CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, March 27, 2012

~Kek pisang walnut~


Disebabkan 2 hari (Jumaat & Sabtu) Zara tak berapa sihat due to kembung perut jadi weekend hanya dirumah sahaja.  Tambah pulak Sunday aritu salji turun tak berhenti from morning. Semua aktiviti luar cancel!

Memandangkan since monday lagi Daddy dah request Mummy buat kek pisang walnut, so "supermak" ini pun bergegas ke dapur lepas lunch, lepas lipat baju, basuh baju, sidai baju untuk memenuhi permintaan suami tersayang *wink*wink*

Senang je buat kek pisang walnut ni, but still refer pada resepi yang dulu tu. Daddy kata cubalah lepas dah buat sekali tu terus ingat dalam kepala! Ala Daddy, Mummy bukan tak ingat cuma nak pastikan je takde bahan yang tertinggal. Kang ke tong sampah pulak jadinyer. Rugi tau tak! Eh, menjawabbbb :D

Ok salin jelah sekali lagi resepi yang dulu tu tapi kali ni tambahkan je walnut (^_^)

kaya dengan walnut dan semestinya Daddy suka!



Bahan-bahan:

5 biji pisang sederhana besar 
3 biji telur sederhana besar 
3 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan minyak 
2 sudu butter / margerin
1 1/2 sudu teh soda bicarbonat 
1 1/2 sudu teh baking powder 
esen vanilla
secubit garam  
walnut secukupnya
choco chips / choco rice 

Cara-cara:

1.  Lenyekkan pisang bersama tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder dan garam.
2.  Dalam bekas lain pukulkan telur, butter, esen vanilla dan gula 
3.  Satukan adunan tepung, adunan telur dan minyak
4.  Gaul sebati, kemudian masukkan walnut dan choco rice
5.  Masukkan dalam bekas pembakar 
6.  Taburkan walnut lagi 
7.  Bakar selama l/kurang 1 jam dengan suhu 180' 

4 comments:

Asmara said...

Boleh cuba resepi ni. Mudah jugak! mmg kagum la dgn u supermom! :D

~♥ OjaAmran ♥~ said...

Asmara: kiranya nilah kek yg i paling "terer" sekali buat..hahaha :D

mama-syira said...

waaa Oja sudah pandai masak macam2 skrg. kalah Mama syirah nih ...hehehe Mama syirah tak pandai buat kek pun

~♥ OjaAmran ♥~ said...

Mama-syira: kalau masih di Malaysia jawabnyer beli jelah ye, tapi disebabkan jauh disini terpaksa la belajar. Laki nak makan kek pisang, x jumpa carik kat Auchan Farah oiiii..kekeke

Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...