CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, May 21, 2013

~Kisah Si Tanggang~


Terpanggil pulak nak bercerita tentang kisah Si Tanggang ni bila terbaca gosip artis Malaysia yang anak tak balik jenguk mak sampai dah 5 bulan, yang si kekasih pulak tambah bara api siap nak menyaman mak si lelaki, yang terbaru kata pulak mak si lelaki "tak siuman".  Dayusnya lelaki itu sebab menyokong usaha si kekasih nak saman si ibu dan biarkan aje si kekasih kata ibu dia macam-macam.  Mana perginya kasih sayang dan perasaan ingin mempertahankan ibu anda?Ermmm..tak taulah apa nak jadi..

Oh, by the way tau tak Si Tanggang tu siapa?

Pernah baca tak kisah rakyat pasal Si Tanggang?  Kalau lupa boleh refresh memory anda disini

Kisah rakyat ni pernah jugak difilemkan.

Masa tu saya masih kecik lagi.  Bila tengok cerita ni memang terus melekat dekat otak dan ingat sampai sekarang sebab pengajaran yang ditinggalkan dari kisah Si Tanggang tu.

Tapi sebagai manusia yang serba kekurangan, ada kalanya saya lupa jugak. Kadang bila mak suruh buat tu, tak mau buat.  Pernah jugak tertinggikan suara pada mak.  Tak sependapat. Tak mau dengar nasihat mak.  Tapi tu dululah masa zaman kecik-kecik tengah nakal, zaman remaja..Astagfirullahalazim!!

Sekarang ni saya memegang status sebagai seorang ibu, dan secara automatiknya saya rasa bagaimana susahnya mak membesarkan kami adik beradik seramai 5 orang yang perangai lain-lain.  Saya yang anak baru satu ni pun kadang pun teremosi jugak, nikan pulak nak membesarkan 5 anak, kalau yang ada 10 anak macamana?  Ermmm...

Tugas kita sebagai anak terutama yang dah berjaya, tentulah kita nak membahagiakan mak kita. Bukan wang ringgit yang dia minta tapi kasih sayang dan perhatian dari anak-anak.  Masa mak dah tua, dah tak berdaya, kitalah yang sepatutnya menjaga dia dengan penuh kasih sayang sebab lama mana lagi masa yang ada untuk dia hidup di dunia ni.  Itu jugalah yang saya harapkan dari anak-anak bila saya dan suami dah tua nanti.  InsyaAllah..

Saya ingin kongsikan juga kisah Si Tanggang Moden yang boleh kita jadikan tauladan.  Samada kisah ini benar ataupun tidak tapi kita ambillah kesimpulan dari kisah tersebut ye.

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Israa ayat 23:
Maksud:
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)".


Nabi saw. bersabda, "Semua dosa akan ditangguhkan pembalasan sampai nanti hari kiamat, kecuali derhaka kepada ibu atau bapa, maka sesungguhnya Allah akan segerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal dunia." (HR Hakim)

Semoga kita dijauhkan dari sifat-sifat sedemikian kerana syurga seorang anak adalah dibawah tapak kaki ibunya.








Sunday, May 19, 2013

~Spring 2013, will be our last~



Sedih?

Happy?

Ermmm..lupakan apa yang akan dirasakan nanti..As for now, let's enjoy the moment, tangkap gambar banyak-banyak, pergi semua park yang ada di sini. Haksss

Spring 2013 merupakan musim bunga ketiga yang kami rasa sepanjang menetap di sini.  Tapi spring kali ni agak panas berbanding tahun 2011 dan 2012.  Bayangkan kalau di musim bunga suhu boleh mencecah sehingga 32'c..Kan panas tu!

Panas-panas pun saya redah je.  Paksa jugak suami untuk keluar setiap hujung minggu.  Yelah kalau berlengah je kang habis pulak musim bunga.  Nasib baik isteri mithali dah siapkan jadual hujung minggu. *mithali ke gitu* Hahahaha

Minggu lepas lokasi kejadian adalah tiga tempat yang berlainan.

Pokok Mangga 
Jangan tanya nama betul dia..suami gelarkan dia pokok mangga so saya pun ikut jelah.  Pokok mangga ni popular bagi orang yang baru berkahwin sebab mereka akan kunci mangga yang tertulis dengan nama mereka dan manggakan di pokok ni dengan harapan perkahwinan yang dibina akan kekal selamanya.





Arbat Street
Tempat ni memang popular di kalangan tourist.  Kiranya macam Bukit Bintang gitu.  Souvenir pun banyak jugak dijual kat sini, tapi harga 2 atau 3 kali ganda mahal :)





Blue Lake
Gambar yang ada pokok tulip tu not exactly at Blue Lake tapi ditanam ditepi jalan on the way to Blue Lake. Dengan muka tak malu stop tepi jalan ambik gambar. Hahaha










 Look at her! She had so much fun.  Tido pun nyenyak sebab kepenatan..

p/s:  ada lagi entry pasal spring 2013 ni..kan katanya keluar setiap hujung minggu..hikss :)




Friday, May 17, 2013

~Memaafkan seseorang itu mudah tapi...~


Salam Jumaat!

Ingat tak saya pernah cerita tentang kisah paku.  Pada saya kisah paku tu adalah kisah tauladan yang sangat baik untuk diingati dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita.  Sebabnya kita ni hidup berkawan-kawan, maka adalah penting untuk menjaga hati orang-orang yang berada di sekeliling kita.

Macam saya, saya ni ni orangnya senang jugak nak memaafkan kesilapan orang lain (alhamdulillah)..tapi saya bukanlah manusia sempurna, kerana setiap apa kesalahan yang dibuat oleh seseorang itu bukan mudah untuk saya lupakan.  Kiranya ia akan membuatkan saya sangat berhati-hati dengan insan tersebut.

Oh, itu bukan bermaksud saya berdendam ok!




Thursday, May 16, 2013

~18 bulan~




Permata hati saya hari ni genap umurnya 1 tahun 6 bulan..

6 months from now she will turns 2.

Oh, cepatnya masa berlalu..

Mummy & Daddy doakan semoga Zara terus membesar dengan sempurna, diberikan kesihatan yang baik, dikurniakan akal yang bijak dan menjadi anak yang solehah..Insyaallah..




Friday, May 10, 2013

~Kuih Talam Gula Merah~


Assalamualaikum...

Macam biasa bila saya "persembahkan" resepi disini bukanlah bermakna "wow, dia pandai la buat kuih/masak"..

Ini adalah lebih kepada rujukan untuk diri saya sendiri di masa akan datang.

Actually 2 kali saya cuba buat kuih ni..Percubaan pertama memang gagal dan ke tong sampah.  The next day  saya cuba jugak buat lagi kuih ni dan alhamdulillah menjadi.

Kalau tengok kat website memang banyak sangat resepi kuih talam gula merah ni..Ada yang kena masak dulu dan ada yang terus je tuang adunan ke dalam loyang dah kukus.  Ermmm, through my experience yang ke tong sampah tu disebabkan saya tak masakkan dulu adunan tu..terus je saya kukus..Mak oiiiii, dekat 4 jam tak jugak keras-keras.



Percubaan kedua tu memang bersyukur sangat sebab tak perlu campak ke tong sampah lagi..Membazir amalan syaitan! Tapi kalau dah tak jadi nak buat camne kan..

Tekstur kuih talam resepi Kak CT Delima memang sungguh lembut. Tapi resepi asal pun Kak Ct Delima dapat dari blog Yatie..

Saya kongsikan resepi mereka di sini ya (^_^)


Bahan Lapisan Bawah : 
200 gm gula merah
2 sudu gula pasir
2 1/2 cawan air biasa
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar air kapur

Cara-cara :
1. Masak gula merah dan gula pasir bersama2 dengan air. Sejukkan.
2. Sementara itu panaskan pengukus dan balut dengan kain penutupnya.
3. Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya larut dan tapiskan. Masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa kacau.
4. Tuangkan dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
5. Kukus selama 20 minit. Setelah masak, cakar2 sedikit di atas permukaannya dan tuang adunan lapisan atas.

Bahan Lapisan Atas : 
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
Sedikt garam

Cara-cara :
1. Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati dan tapiskan.
2. Kacau atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat.
3. Tuang atas adunan bawah dan kukus sehingga masak (selama 20 minit)
4. Sejukkan dahulu sebelum di potong.



Monday, May 6, 2013

~Mengapa Tun Mahathir Sedih?~


Artikel di bawah saya dapat dari sini dan saya sharekan dengan kawan-kawan tersayang!

Pssst..saya bukan bersikap provokasi tapi it's worth to read.



MENGAPA TUN MAHATHIR SEDIH?


SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.


Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.


Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.


Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.


Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.


Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.


Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.


Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.


Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.


Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.


Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.


Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.


Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.


Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.
Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.
Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.


Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.


Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain. Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.


Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.


Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.



Friday, May 3, 2013

~Renungan Jumaat~




"Jangan resah andai ada yang membencimu,
kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia.
Tetapi resahlah andai Allah membencimu,
kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.."
(Imam Al-Ghazali)




Thursday, May 2, 2013

~Mendongak ke langit~


Kalau time hujan dan tak berpayung memang naya la kan.

Habis air hujan masuk ke hidung. Tak pasal!

Kata-kata ni memang sentiasa terpahat di ingatan saya.  Pesanan dari seorang yang saya hormati, ex-bos saya dah jadi Dato' pun dah sekarang ni.  Alhamdulillah.

Dia berpesan "Fauziah, nanti bila-bila you berada di atas, jangan lupa tunduk bawah ye"..

Sungguh terkesan nasihat tu dalam ingatan saya!

Ya, kita sebagai manusia, hamba-Nya yang serba kekurangan tak perlu lah nak mendabik dada berbangga dengan status, kejayaan, kebijaksanaan dan sebagainya sebab itu hanya sementara, pinjaman sahaja!

Dan bukan bererti bila kita berada di atas semua yang kita buat tu betul sentiasa.

Jangan malu nak mengaku kesilapan.

Dan tak perlu juga nak mencanang yang kita baik kerana kebaikan dan keburukan itu lama-lama akan diketahui oleh orang lain kerana orang sekeliling memerhati apa yang kita lakukan..

Terpulang kepada diri kita untuk mencorakkan bagaimana jadinya diri kita nanti.

Jangan pulak dah terjatuh baru nak terngadah sebab hidup ibarat putaran roda, ada masa kita di atas dan ada kalanya kita di bawah.

Surah Luqman; ayat 18; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.”


Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...