Memang betul kata orang tua-tua..
"Usaha tangga kejayaan"..
Setelah berusaha naik tangga sekali dan terjatuh, maka sekali lagi saya berusaha untuk membuat kuih seri muka.
Cubaan kedua dapat A+ dari suami tercinta.
Alhamdulillah..
Terima kasih kepada Damai Qalbu kerana sudi share resepi yang sungguh menjadi.
gambar - ikhsan dari Google Image |
KUIH SERIMUKA
Resepi asal: Cafe Serimuka
Sumber: Sue Hisham
Olahan: Rohaisha
Bahan-bahan:
Bahan Lapisan Bawah:
300gm beras pulut | cuci & rendam
1 jam
2 cawan santan
Sedikit garam
Sedikit garam
Cara menyediakan:
1.Tapiskan/toskan beras pulut,
kemudian griskan loyang dengan minyak.Gaulkan sebati beras pulut bersama garam
dan santan (ukuran santan hendaklah separas dengan beras pulut).
2.Masukkan dalam loyang dan kukus
selama 20 minit
Bahan Lapisan Atas:
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 1/2 cawan santan pekat
1 cawan gula pasir
1 biji telur (resepi asal tak letak
telur)
2 sudu besar jus pandan
1 sudu teh pewarna hijau
1/2 sudu kecil garam
Cara menyediakan:
1.Satukan kesemua bahan dan blendkan
(saya kacau guna whisk je).
2.Angkat pulut yang dikukus tadi dan
kacau alih.Kemudian alihkan ke alam loyang berukuran 8" yang dialas dengan
plastik.
3.Tekan-tekan pulut agar
padat.Carikkan sedikit permukaan pulut menggunkan garfu.
4.Tuangkan adunan yang diblend tadi
ke atas pulut, kemudian tutup dengan foil.
5.Kukus selama 40-45 minit.
6.Biarkan sejuk baru dipotong.
No comments:
Post a Comment