KFC antara makanan utama yg termasuk dalam list makanan yang aku nak makan time balik ni. Mana taknyer boleh dikatakan masa aku kat Malaysia dulu memang every week aku akan makan KFC, tak kesah la tapau bawak balik ke or aku angkut teman seperjuangan aku si Kerun @ Khairun Nisa tu ke tapi yang penting aku memang suka makan KFC. Sampai Kerun cakap muka aku pun dah macam KFC..Aku buat dunno je as long as ada kawan nak makan KFC. Huhu (^_^)
Tapi lately banyak la pulak videoclip pengotor wargakerja KFC.. Terus aku gulp nak makan! Sentap la kan. Boleh pulak ayam tu letak kat tapak kasut..ada pulak siap perah kain buruk..
Walaupun Pengarah Operasi Restoran KFC Malaysia, En. Mohd Alwi dah meminta maaf atas kejadian tersebut dan menjelaskan langkah-langkah proaktif yang mereka ambil untuk menghalang perkara ni dari berlaku dan menyatakan bahawa pekerja yang terbabit tu dah dibuang kerja tapi disebabkan seorang yang buat macam tu dahnyer aku dok curious je nak makan KFC. Asyik dok fikir restoran mana la yang buat kerja-kerja pengotor macam tu. Sungguh yerkkkk!!!!
Kena fikir balik ni nak makan KFC ke x...Baru je cakap kat Hubby aritu, sampai-sampai epot terus nak makan KFC, x pedulik dah..Tapi sekarang kena fikir semula!
p/s: fikir-fikirkan dan selamat beramal la untuk wargakerja KFC yang pengotor yang dah kena buang kerja tu! hamek ko! padan muka...*emosi terlebey sudah*
Why I English
1 month ago
No comments:
Post a Comment