Oh, senang je rupanya buat pau ni. Resepi ni i get from my sister. Bahan-bahan pun senang je xde la remeh coz bila i tengok sesetengah resepi kat blog or kat myresepi ke, adoyai banyaknyer bahan dia pakai. Ada tu yg mcm tak pernah dengar je. End up, MALAS!! coz resepi susah..Tapi yg ni memang senang je dear..
Bahan-bahan:
* Tepung gandum 2 cawan
* Mauripan 1 paket
* Margerin 2 sudu
* Susu pekat 1 sudu
* Air suam
Cara-cara:
1. Gaul tepung dengan margerin sampai sebati
2. Mauripan campurkan dengan air suam tadi
3. Masukkan campuran air suam dan mauripan dalam tepung
4. Masukkan susu
5. Gaul semua bahan hingga sebati
6. Tutup dengan kain basah or ape2 je asal tertutup (make sure bekas tu besar ye coz tepung akan mengembang)
7. Biarkan tepung naik hingga 2 or 3 kali ganda
Bahan inti:
* Kelapa parut
* Gula merah
* Gula pasir
* Air sedikit
* Daun pandan
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan dalam kuali
2. Kacau rata dan sebati
3. Tunggu kering sikit dan terus angkat
Bila tepung dah naik and inti pun dah masak, so bolehlah kita bulat-bulatkan adunan tu, kemudian leperkan dan letak sedikit inti, then bulatkan lagi n letak atas daun pisang, kertas pun xpe je..
Sambil tu panaskan pengukus dan biar hingga air mendidih. Masukkan loyang pau tadi, tutup dan biarkan 7 hingga 10 minit dan terus angkat.
Kat atas ni hasil dari percubaan pertama i dear! Takde la cantik sangat macam pau Ahmad ke pau Ali ke kan tapi yang penting pau i sungguh gebu, lembut dan haruslah mendapat puji-pujian dari Suami Terchenta!!
2 comments:
wow oja nampak sedap sgt tu.. kena try ni...
Mama Syira: must try farah! update aku jadik ke x ye..hehehe
Post a Comment