Diam tak diam dan 2 tahun saya berkahwin, menjadi isteri dan seterusnya ibu..
Tarikh 14 Januari adalah tarikh keramat kerana disaat itulah saya sah bergelar isteri. Dan 14 Januari 2013 genaplah 2 tahun pernikahan kami..
Hari ini pula bertarikh 5 Februari...Di hari ini pula adalah tarikh persandingan kami. Turquoise adalah tema hari persandingan kami..
Syukur di atas penyatuan ini kerana ia telah menjadikan saya seorang yang bertanggungjawab, lebih prihatian, lebih penyayang.
Doa saya agar perkahwinan ini berkekalan hingga ke syurga, dikurniakan rumahtangga yang aman damai, dijauhkan dari pergaduhan serta perkara-perkara yang mungkar, juga dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah..Insyaallah.
Sekarang, dia penyeri hidup kami (^_^)
Masa akan datang diharapkan juga agar bertambah lagi penyeri-penyeri dalam hidup kami dan seterusnya memeriahkan kehidupan kami ...Amin
6 comments:
Happy anniversary oja.. Moga kekal ke hujung nyawa amin..
happy anniversary dear...semoga cinta bersama sehingga ke jannah
hepi annv kak oja..
yana doakan moga kalian berdua berbahagia hingga ke jannah..amen
Amin..
Amin..
Amin..
Thanks ouls for your kind wishes!
^_^
Happy Anniversary dear fren! Semoga kekal bahagia dan bertambah zuriat :)
Post a Comment