CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

Thursday, April 10, 2014

~Zara nowadays~



Semenjak balik little angle memang suka sangat main benda ni.  Asal nampak sure nak naik tak boleh tak.  Tapi alhamdulillah takde la pulak kalau tak bagi dia nangis guling-guling atas lantai..







Setakat ni memang kami akan layankan je tapi once a day jelah.

Let say kalau seharian kami di shopping complex, kan sah-sah banyak je mainan tu, so let say say dia dah naik pukul 12 tengahari, kalau jalan-jalan and jumpa lagi memang dia akan nak, tapi biasanya saya akan cakap baik-baik dekat dia "No baby, once a day je ok.  Tadi kan dah naik"... And she's like ok (redha gitu).


Memanglah murah sekali naik seringgit atau 50 sen je, tapi kemahuan budak tak semua kita boleh ikutkan nanti terbiasa.  Ohhh, no..no kami bukan kedekut..Macam mana ye nak cakap? Tapi yang pasti kami sayangkan dia dan kami mahukan yang TERBAIK untuk dia.






Monday, January 6, 2014

~Bonding Moments~


Bila Daddy takde, kami berdua je kat rumah.

Nasib baik Rusia cuti panjang sempena Christmas.  Ermmm, yes tau Christmas disambut 25 Disember tapi kat Rusia ni mereka sambut Ortodox Christmas yang mana jatuh pada 7 Januari setiap tahun.

Sabtu and Ahad kami duduk je kat rumah layan citer Korea tak abis-abis.  One after another; drama bersiri "Protect the Boss".  Bila dah abis satu episod si Zara "lagi"...then "lagi"...then "lagi" sampailah pukul 12 tengah malam.

Tapi hari ni (Isnin) kami dah kebosanan, perlu menghirup udara shopping mall...muahahaha (^_^)









Movenpick.."the art of Swiss ice cream" katanya... 2 scoops lebihkurang RM19..

Hahhh? Takpe yang penting princess happy!

Esok cuti lagi dan yang paling best is "ESOK DADDY SAMPAI"

(^_^)


Thursday, May 16, 2013

~18 bulan~




Permata hati saya hari ni genap umurnya 1 tahun 6 bulan..

6 months from now she will turns 2.

Oh, cepatnya masa berlalu..

Mummy & Daddy doakan semoga Zara terus membesar dengan sempurna, diberikan kesihatan yang baik, dikurniakan akal yang bijak dan menjadi anak yang solehah..Insyaallah..




Tuesday, February 5, 2013

~Zara nak adik tak?~



Selalu jugak tanya samada dia anak adik ke tak..tapi rasanya dia masih belum faham..Hahaha


No, cenggini ceritanya...Baru je lepas baca blog Farah, citer pasal beza anak pertama, anak kedua.

Terus i teruja nak anak lagi.

Masa dari balik Malaysia aritu dah macam rindu nak mengandung lagi.

Ada jugak tanya Daddy, ape dia jawab?

"Daddy belum abis penat bangun malam buat susu Zara"...hahahaha (^_^)

But we plan nak tambah ahli keluarga bila Zara dah 2 tahun.  Dah pandai berdikari sikit, dah boleh cakap, dah faham apa maksud "kakak".."adik"...*Mummy terlebih excited*

Oh, cannot wait to call her "kakak"..


Sunday, February 3, 2013

~Rangkuman cerita gembira dan sedih~


Dah habis bercerita pasal percutian pendek selama 6, 7 jam di Dubai now kita bercerita pulak pasal cuti-cuti Malaysia ye ouls ;)

Percutian kali ni semua berjumlah 27 hari..

Sekejapan je tiba-tiba eh, eh, nak balik dah? Cepatnya masa berlalu..Belum puas bermesra dengan family.  Kawan-kawan pun tak sempat nak jumpa.  Alahai, maafkanlah saya wahai kawan-kawan yang budiman.

Zara dah berumur 1 tahun sebulan masa kami balik, campur masa dia dalam perut 9 sembilan bulan so kira jelah berapa lama kami dah tak balik Malaysia.

Dah tentu-tentu lah keluarga semua nak jumpa dengan kami especially si kecik yang belum pernah jejak kaki ke Malaysia.  Dialah yang menjadi tumpuan utama.  Hehehe

To be fair to both family, kami bersetuju untuk menjadi nomad, berpindah-pindah dari satu tempat ke tempat yang lain.  Actually dua tempat je..rumah mak dan rumah mak mertua. Huhu..4 hari rumah sana, 4 hari rumah sini..Maka berangkut lah kami kesana dan kesini (^_^)

First week what we do?  Kenduri akikah..Sekali lagi agar keadilan menyebelahi kedua-dua belah pihak, makanya kenduri pun buat kat dua-dua belah family.  Kat rumah my mum buat akikah Zara.  Tumbangkan seekor kambing untuk dijadikan santapan untuk tetamu-tetamu yang hadir.  Kat rumah mak mertua buat kenduri tahlil (but this 1 was done on the 3rd week).

Seronok sebab masa kenduri tulah dapat jumpa mak sedara, pak sedara, sepupu, anak sedara.  Yelah bukan senang kot nak kumpulkan semua dalam satu masa.  So kenduri is the best time I think!

How about second week?  I pergi ofis, jumpa kawan-kawan dan hantar apa yang patut dihantar.  Then jalan-jalan kat KL..do some shopping and whatsoever.  Tak lama, 3 hari je!

Third week pulak as mention above, kenduri kat rumah mak mertua.  Oh, kat sinilah (minggu ni) segalanya bermula.  Zara cirit birit.  Oh gosh! At first ingat cirit birit biasa sebab masa kat Moscow pun kadang dia cirit birit tapi 1 hari je.  Tapi yang ni sampai 2 hari and yang tak bestnya sedihnya keluar darah sekali kat najis dia.  Dia masih lagi aktif, main sana sini.  Tapi dalam masa sama nak jugak kena peluk dgn Mummy je.  Mummy mesti ada depan mata time dia main-main.  Gerak sikit nangis.  Malam tu at 2 am kami bawak dia pegi klinik, terus-terus je doktor kata masuk hospital, siap buat surat lagi.  Mungkin doktor tu mengigau sebab masa kami datang dia baru bangun tido.  Then we went to other clinic, doktor kata jangan risau sebab bila banyak sangat dia berak tu yang keluar darah tu.  Dapat macam-macam ubat.  Bayar RM90 lepas tu balik rumah sampai about 5 pagi.

4th week cirit birit dah takde.  Seminggu jugak Zara merana.  Oh, kesian my baby...Minggu ni ialah minggu terakhir kami ada kat Malaysia.  Persiapan untuk balik kenalah buat, beli apa yang nak dibeli, kemas beg dan kemas beg lagi.  Khamis malam do realize yang Zara menggigil-gigil.  Badan panas! Tampal cool fever (1st time) dan pagi tu dah kebah dah..Main-main macam biasa..Jumaat last beli barang dan last packing. Petang tu hujan so kami anak beranak makan keropok udang sambil melihat hujan yang jatuh ke bumi..  Bila malam menjelma, Zara tetiba mengigil dan panas badan semula.  Risau yang teramat sangat sebab kami nak bertolak ke KLIA jam 3 pagi.  Tak tido sangat pun sebab buat persiapan terakhir dan make sure semua barang dah packing. About 3 am LIMO pun sampai dan bawak kami ke KLIA.  Zara masih panas badan, angkat je dia, tak salinkan baju pun.  Sampai KLIA pukul 5 pagi, after done breakfast, wrapping beg and check in kami terus bawak Zara ke Pusrawi sebab dia masih mengigigl-gigil.  Kami super duper risau cuma mengharapkan agar perjalanan balik berjalan lancar.

Perjalanan ke Dubai smooth je cumanya kami risau memikirkan Zara yang masih tak sihat.  Sungguh lemah badan dia.  Alhamdulillah, dia tidur sepanjang perjalanan, hanya bangun untuk menyusu.  Sampai di Dubai, langsung tak nak duduk kat stroller..nak kena dukung je.  I know her very well, kalau tak sihat, mesti nak ada dalam pelukan Mummy.  Even dengan Daddy pun dia tak nak sangat.  We almost cry bila tengok our little baby tak aktif dan sakit.  Memang sangat sedih.  Betul tak Mummy-Mummy di luar sana?

Perjalanan ke Moscow yang mengambil masa 5 jam kami rasa lama sangat sebab risau mengenangkan si kecik yang masih tak sihat.  Alhamdulillah sekali lagi kerana sepanjang perjalanan dia tidur walaupun sedikit bising (sebab ada Russian women yang pada pendapat kami dia sungguh psycho).  Yang tu citer dalam entry lain ye.

Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!

Pukul 2 pagi kami sampai di rumah dengan selamatnya walaupun cuaca pada pagi Ahad tu adalah -19!






Friday, February 1, 2013

~Doaku untukmu sayang~


Sebagai isteri dan ibu kepada seorang puteri yang comel, ini adalah antara doa dan harapan saya untuk kehidupan keluarga kami.  



Walaupun ianya disampaikan melalui lagu:

Wali Band - Doaku Untukmu Sayang




Kau mau aku apa, pasti kan ku beri
Kau minta apa, akan ku turuti
Walau harus aku terlelap dan letih
Ini demi kamu sayang


Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di surga nanti


Tahukah kamu apa yang ku pinta
Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia




Monday, December 17, 2012

~Carpet pun pakai losyen~



Dia main sorang-sorang senyap je tak dengar suara pun.  Kalau tak suara dia je yang cakap itu ini (dalam bahasa baby lah)..

Daddy jerit-jerit panggil Mummy kat atas suruh turun as soon as possible sambil kata "Daddy tau salah Daddy so Daddy sorry ye Mummy"..

Dengar macam tu teruslah jadik menggelabah.  Tapi yang Mummy  hairan if something bad happened to her,  tak dengar pulak budak kecik tu menangis..On the way ke bawah hati dok tanya-tanya apalah yang jadik kat bawah tu..

Sampai je kat bawah, tengok separuh karpet dah dipakaikan losyen.  Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim... Nak marah pun tak termarah sebab si kecik tangan dah penuh losyen, dekat rambut pun ada, baju seluar jangan lah cakap.. Tu pun masa Mummy sampai dia masih lagi gigih nak menyapu losyen kat karpet.  Kotlah dia nak licinkan losyen yang ada dalam tin tu.  Agaknya seronok kot tengok karpet tu jadik color putih.




Mummy pandang Daddy, Daddy pun pandang Mummy dahnyer kami ketawa je tengok telatah si kecik.  Yelah, bebudak kat Malaysia dok sibuk sepahkan bedak tapi dia ni pulak sepahkan losyen (kami kat sini tak perlukan bedak  tapi lebih perlukan losyen disebabkan cuaca yang kering).

Alahai sayang Mummy, sekarang ni dah la winter Mummy nak cuci harus la ambik masa nak kering..kang kepam pulak baunya...Daddy kata tak payah la basuh, buang je!! Sebab kalau nak basuh pun kena sental. Sebab ni losyen yang jenis pekat likat tu.  Nivea yang dalam tin! Bukan yang jenis cair tu ye..

Alahaiiiiiiiii






Friday, November 16, 2012

~1 year old~


Sekejapan sungguh si manja saya sudah berumur 1 tahun.

Gembira sebab si kecil membesar dengan sihat, juga sebab saya dan suami berjaya membesarkan si kecil dengan penuh kasih sayang walaupun kami jauh dari bumi Malaysia, jauh dari keluarga dan sanak saudara.

Kepenatan bersengkang mata semasa si kecil masih dalam hari, kerisauan semasa si kecil tak sedap badan..Perit jerih hanya kami suami isteri yang tahu, yang penting sekali lagi ialah kesihatan si kecil.

Sesungguhnya sebagai ibubapa, kami hanya mampu mendokan yang terbaik untuk Zara dari segi kesihatan, pelajaran, akhlak dan sebagainya.  Kami jugalah yang bertanggungjawab untuk mendidik si kecil menjadi insan yang berguna di kemudian hari.  Semoga harapan kami suami isteri dimakbulkan Tuhan.  InsyaAllah..Amin...




Thursday, September 27, 2012

~Malaysian Baby Names~



Baby Center pun ada buat Malaysian baby names ranking....

Eh, nama Zara termasuk dalam top 25 la..Qistina pun ada..

Anak saya bukan 2 orang ye..Baru seorang.  Abis kenapa Zara masuk, Qistina pun masuk jugak??

Sebab si kecil comel nama dia QISTINA ZARA.

Click kat sini untuk tengok list nama.  2012 belum ada ye..Yang ni pun tahun 2011.  Tapi boleh je buat reference pada siapa-siapa yang ketandusan idea kan.





Monday, September 24, 2012

~Bila anak demam..emak jadi super duper risau~



Mak bapak mana yang tak risau bila anak kecik demam...diiringi pulak dengan muntah-muntah..

Hati jadi runsing...

Makan tak lalu..

Tido pun tak lena...

Tambah pulak bila si emak sakit perut..Adoyaii...

Nasib baik ada Daddy yang prihatin..

Thank you Daddy jaga Zara yang demam dan jaga Mummy yang sakit perut..

Disebabkan hati gundah gulana risau anak demam..sakit perut yang memulas-mulas pun macam malu-malu nak jelmakan diri.  Sekejapan je terus hilang..Bolehhh??

Si kecik yang dah sihat dan puas tido terbangun pukul 1 pagi nak main...Alahai sayang..Tido..tido..esok baru main ye!


Thursday, September 6, 2012

~Terkeluar isi perut beg~



Dengan muka tak bersalah si kecik dengan selambanya telah memuntahkan isi perut beg Mummy.

Yelah sekarang kami share beg...

Beg besar Mummy bukan lagi dipenuhi dengan beg make-up..Sekarang dah jadi tempat letak susu, simpan puting, pampers, baby wipes.  Huhu

Disebabkan kami berkongsi beg, jadik tak salah la kot kalau Zara sepahkan.  Beg dia kan..Ermmm





See, muka tak bersalah je kan anak dara ni.

Mummy tak marah pun sebab memang naluri budak-budak kecik cenggini suka explore everything.

Tapi tak ku biarkan barang-barang tu lama bersepah macam tu sebab semua habis dihisap.  Habis sessi selidik-menyelidik cepat-cepat masukkan semula dalam beg.  Huhu


Thursday, August 30, 2012

~Update dari BabyCenter~


Every week akan dapat update dari BabyCenter.  Since pregnant lagi memang suka pergi website ni.  Banyak info yang dapat membantu.

Ni pulak update terbaru dari BabyCenter berkenaan perkembangan Zara yang dah berusia 9 bulan, 3 minggu...

Hello, Fauziah
Try getting down on the floor for a minute and seeing the world from your nine-month-old's point of view. That space behind the sofa could be an entire undiscovered country. That kitchen cupboard could contain... anything. He wants to explore but he's also learning how big the world is, which explains two other traits that come with his growing curiosity: clinginess and a growing fear of strangers. He's learning you could go far away from him, which is a frightening thought for someone so tiny! This phase, when he wants to be near you all the time, can be very wearing but it will pass more quickly if you don't push him to be independent too soon. Day by day his confidence will grow, as you are there to support and reassure him. 


Hah!! Zara memang super duper busy sekarang ni.  Explore sana, explore sini sampai lupa nak tido.  Kadang tu makan pun x mau.

@_@  Dia dah pandai bukak cabinet dapur dah.  Abis segala macam tepung dan semua khazanah dalam tu dia nak keluarkan.

@_@  Pokok pegaga Mummy togel sebelah sebab dia asyik tarik je daunnya.

@_@  Tali handbag Mummy agaknya tak lama lagi tanggal sebab dia suka gigit.

@_@  Pantang tengok Mummy duduk sebelah Daddy sure dia datang.

@_@  Suka sangat tarik rambut Mummy sekarang ni..  Sakit nak oiiii





Thursday, August 9, 2012

~Facebook~



Ada friend request on my Facebook...bila telek betul-betul rupaanya request dari seorang baby or bayi, and she's not even 1 year old..

Advance kan?? Tak tahu lah siapa yang advance, si baby comel atau makbapaknya..

Zara?

Nak ada Facebook??

Oh please. TIDAK sesuai untuk dia.

A BIG NO!!!

Cukuplah I tempek and update pictures dia dalam Facebook I.

**Laptop and Ipad pun I tak bagi dia pegang.  Oh yelah, anak sipolan-sipolan kecik-kecik dah pandai main Ipad.  Biarlah Zara tak pandai main coz I want her to enjoy childhood life, tak nak dia stuck dengan those things.  But sometimes I bukak jugak Ipad for her tapi untuk nyanyi-nyanyi lah!!

p/s:  I suka cara kawan I Hani didik anak dia Puteri Marissa Balqis (^_^)


Monday, July 16, 2012

~8 bulan~


Time flies so fast! Diam tak diam dah 8 bulan anak dara I.


Perkembangan 8 bulan;

* dah merangkak. laju ke ke sana ke sini.
* suka panjat-panjat
* suka je tonggeng-tonggeng montot dia yang comel tu..hahaha
* suka kena gomol, cium cam biasa :D
* makin berat, Mummy tak larat nak dokong lama-lama dah..kekeke

Yang penting sekali, baby Mummy sihat, bertambah cerdik, dengar cakap Mummy & Daddy.

Zara, Mummy & Daddy love u so much darling!!!! Muahhhhhhhhhhh


(Nota ringkas; Perkembangan setiap bayi adalah berbeza)


Friday, July 13, 2012

~Baru lepas nangis~



Ya, saya baru lepas nangis!! Masih ada sedu-sedu sikit, air hingus pun masih ada lagi ni. Mata sedikit bengkak.

Just now Kak Khaty called (dia tolong jagakan Zara) saying that Zara menangis sampai merajuk-rajuk.  Dia baru je cerita macam tu tapi Mummy dah meleleh airmata dah. Nasib baik tak obvious sangat suara menangis sebab Mummy demam.  Kalau tak malu jerk!

Oh, kesian sayang Mummy.  Dia tak biasa tinggal dengan orang lain kecuali Mummy & Daddy.  I know how  if she's crying.  Kalau nangis merajuk selalu Mummy pun ikut nangis jugak coz tak sampai hati tengok dia menangis cenggitu *Mummy memang terlebih emosi*

Lepas letak telefon Mummy sambung nangis lagi sampai 1/2 jam....padahal Zara dah tertido dah... (^_^)

Then chatting pulak dengan Kak Fizah Seoul..dia kata normal la tu..naluri keibuan memang macam tu.  Dia pun nangis jugak even berpisah dengan anak untuk beberapa jam je, padahal anak kat rumah orang tua dia.  Hehehe :D  First day anak masuk sekolah pun Kak Fizah kata she's crying...

Rupanya benda-benda macam tu normal, I thought I yang terlebih emosi...

Oh, ibu-ibu memang sensitif kannnn..


Wednesday, July 4, 2012

~Malam Nisfu Syaaban~


Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Alhamdulilah.

Berjumpa lagi dengan malam Nisfu Syaaban.

Jom sama-sama kita baca Yasin lepas Maghrib, baca 3 kali;

i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman


** Malam ni Maghrib pukul 10.15 malam.  Semoga mata ni tak mengantuk harapnya dan semoga niat murni dimakbulkan Allah, dijauhkan syaitan-syaitan yang laknat itu dari terus mendekati saya dan bertenggek beramai-ramai di mata saya bagi menggagalkan niat murni itu.  Amin Ya Rabbal Alamin...




Thursday, April 26, 2012

~1st solid for Zara~


Zara baru 5 bulan 1 minggu.  Tapi kami dah plan nak bagi dia makan walaupun hasil dari pembacaan di internet mengatakan first solid should be introduce when the baby reach 6 months old.  Masalahnya kami memang dah tak sabar nak bagi Princess ni makan! Sebabnyer setiap kali kami makan Zara akan tengok je sampai meleleh-leleh air liur dia. Tangan dia pulak tak boleh diam.  Nak tarik je pinggan Mummy, yelah coz Mummy yang pegang dia time makan.  Jadinyer Mummy selalu makan cepat-cepat sampai nak tercekik, tak dapat nak menikmati makanan.  Daddy pulak tak penah pegang baby time makan.  Ngelat!!!  Satu lagi reason yang membuatkan kami tak teragak-agak untuk bagi Zara makan ialah sebab Dr. Baldina, Pediatrician Zara kata Zara boleh makan masa umur 5 bulan!  Yeayyyy!!!

Puas google menggoogle cari resepi yang sesuai untuk Zara dan akhirnya saya telah memilih makanan yang berzat lagi berkhasiat khas untuk Princess tersayang! 

CARROT + POTATO!!!!  Senang je buatnya.  Kupas kulit kentang dan carrot, potong kecik-kecik then rebus sampai lembut.  Biarkan sejuk sekejap then blend sampai jadi puree!  Rasa sedap, manis-manis carrot  dan alhamdulillah Zara suka! Carrot & potato for 1 week.  Next week brokoli pulak kot??!



 




Monday, March 26, 2012

~Kematian mengejut pada bayi~


Ianya terjadi secara tiba-tiba. Itu yang dikatakan ajal maut di tangan Tuhan tapi kita sebagai hambanya perlulah berusaha untuk mencegah hal-hal sebegini dari terjadi.

Kematian mengejut pada bayi atau "sudden infant death syndrome (SIDS)" selalunya terjadi pada bayi di bawah umur 1 tahun dan mengikut perangkaan seorang dari 1000 bayi meninggal setiap tahun disebabkan perkara tersebut..

Walaupun ia terjadi secara tiba-tiba, namun ada juga faktor lain yang menyumbang kepada terjadinya perkara tersebut:
  • persekitaran
  • posisi tidur
  • botol susu dimulut
  • ruang tidur yang sempit
Banyak lagi sebenarnya faktor yang boleh menyebabkan SIDS ni. Boleh baca kat sini  dan sini  jugak. Sebagai ibubapa yang prihatin, eloklah kita berjaga-jaga.

p/s:  Ramai yang menggalakkan saya untuk menidurkan Zara dengan cara meniarap supaya dia lebih nyenyak.  Tapi saya tak berani kerana melalui pembacaan saya, tidur meniarap juga adalah penyumbang kepada SIDS ini kerana ia boleh menyebabkan bayi sukar bernafas.  Ada juga yang beranggapan bahawa saya "penakut".  Ya, saya memang takut dan very protective dan prihatin dan berhati-hati kerana saya sayangkan Zara! Dia permata hati saya dan suami...


Thursday, March 15, 2012

~Orthodontic Soother~~


Kami; especially Daddy memang kalau boleh tak mau lah si Zara hisap puting! The main reason yang Daddy takut ialah puting @ soother @ pacifier @ dummies can lead to dental problem..Tapi si kecik ni perlukan "penenang" especially time nak tido..Saya tak ajar, Daddy lagilah tak ajar..It comes naturally kot?




Sebagai Daddy mithali (itupun lepas dipaksa oleh Mummy untuk beli puting), Daddy telah memilih puting terbaik for Zara.

"Orthodontic Soother by NUK"

Kenapa NUK?  Gambar kat bawah menerangkan segalanya! Chewahhh...Huhu :D


Since we are confident with the brand, botol susu pun kami beli jenama NUK jugak! Puting susu ni agak lain sikit dari yang selalu kita nampak, yang selalu tu bulat kan..Yang ni leper sikit. Dan Zara suka puting susu ni..Yang bulat dia tak berapa  nak hisap..Ermmm

Ni koleksi NUK Zara...



Ok, cukuplah dulu pasal entry ni.  Nak baca lebih lanjut silalah layari website NUK (^_^)



Thursday, March 1, 2012

~Tangisan Zara yang membuatkan saya turut nangis sama~

Mengaku bahawa saya adalah seorang Mummy yang cukup emo.

Since yesterday Hubby told me that Zara was crying like dia sakit. Lain daripada tangisan dia yang sebelum-sebelum ni.  Normally dia nangis biasa je, nangis manja, nangis lepas mandi sebab sejuk, nangis nak mintak angkat, nangis nak susu.

Bila Zara menangis yang seperti yang saya cakap tu, Daddy mesti call me and me like to nangis also.  I heard Zara nangis thru the phone. Hati terus sebak but since I was in the office so I tahan-tahan jelah..Nangis dalam hati.

Last nite, we went to En. Ramli's house; it was Farah's birthday; 29 February.. Pity her sambut birthday 4 tahun sekali.  Apepun "HAPPY BIRTHDAY TO FARAH".

Baru je 5 minit kat rumah En. Ramli, suddenly Zara is crying.  Saya pujuk-pujuk dia tapi makin kuat pulak dia nangis.  Meraung-raung macam dia dalam kesakitan.  Meleleh-leleh air mata dia, air hidung pun meleleh jugak. Jarang sungguh dia nangis sampai macam tu sekali. Siap dengan tersedu-sedu. Mak yang emo ni peluk Zara kuat-kuat, tepuk-tepuk dia dengan penuh kasih sayang bagi dia tenang.  Ok, berjaya.  But after 15 minutes dia nangis lagi macam tadi and I was so stress coz I don't know ape yang buat Zara menangis sedu-sedu sampai gitu.

Tak boleh jadi ni.  So, I told my husband, "Abang, jom kita balik.  Tak elok pulak anak kita nangis macam ni dekat majlis orang".  Ambik semua barang, salam-salam and mintak maaf sebab tak dapat join the party.  On the way to lift, Mummy yang emo ni pun terus je menangis. Dah mak dengan anak sama-sama nangis!

Sampai rumah, letak Zara atas katil n I asked her; "Baby, kenapa baby menangis ni?"... Amazingly dia senyum dan macam biasa pantang ditegur terus nak borak.

Oh my baby!!! Jangan buat Mummy & Daddy risau ye..please

Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...