata negara tu cost of living dia mahal, ermmm..aku pun cam x kesah..yeke aku x kesah???huhu ^_^ Ala...aku dok fikir camni je "orang lain boleh survive insya-Allah aku pun boleh gak!"  Bab makan pun aku x kesah sangat.. Makan jelah apa yg ada..

Tapi hari ke hari kerisauan yg paling ketara dan kritikal sekali ialah "aku x pandai masak"...tulah benda yg paling kritikal sekarang ni as aku dengar kat sana tu dia org rajin je buat event..and everytime ada event, pekerja kat sana akan buat potluck..sorang bawak satu menu...waduh2 bapak, ibuk..apa yg harus aku masak nti??? (kalau kat sini selalu aku order je, x pun aku amek menu yg paling senang i.e dessert; buah2an) ngeh ngeh ngeh

Dan mungkin bila nanti..aku mengadu pd En. Hubby jawapan yang boleh di agak pun muncul "ha, tulah abang soh blaja xnak..kan dah panik..padan muka ayang" (sambil dia menahan gelak)...huwaaaa

Tuesday, January 25, 2011

~~31 maut letupan lapangan terbang di Moscow~~

Tajuk pun dah takut...tambah takut bila kat belakang tu ada pulak perkataan "di Moscow"...tambah mendebarkan...Perasaan terus rasa haru biru, takut, seram dan bermacam2...

Untuk berita lebih lanjut tentang perkara di atas, sila klik di sini

Tapi, walaupun perasaan bercampur baur tapi hati masih kuat untuk ke sana, tambahan pulak persiapan pun dah 70%.... Takkan mengalah sebelum berjuang!!! Ya, itulah semangat yg kita cari..hehhee (^_^) **padahal nak sedapkan hati yg takut**

Friday, January 7, 2011

~~Preparation to Moscow ~~

Sehari dua ni sibuk sangat kat office...sibuk mencari info tentang Russian Republic especially Moscow..banyak juga info yang dapat tapi rasanyer macam semua masih belum cukup..if boleh nak sangat info dari orang yang dah berpengalaman stay kat sana..mana nak cari ni?? huhu ^_^

Tapi takpe..sedikit info kat internet ni pun sebenarnya berguna gak...So, setelah dua hari menjelajah Moscow (di internet) aku pun dapatlah sedikit pelajaran dan fakta tentang Moscow yang kita perlu tahu dan penting untuk aku yg akan bermastautin kat sana selama 3 tahun..InsyaAllah....

*  Bumi dibahagian kepada 3 rupabentuk iklim...."Sejuk, Sederhana dan Panas (Tropika)"...dan Moscow dikategorikan sebagai negara yg mempunyai iklim yang sejuk. (Ingat x first offer ke Beijing dulu, pun sama kategori sejuk..memang nasib aku kot pegi negara sejuk ni). Moscow juga dikategorikan sebagai "hardship country" iaitu cane ye, macam ni la contohnya; tak bebas bergerak, kurang kemudahan asas & social, persekitaran yg menjejaskan kesihatan dan cuaca yg terlalu ekstrim. Berdasarkan kepada penjelajahan di internet..suhu panas di Moscow boleh mencecah sehingga 38'C dan suhu sejuk pula boleh mencecah kepada -0.8'C (beku biru aku kat sana..keras kejung..apa lagi?!!)

*  Cost of living kat Moscow ni memang tinggi..dulu ingatkan kat belah2 London, Paris, UK, Tokyo, US yg mahal tapi rupa2nya Moscow adalah negara yg ke-4 termahal di dunia berdasarkan kajian tahun 2010..korang x caya ek??? xpe2,aku dah sediakan bukti untuk menyokong hujah-hujah aku yg bernas ni..(sbg persediaan awal la kononnya)..kekeke :D


- 2010 world most expensive big cities in 2010 -
Rank 2010
Rank 2009*
City
Country
1
-
Luanda
Angola
2
1
Tokyo
Japan
3
-
Ndjamena
Chad
4
3
Moscow
Russia
5
4
Geneva
Switzerland
6
2
Osaka
Japan
7
-
Libreville
Gabon
=8
6
Zurich
Switzerland
=8
5
Hong Kong
Hong Kong
10
7
Copenhagen
Denmark
=11
10
Singapore
Singapore

*  Malahan, di sekitar Europe (London, Paris, UK, Finland, Switzerland, Rome, Vienna, St Petersburg, Amsterdam, Dublin, Istanbul, Barcelona, Frankfurt, Madrid, Lisbon, Budapest,Warsaw dan lain2 tempat di Europe), Moscow adalah bandar yg termahal sekali berdasarkan statistik tahun 2010. Bukti adalah seperti di bawah :p


- Top 5 ranking cities by region in 2010 -
Americas
Asia Pacific
Europe
Middle East & Africa
§  Sao Paolo, Brazil (21st)
§  New York, United States (27th)
§  Rio de Janeiro, Brazil (29th)
§  Havana, Cuba (45th)
§  Los Angeles, United States (55th)
§  Tokyo, Japan (2nd)
§  Osaka, Japan (6th)
§  Hong Kong, Hong Kong (8th)
§  Singapore, Singapore (11th)
§  Seoul, South Korea (14th)
§  Moscow, Russia (4th)
§  Geneva, Switzerland (5th)
§  Zurich, Switzerland (8th)
§  Copenhagen, Denmark (10th)
§  Oslo, Norway (11th)
§  Luanda, Angola (1st)
§  N'Djamena, Chad (3rd)
§  Libreville, Gabon (7th)
§  Victoria, Seychelles (13th)
§  Tel Aviv, Israel (19th)

*  Again, google punya google..akhirnya aku terjumpa satu lagi info yg paling berguna iaitu harga barangan dan expenses yg penting2 (walaupun x disenaraikan semua) di bandar Moscow...actually dia letak dlm USD tapi nasib baik boleh convert to RM automatically..


Restaurants

Meal, Inexpensive Restaurant
38.96 RM
Meal for 2, Mid-range Restaurant
201.86 RM
Combo Meal at McDonalds or Similar
23.03 RM
Coke/Pepsi (0.33 liter bottle)
6.91 RM
Water (0.33 liter bottle)
4.71 RM
Markets

Milk (regular), 1 liter
3.64 RM
Loaf of Fresh Bread
3.42 RM
Eggs (12)
4.70 RM
Fresh Cheese (1kg)
27.17 RM
Chicken Breasts (Boneless, Skinless), (1kg)
20.24 RM
Transportation
One-way Ticket (local transport)
2.84 RM
Monthly Pass
78.07 RM
Taxi (5km within center)
40.65 RM
Gasoline (1 liter)
2.49 RM
Volkswagen Golf 1.4 90 KW Trendline (Or Equivalent New Car)
68,820.70 RM

Utilities (Monthly)


Basic (Electricity, Gas, Water, Garbage)
414.46 RM

1 min. of Prepaid Mobile Tariff (no discounts or plans)
0.28 RM

Internet (2 Mbps ADSL flat)
49.34 RM


Clothing And Shoes


1 Pair of Levis 501
303.40 RM

1 Summer Dress in a Chain Store (Zara, H&M, ...)
199.56 RM

1 Pair of Nike Shoes
542.59 RM

1 Pair of Men Leather Shoes
442.86 RM


Rent Per Month
.

Apartment (1 bedroom) in City Centre
4,433.59 RM

Apartment (1 bedroom) Outside of Centre
3,262.73 RM

Apartment (3 bedrooms) in City Centre
8,260.83 RM

Apartment (3 bedrooms) Outside of Centre
5,796.32 RM



p/s:  (sumber adalah dari City Mayors Economics)

Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...