CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, December 6, 2011

~"Baby Diary; Cerita bersalin"~ PART 2

Dear Baby,

Ok now Mummy sambung lagi cerita bersalin yang part 2 punya..yang ni lebih mendebarkan Mummy sayang..

16hb November 2011

8.30 am - Mummy terjaga dari tido yang tak lena.  Mana taknyer..Sepanjang malam nurse asyik datang check Mummy.  Doktor on call pun kejap-kejap datang tengok Mummy.  Tak lama Dr. Surgey datang, dia pulak check Mummy, tanya Mummy sakit tak? Ok tak? Dia try check bukaan, tapi memang tak bukak lagi. After 30 minit dia datang lagi pecahkan air ketuban Mummy sayang.  Seram Mummy.  Dia kata air ketuban ok, color putih.  Lepas 30 minit, dia datang lagi ajak Mummy pegi bilik lain pulak coz nak masukkan ubat bagi Mummy sakit.  Mummy redha jelah..So doktor pun masukkan lah tiub dalam vagina Mummy...


10.30 am - Daddy datang berbaju biru cuma takde cap je kat kepala..Alhamdulillah..lega Mummy bila Daddy datang ada jugak kawan borak-borak.  Nak hilangkan boring kami pun saje-saje plan nama untuk baby..Padahal Mummy dah siapkan awal-awal lagi tapi Daddy lupa dia letak kat mana..ermmmmm..Seronok jugak plan nama baby...yang penting ada maksud dan membawa makna yang elok-elok..


2.30 pm - Masa ni Mummy dah mula rasa first contraction.  Tak sakit sangat.  Dr. Surgey datang tanya how are you? do you feel pain? Mummy terus je cakap contraction every 30 minutes. Dia check lagi bukaan, masih belum ada apa-apa..


3.30 pm - Masa ni Mummy dah rasa contraction every 10 minutes..Nurse transfer Mummy ke bilik lain, tapi sebelum tu Mummy pegi toilet dulu n realize ada macam air color green keluar. I thought it was normal so Mummy pun xde la bagitau doktor.  Bila Dr. Surgey check lagi Mummy, terus je keluar air color green tu, banyak jugak!! Masa tu contraction dah every 1 minutes dah..Ya Allah, sakitnyer tak tau Mummy nak cakap. Setiap kali contraction Mummy akan pegang dan genggam je tangan Daddy dan soalan yang keluar dari mulut Daddy "sakit ke sayang"?? hehehehe... Waktu ni Dr. Surgey decide bagi Mummy epidural..Sakit jugak kan inject kat tulang belakang ni..tekejut-tekejut Mummy waktu doktor tu inject.  Masa doktor (doktor lain) bagi epidural tu, Mummy dengar Dr. Surgey cakap kat Daddy yang dia tak boleh tunggu lagi, kena buat operation sebab tak nak bahayakan nyawa baby n Mummy.  Masa tu Mummy macam blur je antara percaya dengan tidak.  Dr. Surgey datang lagi suruh Mummy sign borang untuk operation.


3.50 pm - Nurse datang siapkan Mummy untuk operation.  Mummy masih macam tak percaya sayang.  Daddy kata dun wori..Mummy dah macam nak menangis dah...Nurse terus tolak Mummy ke theater room..Masa ni Mummy dah start menggigil..Mana taknyer bilik tu sejuk sikit and some more I'm naked!!!! Nurse bandage kan kaki Mummy kiri dan kanan. Sorang lagi cucuk tangan Mummy nak masukkan air, sorang lagi lekatkan apa ntah kat dada Mummy.  Mummy malu masa tu tapi demi baby Mummy redha sayang.  Mummy half bius, walaupun tak rasa tapi Mummy takut sangat and again Mummy menggigil sepanjang operation.  Mummy baca semua surah dan ayat yang Mummy ingat...Seingat Mummy ramai jugak dalam bilik tu, Dr. Surgey, doktor pembantu dia, doktor yg bius Mummy, nurse ada dalam 4/5 orang gitu if tak silap.  Agaknyer dia orang sedar kot Mummy shaking, siap doktor tu borak-borak lagi dengan Mummy..kata nak visit Langkawi..heheheeh


4.59 pm - Untuk kali yang pertamanya Mummy dengar tangisan baby...Bergenang air mata Mummy sayang..Nurse tunjukkan baby dari jauh je..Alhamdulillah..Mummy syukur sangat-sangat pada Tuhan kerana   mengurniakan baby yang sihat untuk Mummy and Daddy..


5.30 pm - Selesai semua, Mummy kena duduk dekat monitoring room for 6 hours sayang..Daddy temankan Mummy kejap then balik rumah untuk bersihkan uri..Purpose dia letak kita kat monitoring room adalah untuk monitor kita je..Memang semua yang lepas bersalin pun kena monitor!


11.30 pm - Baru nurse datang tolak Mummy ke bilik..





~Baby Diary; "Cerita bersalin"~ PART 1

Dear Baby,

Cerita bersalin ni Mummy tujukan khas untuk baby..susah payah Mummy lahirkan baby di negara orang. Supaya baby lebih sayang dan hormatkan Mummy n Daddy ye sayang, jadi anak yang solehah..Amin!

15hb November 2011

1.00 pm - Hari Selasa; memang appointment dengan Dr. Surgey every Tuesday sayang.. Petang tu Mummy and Daddy pergi hospital macam biasa.  Buat ultrasound check, monitoring check dan semua check up yang biasa. Since kononnya seminggu lagi tarikh due date Mummy, Mummy pun sibuk tanya Dr. Surgey ape yang Mummy kena buat if rasa nak bersalin, macamana nak tau sakit bersalin, bila patut Mummy pergi hospital, pintu kecemasan mana nak masuk..habis semua Mummy tanya kat doktor.  Hehehe :D Nasib baik Dr. Surgey baik layan je semua soalan Mummy.  Tak lupa jugak Mummy tanya baby ok ke? Boleh bersalin normal ke? And so far doktor kata "no problem"..Everything is just perfect!!! Alhamdulillah...


5.00 pm - After check up, Mummy and Daddy pergi Auchan, kononnya esok pagi Daddy nak suruh Mummy buat nasi lemak and bawak pegi ofis, so belilah apa yang patut sambil beli sikit lagi barang baby, tengok2 tilam baby, botol susu etc...


7.00 pm - Sampai rumah borak-borak dengan Daddy, sambil minum-minum, bergurau senda..hahaha :p Time nak mandi tu Mummy dah mula panik coz Mummy nampak ada darah sayang..Mummy terus nangis, jerit panggil Daddy and show him that that pantyliner yang dah penuh dengan darah..I'm shaking and Mummy nampak Daddy pun dah panik.  Daddy try coolkan Mummy tapi Mummy tetap nangis jugak..Daddy kata cuba mandi tengok darah kuar lagi tak..So Mummy pun mandi bersihkan badan (masih menangis)..After mandi, darah still kuar lagi tapi Mummy tak sakit, tu yang tambahkan lagi panik Mummy. Call Dr. Surgey, menggigil-gigil Mummy bercakap dengan dia..banyak soalan yang dia tanya and lastly dia kata "you come to the hospital now!"..


8.30 pm - Masa ni dah sampai kat hospital, Mummy and Daddy ditemankan oleh Kak Liza n En. Suhaimi..Thanks to them!! Sepanjang perjalanan tu Mummy boleh gelak-gelak sambil bercerita sebabnyer kan Mummy tak rasa apa-apa sakit, padahal dalam hati dah takut and cemas sangat. Mummy risaukan baby! Sampai hospital kat pintu kecemasan terus je Mummy bagi pasport and semua dokumen.  Nurse buat ultrasound (lama la pulak), ambik tekanan darah, timbang berat, ukur tinggi, ukur perut macam-macam sambil tunggu doktor on duty sampai.  Bila doktor sampai dia check lagi and masa tu darah memang masih keluar.  No choice malam tu jugak Mummy admitted.  Nurse datang lagi suruh Mummy mandi, tukar pakai baju hospital.


10.00 pm - Bila dah ready nurse bawak Mummy naik tingkat 8.  Time ni Daddy naik kejap, Daddy pun kena tukar baju jugak, pakai baju biru coz tingkat lapan ni kiranya macam operation level. So kena la hygiene.  Sepanjang malam Mummy terbaring je kat katil tu nak gerak pun susah sebab nurse letakkan alat untuk monitor heart beat baby.  Mummy tak tido pun sayang, risau, tido kejap terjaga, tido terjaga.

To be continued....

Monday, November 14, 2011

~Kuih koci~

Kuih koci ni memang kegemaran suami saya, especially kuih koci yang dalam dia pulut hitam! Memang bila si suami makan x offer pun kat saya. Tapi kat Moscow ni memang kuih koci tak dapat nak dibeli di mana-mana pun, dahnyer Russian makan kuih koci ke?? LOL!!

Disebabkan taknak berlaku pembaziran pada daun pisang yang saya beli sepeket lebihkurang RM30 tu, makanya kena la manfaatkan dengan sebaiknyer..

Kuih pau alas daun pisang dah!
Nasi lemak bungkus daun pisang dah!
Lepat pisang pun dah!

So sekarang ni turn kuih koci pulak ye (^_^) Resepi saya dapat dari bonda tercinta, harus la menggunakan talian hayat menelefon ke Malaysia sambil bertanya kabar, bercerita n last sekali baru mintak resepi..hehehehe

Bahan-bahan:
1.  2 cawan tepung pulut
2.  Sedikit labu / keledek yang telah direbus dan dilenyekkan - agak-agak je
3.  1 kotak kecil santan
4.  Sedikit garam
5.  Daun pisang yang telah dilayurkan - utk membungkus

Cara-cara:
1.  Satukan tepung, labu/keledek dan sedikit garam
2.  Masukkan santan sedikit demi sedikit dan adun sebati
3.  Bulatkan adunan kecik-kecik, leperkan dan masukkan inti kelapa dan bulatkan balik
(masa bulatkan adunan tu, make sure sapukan tangan kita dengan minyak sikit supaya adunan x melekat kat tangan)
4.  Lumurkan adunan yang dah berinti tadi dengan minyak dan balutkan dengan daun pisang
5.  Panaskan air dan kukus lebihkurang 30 minit.



So inilah hasil percubaan pertama buat kuih koci. Suami bagi puji-pujian lah kan sebab menjadi dan again takde satu pun yang ke bakul sampah..@_@


Friday, November 11, 2011

~Salji di bumi Moscow~

10 minit lepas salji turun agak lebat, tanpa buang masa i terus je snap gambar ni dari bilik i..

Cantik sangat tengok view ni secara live..for you guys i share kan gambar ni ye! 
(^_^)


Friday, November 4, 2011

~Salam Aidiladha~

Untuk kali keduanya dalam tahun ni.."tiada istilah balik kampung" bagi kami.  

Hari Raya Aidiladha bakal disambut secara bersederhana sahaja; berkumpul, sembahyang raya dan jamuan raya di Dewan Kedutaan.

Dikesempatan yang ada ini, kami suami isteri mengucapkan;
"SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA"
untuk family, rakan taulan, sahabat handai di mana jua anda berada..
salam sayang penuh keikhlasan dari kami di Moscow..


~Pau yang gebu~

 Percubaan yang pertama kalinya!!! Ya Allah, menjadi dan sungguh gebu.. Haruslah rasa bangga sikit kan!! **riak** hahahahaha

Oh, senang je rupanya buat pau ni.  Resepi ni i get from my sister. Bahan-bahan pun senang je xde la remeh coz bila i tengok sesetengah resepi kat blog or kat myresepi ke, adoyai banyaknyer bahan dia pakai.  Ada tu yg mcm tak pernah dengar je. End up, MALAS!! coz resepi susah..Tapi yg ni memang senang je dear..

Bahan-bahan:
* Tepung gandum 2 cawan
* Mauripan 1 paket
* Margerin 2 sudu
* Susu pekat 1 sudu 
* Air suam

Cara-cara:
1.  Gaul tepung dengan margerin sampai sebati
2.  Mauripan campurkan dengan air suam tadi
3.  Masukkan campuran air suam dan mauripan dalam tepung
4.  Masukkan susu 
5.  Gaul semua bahan hingga sebati
6.  Tutup dengan kain basah or ape2 je asal tertutup (make sure bekas tu besar ye coz tepung akan mengembang)
7.  Biarkan tepung naik hingga 2 or 3 kali ganda

Bahan inti:
* Kelapa parut
* Gula merah
* Gula pasir
* Air sedikit
* Daun pandan

Cara-cara:
1.  Masukkan semua bahan dalam kuali 
2.  Kacau rata dan sebati
3.  Tunggu kering sikit dan terus angkat

Bila tepung dah naik and inti pun dah masak, so bolehlah kita bulat-bulatkan adunan tu, kemudian leperkan dan letak sedikit inti, then bulatkan lagi n letak atas daun pisang, kertas pun xpe je..



Sambil tu panaskan pengukus dan biar hingga air mendidih.  Masukkan loyang pau tadi, tutup dan biarkan 7 hingga 10 minit dan terus angkat.


Kat atas ni hasil dari percubaan pertama i dear! Takde la cantik sangat macam pau Ahmad ke pau Ali ke kan tapi yang penting pau i sungguh gebu, lembut dan haruslah mendapat puji-pujian dari Suami Terchenta!!


Bila hasil menjadi haruslah sekelip mata je licin kan..Makan time panas, ya ampun sedapnyer!! So kali ni kuih i takde yang ke tong sampah la ye..Horeeyyyy!!! (^_^)

Monday, October 31, 2011

~babycenter~

Bagi para-para ibu & bapa, especially yang tengah menunggu kelahiran bayi;

pertama, 

kedua, 

ketiga 

or 

seterusnya..
Jom kita sama-sama tambah ilmu di:



~Alahai Kerun @ KNK~

Alahai Kerun.. nak ketawa pun ada!! Macam-macam tau dia ni..Apepun terima kasih banyak diucapkan pada Kerun coz she help me a lot masa kat Malaysia and even kat Moscow ni.. Sayang ko Kerun!!! Muah!!

Cerita kelakar makcik ni ialah; aku dok suruh dia belikan serbuk kelapa tapi dibelikannya aku kelapa kering.

serbuk kelapa
kelapa kering

 Katanya dia confuse. Al-maklum ni first time dia jumpa benda-benda ni. Huwaa..apelah aku nak buat dgn kelapa kering tu gamaknyer. Kena buat kuih yg berkonsepkan kelapa banyak2 la ye Kerun? Bukan sikit kawan2 kelapa kering yang dia belikan..banyak!! Lebih kurang 100 lebih paket..huwaaa lagi... Tapi dalam pada huwaaa...huwaaa ni aku rasa nak gelak pun ada.  Actually aku nak serbuk kelapa yg bila kita campur air jadik santan tu..

Dahnyer sian la si Kerun ni..harap-harap dapat la tukar kan Kerun! Huwaaa....Huhu...Hehehe




~"nak bersalin dah ke?"~

Satu dua hari ni kadang-kadang rasa sakit je.  Tak tau sakit sebab baby bergerak ke or sebab nak bersalin.  Tapi x jugak bersalin..so maybe sakit sebab baby bergerak lah kot!!

Everytime je rasa sakit I cepat2 alert hubby and soalan dia setiap kali tu pun ialah:

"NAK BERSALIN DAH KE?"...

Hehehehe (^_^)

Tuesday, October 25, 2011

~Website yang bagus untuk ibubapa~

Dikala nak bergelar ibu bapa, mak ayah, mama papa, mummy daddy, penting untuk kita belajar tips-tips yang bagus about parenting.  Ada orang kata bila dah jadik parents automatic kita akan tau sendiri.  Yes of course dear, naluri keibubapaan itu akan datang sendiri tapi perlu jugak untuk kita menambah ilmu dengan membaca kan, tujuannya untuk melengkapkan diri kita je. Pernah tak kengkadang tu kan kita rasa kita tau tapi sebenarnya kita tak tau! Bila kita membaca tu barulah kita kata "oh, macam tu rupanya" or "ha'ah la kan" (i lah orangnyer tu)..hehehehe :D

So, again i yang cetek ilmu about parenting ni want to share something; a good tips about parenting which i jumpa dekat sini. Antara parenting tips yang dia bagi:
And if you guys ada jugak website yang boleh di"sharing"..sharing-sharing kan lah ye (^_^)

~First days at home with your newborn~

Bagus jugak  article ni. Dah jumpa so tak salah kan share dengan kawan-kawan.  Info untuk saya dan jugak untuk awak.

Sharing is caring!



The first few days home from the hospital are important for both baby and parents. As parents you will have gone through n intense birth process that is unlike anything else you have ever experienced. As a new mother you will be drained – both emotionally and physically. The father can often have feelings of being overwhelmed by the huge responsibility he now faces. There probably is not much anyone can say or do to help you to fully prepare for what you are about to experience.

During your first days at home it may be wise to limit the amount of visitors that you welcome into your home because you’ll need a lot of time to recover from the birth process. Other than your immediate family and good friends you might want to ask other friends to wait a week or two before they descend on you with gifts and wanting to hold the new baby.

New mothers will want to pay attention to the way that they feel so that those “baby blues” don’t creep up and surprise you unexpectedly. It is normal to feel a bit out of sorts and sad for the first couple of weeks after giving birth. Your body is going through some major physical changes after the birth of your baby. Your hormones will be changing and you likely will be feeling a lack of sleep. It is important to remember that this is natural and to allow yourself a good amount of time to recover from this. If you find yourself feeling more and more depressed it is advised that you should discuss it with your doctor to see if you are suffering from “postpartum depression”. 

Symptoms of postpartum depression include:
• Overwhelming feelings of sadness and depression accompanied by crying.
• Having little or no energy.
• Feelings of guilt and worthlessness.
• Having no interest in your baby or being overly concerned and worried about your baby.
• Weight gain accompanied with overeating or Weight loss accompanied by not eating.
• Insomnia or oversleeping.
 
If you do have postpartum depression then there are a few ways that you can try to beat it:
• Try and get as much rest and relaxation as possible. When the baby is asleep use this quiet time to get some rest yourself.
• Be more understanding with yourself and do not put yourself under too much pressure to “get back to normal”. Ensure that your family is aware that you need help with housework and so on.
• Try to limit the time that you spend just alone – keep your mind and body relatively active (for example by taking short pleasant walks).
• Get professional help if the depression seems to be ongoing.
• Discuss with other mothers their experiences after birth. You may find that your friends and family members also went through the same issues as you.

During the first few days at home your family will be adjusting to the additional member of your family. If you have other children at home you may be dealing with feelings of jealousy as the new baby takes centre stage. Make sure that you include your other children in the day-to-day activities that are part of the new baby’s routine. Remember that you are trying to adjust to some huge changes in your life so allow yourself the understanding and care that you would give to family and friends in your situation.

Monday, October 24, 2011

~Dr. Surgey vs Dr. Maria~

Me and hubby memang dari mula nak gynae perempuan.  Alhamdulillah sepanjang check up kat European Medical Center semua gynae perempuan; Dr. Olga, Dr. Kaznacheeva and Dr. Madan.

Tapi bila check up dekat hospital bersalin pulak gynae lelaki i.e Dr. Surgey yang attend coz gynae perempuan bercuti dua minggu katanya.  Alamak!! At first tu risau jugak tapi bila mata bertentang mata rupanya gynae lelaki tu ok je. Cuma yelah my hubby is more comfortable with perempuan.  Isteri mithali like me (InsyaAllah) follow je and still requested for female gynae.

So, last week buat appointment and today for the first time jumpa Dr. Maria.  Soalan-soalan yang Dr. Surgey tanya tu dia repeat balik padahal semua dah tulis kat dalam report. Takpe..layan jelah.

Keluar je i terus soalan my hubby:

Me:  Well sayang, what is your decision? Dr. Maria or Dr. Surgey?..

Hubby: Abang comfortable with female gynae tapi dia macam tak friendly like Dr. Surgey lah..

Me:  So, Dr. Surgey lah ni?

Hubby:  Dr. Surgey lah senang sikit if apa-apa nanti. Dr. Maria tu abang rasa macam semacam aje.

Me:  Tatiana, no need to change the contract because we choose Dr. Surgey.

Tatiana:  See, i told you before you will like Dr. Surgey more..

** Keselesaan tu memang pada doktor perempuan tapi penting jugak untuk pilih doktor yang lebih mesra, lebih helpful eventho doktor tu lelaki.


Thursday, October 20, 2011

~Check list for new born baby~

Esok kandungan genap 36 minggu.

Persiapan barang-barang almost dah siap. Ye ke? If belum siap pun weekend ni memang dah plan dengan Daddy nak carik barang-barang baby, no worries k baby (^_^)

1. Baju/Seluar/Mitten/Booties

Yang ni semua dah beli masa balik Malaysia hari tu..Beli yang new born sikit je adalah dlm 5-6 pasang.  Yang lelain tu beli 0-3, 0-6, 3-6 dan ada jugak yang sampai 1 year!!  Mitten n booties beli memang jenis yang pelbagai, kat Malaysia banyak jual yang nipis n belobang-lobang tu..Tapi jumpa jugak yang jenis tebal. Beli!!

2.  Barut / Bedung

Barut n bedung ni buat je.. but not me lah kan yang buat.  Akak aku yang sungguh baik itu tolong buatkan.  Barut ada lah dalam 6 n bedung pun lebih kurang sama jugak. Ada je barut yang jenis modern yang lekat-lekat tapi ntah kenapa lagi suka yang ala-ala tradisional.  No reason!

3.  Breastfeeding set

Ni pun beli masa kat Malaysia.  Survey-survey sikit kat Majalah Pa&Ma.  Tak sempat nak survey lebih-lebih. Terus pegi kedai Fabulous Mom kat Taman Sutera Utama, Skudai. Pilih, order dan terus bayar.  Thanks to Daddy sebab belanja :D

4.  Tilam baby

Yang ni baru je order kat akak aku soh dia poskan.  hehehehe :)) kenapa nak pos kenapa tak beli je kat Moscow ni? Not much choice..abis citer.  Lagipun nak suruh poskan ubat-ubatan sekali.

5.  Minyak telon

Pun dah beli kat Malaysia jugak.  Dua tiga jenis jugak yang aku beli..Minyak Yuyi, minyak telon..yang panas, yang tak panas dua-dua ada.  Sebab baby lahir time winter!

6.  Pampers / Mandian / Losyen

Yang ni belum beli lagik! This weekend baru nak shopping!

Tu je yang teringat.. Agak-agak ada lagi tak yang aku ter'miss'? Baru je nak publish tetiba baru teringat towel baby lum beli..huhu

Wednesday, October 19, 2011

~Gelagat baby time check-up~

Chewahhh!!

Baby ni kan pandai tau dia. Sejak check up kat Perinatal Medical Centre ni and especially bila tgh check heart beat dia, saje je dia nak tido for 20 minutes tu. Mummy gerak2 tapi baby xmo bangun pun.

First time dulu, nurse siap bagi mummy air, gula-gula suruh baby bangun sebab dalam masa 20 minit tu mummy kena tekan button yg dia org bagi everytime baby bergerak..tapi malang baby tido je..

Semalam mummy bawak bekalan punyalah banyak. Nurse pasang je alat tu kat perut, mummy x buang masa terus je makan gegula..then coklat..then gegula lagi..then coklat lagi..air + gula + coklat! Baby gerak kejap kejap je tapi banyak jugaklah pergerakan dia tu..sebab if baby tido je doktor mesti bising sebab susah dia nak baca rekod tu..

Baby..baby...

Habis je check heart beat baby, mummy terus je report kat daddy n kemain dia pun bergerak-gerak non stop.  Saje tau baby ni!!

Sayang baby sangat-sangat! Muahhhhh!!!

Wednesday, October 12, 2011

~ramalan cuaca kata jumaat snow~

My dear hubby kata Jumaat ni suhu bakal mencecah -3'C dan snow akan turun!

Main snow jom cam dulu masa mula datang dulu..Masa tu jakun lagi. Sekarang tidak lagi! ^_^


Friday, October 7, 2011

~Sambutan Hari Merdeka~

Hari Merdeka kan sama hari dengan Hari Raya kan.. My mom kata kat Malaysia perarakan Hari Merdeka di postpone kan ke 16th September.. Sama la kat sini, kami pun sambut on the 16th September tu..

Ramai jugak tetamu jemputan yang hadir.

Menu simple-simple je that day.  Selain dari salad dan desert yang disediakan oleh pihak hotel, kami sediakan jugak makanan Malaysia; "satay, kuih lapis, kuih karipap, popia, kuih kemboja dan mihun goreng"..

 (gambar makanan cuma ni je yang ada..yg lain2 nan ado!)

Ada jugak tarian tradisional yang dipersembahkan pada hari tu.  Penari-penari diterbangkan khas dari Yayasan Johor..ada tarian zapin (oh, saya suka sangat, baby teruja!), tarian macam-macam lagi tapi semua yang melambangkan 1 Malaysia.






Lepas jemputan semua dah balik, haruslah kami pulak yang berposing-posing di sana kan...Muka sendiri perlu ada di blog ini, dah kata "tuan tanah"..giler kuasa!! ada i kesahhhh??? hahahahaha






Thursday, October 6, 2011

~blogger Malaysia yg belajar di Moscow; Ariff Shah~

Kali pertama jumpa dia ni time Tun Mahathir datang sini dulu. Salah satu program sempena lawatan Tun adalah jumpa student. So dia ni pun datang jugak. Masa tu x ambik gambar pun. Nampak dia & cam muka dia.  Bila dia datang ambik makanan terus je i tanya "eh, u ni Ariff Shah kan?".. :D

Kali kedua pulak masa sambutan hari raya kat Kedutaan. Pagi tu dah nampak dia dah and decided to take picture with him.  Saje je, kang tak sempat coz tahun depan dia abis study dah.

Bagi keadaan tenang-tenang dulu, biar dia kenyang makan then dah tengahari tu baru borak-borak sikit dengan dia and terus je cakap nak ambik gambar sama. Masa borak tu i realize yang dia ni pemalu tau orangnya! (^_^)




Eh, awak je yang tak pakai baju melayu time tu..
Lupa pulak nak tanya "mana baju melayu awak?"..hehehe :)))

Wednesday, October 5, 2011

~cantik bila awek Russia berbaju kebangsaan kita~

Susah nak jumpa awek Russia berbaju kebangsaan kita. Yelah baju kebangsaan kita kan semua tutup-tutup.  They all ni pulak mana la biasa.  Eh, tapi ada jugak dia orang ni kiranya cam "tutup aurat", cuma boleh jumpa time winter je! sebab sejuk...kekekeke

Tak dinafikan lah, they ni memang cantik bila sekali-sekala pakai baju kebaya, kurung, etc...

Jom sama-sama kita tengok!

Ieya in kebaya songket

Vlada in Punjabi suit, Ieya in kebaya n Olga..

Zalina in baju kurung

Olesya with my kebaya (means dulu i ni kurus cam dia lah ye?)

~bawah pokok epal~

Lepas kenyang makan jamuan raya hari tu, kami suami isteri pun menghabiskan masa berphoto shoot di bawah pokok epal.  












Muah! Muah! Muahhhh!!!
Bye (^_^)

 

~Raya 2011~


Ya Ampunnnnn!!! Hei, lambatnyer awak update citer pasal raya awak! Biar lambat asal ada..kan?kan?kan?

Malas nak citer sangat (sebab dah lama dah, nak masuk raya haji dah ni..ha! tau pun awak!!), apepun yang penting saya raya di perantauan untuk pertama kalinya dan jauh dari keluarga tersayang dan tetap jugak buat entry tuk raya..ok, senyap!


Siapa kata raya kat perantauan tak meriah? Meriah jugak tapi mungkin tak semeriah kat Malaysia lah kan. Tu tak dinafikan oleh kami-kami di sini..


 For ur info lah kan, bukan kami je yang meriah, tapi makanan pun meriah jugak!!! Kiranya bab makanan tu sama meriah dengan Malaysia lah! Just name it, semua ada..satay? rendang? ketupat? ada..semua tu ada..lemang?? opss, yang tu mintak maaf lah ye..carik buluh tapi tak jumpa-jumpa kat Moscow ni!  Hahahaha

kuih raya sumbangan dari kami..mine is bahulu gulung. i did myself ok!!

soto, ketupat, nasi minyak, ayam masak merah, dalca..what else? just name it..semua ada
told ya before, satay pun ada tau!!

 Ok, tu je cerita raya saya di sini..Ada lagi gambar-gambar raya tapi nak cerita dalam entry lain.

See ya! ^_^

Tuesday, October 4, 2011

~photo shoot x jadi~

Last weekend hampa!

Cita-cita nak berphoto shoot sempena autumn ni x menjadi disebabkan sabtu dan ahad hujan..dan boleh dikatakan sekarang ni macam musim hujan pulak..xpelah, hujan kan kurniaan Allah..

Harap-harap weekend nanti tak hujan! Amin

Monday, September 26, 2011

~Jumpa doktor lagik~

Last week pegi check up.. Lepas balik bercuti dari Malaysia aritu x pegi check up oullss.. Selamba je tapi risau!

Kali ni check up bukan dgn Dr. Olga Panfilova or Dr. Tatiana Kaznacheeva tapi dengan Dr. Madan... Nice lady, more friendly eventho dia x berapa pandai cakap english.

Baby?? Baby semakin membesar dan aktif.  Masa tgh scan tu Dr. Madan kata baby mcm mumbling..mulut dia cam "um am um am" gitu! Mmg nampak mulut dia bukak tutup, bukak tutup..comel sangat!!

Berat baby doktor agak-agak dlm 1.2 kg.

Kali ketiga doktor kata "it's a baby girl".. (^_^)




Friday, September 9, 2011

~Cerita Raya~

Sorilah, aku belum ada mood nak bercerita pasal raya. Gambar kejadian banyak dah; gambar bersalaman, gambar berduaan, gambar ramai-ramai, gambar bawah pokok epal, gambar ishhh macam-macamlah! Tapi tunggu lah ye. Ada jugak ambik gambar dengan Ariff Shah alaaa..blogger yang tengah belajar kat Moscow tuh!

Nanti lah citer ye. Tempek gambar terus baru best!!

~Musim luruh dah tiba~

Moscow dah start autumn.  Daun-daun dah start menguning, suhu pun dah menyejuk. Keluar kena pakai jaket dah! Tak tahan sejuk sampai ke tulang.  Tak lama lagi togel lah daun-daun ni semua. Yang tinggal cuma ranting kering je.

Wednesday, September 7, 2011

~Trimester ketiga & pergerakan baby~

Trimester ketiga katanya if kat Malaysia kita kena kira pergerakan baby!

Honestly aku agak kabur sikit pasal cara-cara mengira pergerakan baby.  Ada jugak dengar ibu-ibu mengandung yang dah masuk trimester ketiga akan diberikan "buku merah".  Ntah macam mana rupa buku merah tu pun aku x penah tengok! Maklumlah xde pengalaman mengandung kat Malaysia, mengandung-mengandung terus duduk kat Moscow..Jadinyer makin lah kurang pengetahuan situasi mengandung kat Malaysia tu.. (Agak nanti kot aku mengandung anak kedua kat Malaysia mesti agak-agak jakun kot!..hehehehe)

Kat Moscow ni aku tak taulah macamana kekdahnyer bila dah masuk trimester ketiga. Since balik dari Malaysia aritu lum lagi buat check up.  Maybe next week!

Bercerita pasal pergerakan baby, aku teramat lah risau sangat dan hampir menangis masa dalam flight aritu sebab risaukan baby.  Doktor Kaznacheeva memang tak bagi aku balik that day, sebab uri aku kan kat bawah.  Setiap kali take off n nak landing aku memang selawat banyak2 sangat. Baca semua ayat-ayat yang aku tau. Baby pun gerak-gerak aktif sangat.  Daddy sentiasa je pegang perut aku!

Yang paling risau sangat time dah sampai kat Malaysia, lebih kurang dua hari aku tak rasa pergerakan baby. Cukup risau dan kami berpendapat yang baby penat! Boleh??? Alhamdulillah lepas rehat yang secukupnya tu, baby kembali bergerak dengan aktifnyer.. (Betullah agaknya pendapat aku n hubby!)

Monday, September 5, 2011

~Jejak Rasul di Moscow..eh, ada muka kami lah!~

Tak payah kot nak cerita panjang berjela untuk entry kali ni.  Baca tajuk pun dah boleh agak.  

Jom layan! 


Monday, August 29, 2011

~Progress Baby~

Dah lama rasanya x update pasal baby..

1.  Kandungan dah masuk bulan ke-7.

2.  Baby dah kuat menendang.  Paling aktif menendang waktu tengahari & malam. 

3.  Tak boleh tidur mengereng ke kanan or ke kiri mesti kena tendang dengan baby, agaknyer dia x suka.

4.  Baby semakin membesar & mummy semakin mengembang.

Sekian dulu, jumpa lagi!

Thursday, August 25, 2011

~Salam Aidilfitri Dari Perantauan~

Dulu kan setiap kali masuk je musim bulan pose..kat suratkhabar mesti je banyak ucapan-ucapan raya dari mereka-mereka yang ada kat seluruh pelusuk dunia.  Suka sangat baca and tgk gambar-gambar dia org tu.  Dalam hati selalu je cakap "bilalah aku nak mcm dia org ni"...

Ha!!!! Sekarang amek ko! Nak sangat.. Jangan ngengada nak nangis lah, nak sayu-sayu lah, apelah. Cubit nanti baru tau! 

Ok, ok. Nak janji tak kan menangis tu mcm tipu je. (Dulu penah sekali time raya haji x dapat balik, padahal kat Shah Alam je time tu. Malam call umah cakap dgn arwah abah siap nangis2). Ermmm nak kata apa ...dah jauh beribu batu ni agaknyer mesti nangis double triple! 

Tak kisah la nangis ke tak, tapi sempena bulan baik, bulan mulia ni kami suami isteri dengan tulus ikhlas ingin mengucapkan:


p/s:  Ni gambar masa bulan 3 aritu if x silap.  Mock up raya by TV3 @ Malaysian Embassy, Moscow

Monday, July 25, 2011

~Puding kastard jagung~

bahan utama
Bahan-bahan:

1 paket tepung kastard
1 tin jagung
1 tin susu cair
1 1/2 cawan gula
6 cawan air

Cara-cara membuat:

1.  Satukan semua bahan-bahan di atas
2.  Masakkan di atas api sederhana dan kacau hingga pekat




3.  Setelah pekat dan kekuningan, tuangkan kedalam loyang atau acuan-acuan kecil (suka ati)
4.  Biarkan keras

5. Setelah keras bolehlah dipotong-potong dan dihidangkan bersama teh tarik / juice



Thursday, July 21, 2011

~20 minggu 2 hari~

As at 9 Julai 2011 masa trip to Vladimir kandungan berusia 20 minggu 2 hari..

Tak mau citer banyak2 sebab entry ni tujuan di cuma nak tunjuk perut je.. (^_^)

 







Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...