CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday, February 3, 2013

~Rangkuman cerita gembira dan sedih~


Dah habis bercerita pasal percutian pendek selama 6, 7 jam di Dubai now kita bercerita pulak pasal cuti-cuti Malaysia ye ouls ;)

Percutian kali ni semua berjumlah 27 hari..

Sekejapan je tiba-tiba eh, eh, nak balik dah? Cepatnya masa berlalu..Belum puas bermesra dengan family.  Kawan-kawan pun tak sempat nak jumpa.  Alahai, maafkanlah saya wahai kawan-kawan yang budiman.

Zara dah berumur 1 tahun sebulan masa kami balik, campur masa dia dalam perut 9 sembilan bulan so kira jelah berapa lama kami dah tak balik Malaysia.

Dah tentu-tentu lah keluarga semua nak jumpa dengan kami especially si kecik yang belum pernah jejak kaki ke Malaysia.  Dialah yang menjadi tumpuan utama.  Hehehe

To be fair to both family, kami bersetuju untuk menjadi nomad, berpindah-pindah dari satu tempat ke tempat yang lain.  Actually dua tempat je..rumah mak dan rumah mak mertua. Huhu..4 hari rumah sana, 4 hari rumah sini..Maka berangkut lah kami kesana dan kesini (^_^)

First week what we do?  Kenduri akikah..Sekali lagi agar keadilan menyebelahi kedua-dua belah pihak, makanya kenduri pun buat kat dua-dua belah family.  Kat rumah my mum buat akikah Zara.  Tumbangkan seekor kambing untuk dijadikan santapan untuk tetamu-tetamu yang hadir.  Kat rumah mak mertua buat kenduri tahlil (but this 1 was done on the 3rd week).

Seronok sebab masa kenduri tulah dapat jumpa mak sedara, pak sedara, sepupu, anak sedara.  Yelah bukan senang kot nak kumpulkan semua dalam satu masa.  So kenduri is the best time I think!

How about second week?  I pergi ofis, jumpa kawan-kawan dan hantar apa yang patut dihantar.  Then jalan-jalan kat KL..do some shopping and whatsoever.  Tak lama, 3 hari je!

Third week pulak as mention above, kenduri kat rumah mak mertua.  Oh, kat sinilah (minggu ni) segalanya bermula.  Zara cirit birit.  Oh gosh! At first ingat cirit birit biasa sebab masa kat Moscow pun kadang dia cirit birit tapi 1 hari je.  Tapi yang ni sampai 2 hari and yang tak bestnya sedihnya keluar darah sekali kat najis dia.  Dia masih lagi aktif, main sana sini.  Tapi dalam masa sama nak jugak kena peluk dgn Mummy je.  Mummy mesti ada depan mata time dia main-main.  Gerak sikit nangis.  Malam tu at 2 am kami bawak dia pegi klinik, terus-terus je doktor kata masuk hospital, siap buat surat lagi.  Mungkin doktor tu mengigau sebab masa kami datang dia baru bangun tido.  Then we went to other clinic, doktor kata jangan risau sebab bila banyak sangat dia berak tu yang keluar darah tu.  Dapat macam-macam ubat.  Bayar RM90 lepas tu balik rumah sampai about 5 pagi.

4th week cirit birit dah takde.  Seminggu jugak Zara merana.  Oh, kesian my baby...Minggu ni ialah minggu terakhir kami ada kat Malaysia.  Persiapan untuk balik kenalah buat, beli apa yang nak dibeli, kemas beg dan kemas beg lagi.  Khamis malam do realize yang Zara menggigil-gigil.  Badan panas! Tampal cool fever (1st time) dan pagi tu dah kebah dah..Main-main macam biasa..Jumaat last beli barang dan last packing. Petang tu hujan so kami anak beranak makan keropok udang sambil melihat hujan yang jatuh ke bumi..  Bila malam menjelma, Zara tetiba mengigil dan panas badan semula.  Risau yang teramat sangat sebab kami nak bertolak ke KLIA jam 3 pagi.  Tak tido sangat pun sebab buat persiapan terakhir dan make sure semua barang dah packing. About 3 am LIMO pun sampai dan bawak kami ke KLIA.  Zara masih panas badan, angkat je dia, tak salinkan baju pun.  Sampai KLIA pukul 5 pagi, after done breakfast, wrapping beg and check in kami terus bawak Zara ke Pusrawi sebab dia masih mengigigl-gigil.  Kami super duper risau cuma mengharapkan agar perjalanan balik berjalan lancar.

Perjalanan ke Dubai smooth je cumanya kami risau memikirkan Zara yang masih tak sihat.  Sungguh lemah badan dia.  Alhamdulillah, dia tidur sepanjang perjalanan, hanya bangun untuk menyusu.  Sampai di Dubai, langsung tak nak duduk kat stroller..nak kena dukung je.  I know her very well, kalau tak sihat, mesti nak ada dalam pelukan Mummy.  Even dengan Daddy pun dia tak nak sangat.  We almost cry bila tengok our little baby tak aktif dan sakit.  Memang sangat sedih.  Betul tak Mummy-Mummy di luar sana?

Perjalanan ke Moscow yang mengambil masa 5 jam kami rasa lama sangat sebab risau mengenangkan si kecik yang masih tak sihat.  Alhamdulillah sekali lagi kerana sepanjang perjalanan dia tidur walaupun sedikit bising (sebab ada Russian women yang pada pendapat kami dia sungguh psycho).  Yang tu citer dalam entry lain ye.

Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!

Pukul 2 pagi kami sampai di rumah dengan selamatnya walaupun cuaca pada pagi Ahad tu adalah -19!






7 comments:

Anis Rahim said...

hope si comel Zara da sihat skrg ni....and active as usual.....

mama-syira said...

Kesian Zara...perubahan cuaca kot. Rindu nak jumpe ko ngan Zara lagi.

~♥ OjaAmran ♥~ said...

Anis & Farah: Zara dah sihat sekarang ni..terlebih aktif dah..miss u guys too..cannot wait to be back for good..be in malaysia..yeay!

Anis Rahim said...

Kami pun sentiasa menunggu kepulangan korang....huhu....klu kitaorang yg nak ke moscow tu, ntah bile le dpt peluang tu...huhuhu...

alongpaktam said...

alhamduillah zara dh aktif kembali..syukur x de pape sepjg perjalanan..

~♥ OjaAmran ♥~ said...

Anis..rugi wooo tak datang. time kengkawan ada nilah nak datang weiiii

Yana..alhamdulillah..syukur! syukur! syukur!!

Anis Rahim said...

Oja...bkn xnak dtg tp xbape nak masyuk nak g ke sane tu...hihi...nak cri sponsor, xde plak...hahahaha...

Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...