Terpanggil pulak nak bercerita tentang kisah Si Tanggang ni bila terbaca gosip artis Malaysia yang anak tak balik jenguk mak sampai dah 5 bulan, yang si kekasih pulak tambah bara api siap nak menyaman mak si lelaki, yang terbaru kata pulak mak si lelaki "tak siuman". Dayusnya lelaki itu sebab menyokong usaha si kekasih nak saman si ibu dan biarkan aje si kekasih kata ibu dia macam-macam. Mana perginya kasih sayang dan perasaan ingin mempertahankan ibu anda?Ermmm..tak taulah apa nak jadi..
Oh, by the way tau tak Si Tanggang tu siapa?
Pernah baca tak kisah rakyat pasal Si Tanggang? Kalau lupa boleh refresh memory anda disini
Kisah rakyat ni pernah jugak difilemkan.
Masa tu saya masih kecik lagi. Bila tengok cerita ni memang terus melekat dekat otak dan ingat sampai sekarang sebab pengajaran yang ditinggalkan dari kisah Si Tanggang tu.
Tapi sebagai manusia yang serba kekurangan, ada kalanya saya lupa jugak. Kadang bila mak suruh buat tu, tak mau buat. Pernah jugak tertinggikan suara pada mak. Tak sependapat. Tak mau dengar nasihat mak. Tapi tu dululah masa zaman kecik-kecik tengah nakal, zaman remaja..Astagfirullahalazim!!
Sekarang ni saya memegang status sebagai seorang ibu, dan secara automatiknya saya rasa bagaimana susahnya mak membesarkan kami adik beradik seramai 5 orang yang perangai lain-lain. Saya yang anak baru satu ni pun kadang pun teremosi jugak, nikan pulak nak membesarkan 5 anak, kalau yang ada 10 anak macamana? Ermmm...
Tugas kita sebagai anak terutama yang dah berjaya, tentulah kita nak membahagiakan mak kita. Bukan wang ringgit yang dia minta tapi kasih sayang dan perhatian dari anak-anak. Masa mak dah tua, dah tak berdaya, kitalah yang sepatutnya menjaga dia dengan penuh kasih sayang sebab lama mana lagi masa yang ada untuk dia hidup di dunia ni. Itu jugalah yang saya harapkan dari anak-anak bila saya dan suami dah tua nanti. InsyaAllah..
Saya ingin kongsikan juga kisah Si Tanggang Moden yang boleh kita jadikan tauladan. Samada kisah ini benar ataupun tidak tapi kita ambillah kesimpulan dari kisah tersebut ye.
Firman Allah Taala dalam Surah Al-Israa ayat 23:
Maksud:"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)".
Nabi saw. bersabda, "Semua dosa akan ditangguhkan pembalasan sampai nanti hari kiamat, kecuali derhaka kepada ibu atau bapa, maka sesungguhnya Allah akan segerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal dunia." (HR Hakim)
Semoga kita dijauhkan dari sifat-sifat sedemikian kerana syurga seorang anak adalah dibawah tapak kaki ibunya.
No comments:
Post a Comment