CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, July 25, 2011

~Puding kastard jagung~

bahan utama
Bahan-bahan:

1 paket tepung kastard
1 tin jagung
1 tin susu cair
1 1/2 cawan gula
6 cawan air

Cara-cara membuat:

1.  Satukan semua bahan-bahan di atas
2.  Masakkan di atas api sederhana dan kacau hingga pekat




3.  Setelah pekat dan kekuningan, tuangkan kedalam loyang atau acuan-acuan kecil (suka ati)
4.  Biarkan keras

5. Setelah keras bolehlah dipotong-potong dan dihidangkan bersama teh tarik / juice



Thursday, July 21, 2011

~20 minggu 2 hari~

As at 9 Julai 2011 masa trip to Vladimir kandungan berusia 20 minggu 2 hari..

Tak mau citer banyak2 sebab entry ni tujuan di cuma nak tunjuk perut je.. (^_^)

 







Tuesday, July 19, 2011

~Musim buah~

Last Saturday call mak..Katanya tahun ni buah-buahan tak menjadi sangat.  Durian je yang berbuah tapi tak banyak macam tahun lepas.  Rambutan, manggis semua tak berbuah.  Mungkin "mereka" rindukan saya. *wink*wink* (sila jangan perasan ye!)
aktiviti mengait buah manggis & rambutan bersama keluarga (2009)

Banyak kali pesan kat kakak, anak sedara suruh mak buatkan lempok durian, tempoyak nak bawak balik Moscow!

kakak-kakak ku yang "rakus" memilih manggis, rambutan & durian..hehehe (2009)

Friday, July 15, 2011

~ME and MY BOSS~


When I take a long time to finish,
I am slow,
When my boss takes a long time,
he is thorough

When I don't do it,
I am lazy,
When my boss does not do it,
he is busy,

When I do something without being told,
I am trying to be smart,
When my boss does the same,
he takes the initiative,

When I please my boss,
I am apple polishing,
When my boss pleases his boss,
He is cooperating,

When I make a mistake,
I' am an idiot.
When my boss makes a mistake,
He's only human.

When I am out of the office,
I am wondering around.
When my boss is out of the office,
He's on business.

When I am on a day off sick,
I am always sick.
When my boss is a day off sick,
He must be very ill.

When I apply for leave,
I must be going for an interview .
When my boss applies for leave,
it's because he's overworked

When I do good,
my boss never remembers,
When I do wrong,
He never forgets

what to do?????????????

Wednesday, July 13, 2011

~Trip to Vladimir~

9hb Julai 2011

2.30 pagi - memasak bekal untuk dibawak

4.20 pagi - tunggu bas depan Tower A Donskoy Posad.

4.40 pagi - pergi Embassy ambil penumpang lain

4.50 pagi - bergerak ke Vladimir

10.00 pagi -  sampai di Vladimir..shopping! shopping!!

12.30 tghari - bergerak ke "government shop" (shopping lagi sikit)

2.00 petang - rehat tepi tasik sambil makan-makan..dalam ati:  nape la kejap sangat shopping x puas lagik!

3.00 petang - bergerak balik ke Moscow

8.00 malam - sampai di Donskoy Posad

8.20 malam - kepenatan tapi masih nak tengok barang yang dibeli..x menyabar kan..nak tengok jugak baru boleh tido dengan aman dan nyenyak sampai ke pagi..

VLADIMIR??

Vladimir ni tempat jual kristal..
To be specific nama tempat dia ni ialah Gus-Khrustalny.

cantik-cantik kan..

p/s:  penat tapi nak pegi lagik sebab ada banyak lagi x beli..huhu

~Alhamdulillah..akhirnya~

4 bulan 8 hari!!!!!

Lama giler barang nak sampai dari Malaysia to Moscow.  Ni semua disebabkan movers yang buat kerja mcm ha*&^eh!!! Tau nak untung je tapi buat kerja ala kadar..Siap ko, nanti aku buat report sampai 10 pages about performance of your company!! How you handle my shipment and all that!!! No compromise!!

Kalau ikutkan normal delivery cuma ambik masa 30 - 45 hari je..Tapi disebabkan company vodoh tu buat keje main-main, ikot pulak laluan ntah mane-mane, so yang jadik mangsa aku lah.. Memang aku cukup bengang dengan company tu..Sekali lagi "no compromise!".

Tapi alhamdulillah setelah sekian lama aku tunggu tetiba pagi ni dapat panggilan dari Mr. Rolf bagitau my things will arrive at my residence tomorrow morning..which sepatutnya next monday baru sampai....

Syukur sangat!!! Amin..Amin...

p/s:  agaknya mcam mana lah condition brg tu ye?

Tuesday, July 12, 2011

~~Salam Perpisahan Kak Shima~~





Farewell Kak Shima bertemakan warna biru..cantik sangat!!!




  
 

 
Selamat tinggal Kak Shima dan semoga kita berjumpa lagi di lain masa.. 
InsyaAllah..Amin..






Bon Voyage Kak Shima & Family..we gonna miss u a lot! (^_^)

Monday, July 11, 2011

~~Pergerakan pertama~~

Tengah duduk-duduk sambil berehat tengok tv lepas kenyang makan malam tiba-tiba tanpa disangka macam ada terasa-rasa pergerakan dalam perut.  At first confuse jugak coz dia macam ala-ala denyutan, very slow. After 5 minutes ada lagi but this time kuat sikit..

SAH!!!! IT'S BABY..

"Daddy, Daddy come here..cepat pegang perut Mummy" - ayat teruja! Hubby datang sepantas kilat terus pegang perut Mummy..tapi Hubby hampa sebab tak dapat rasa..Mummy je yang dapat, yelah sebab baby kan dalam perut Mummy.

"Baby kecik lagi sebab tu Daddy tak dapat rasa. Nanti bila dah masuk 6-7 bulan baru Daddy dapat rasa sebab masa tu Baby tendang dah kuat" kata Hubby sambil usap-usap perut Mummy..So sabar ye Daddy...

~ Tarikh keramat 15hb Julai 2011, Jumaat @ 8.30 - 9.00 pm~

Friday, July 8, 2011

~~Kamu situa yang tak wajar dihormati~~

Yang tua sepatutnya menjadi contoh pada yang muda mudi, menunjukkan sikap dan sifat-sifat yang murni supaya menjadi tauladan tapi ada jugak yang menunjukkan sikap yang mungkin boleh dikatakan tak wajar untuk dicontohi..

Jadinya kepada "Situa" itu bawak-bawaklah bertaubat, muhasabah diri, betulkan kesilapan..Kita manusia biasa yang tak pernah lari dari kesilapan.

"Dan sebagai manusia yang tak pernah lari dari kesilapan, yang tahu akan kelemahan diri maka kami maafkan awak wahai Situa".  

Tapi renung-renungkanlah soalan ini agar awak boleh bermuhasabah diri.. 

"Adakah awak Situa yang perfect, yang tak pernah melakukan kesilapan dan kesalahan di masa muda dulu even di masa sekarang sehingga sanggup menghukum orang sedemikian rupa?"  

Jika dulu kami begitu menghormati awak wahai Situa tapi sekarang perasaan hormat kami telah tiada lagi kerana sesungguhnya kamu adalah Situa yang tidak wajar dihormati.

Maafkan kami..

Wednesday, July 6, 2011

~~KFC~~

KFC antara makanan utama yg termasuk dalam list makanan yang aku nak makan time balik ni. Mana taknyer boleh dikatakan masa aku kat Malaysia dulu memang every week aku akan makan KFC, tak kesah la tapau bawak balik ke or aku angkut teman seperjuangan aku si Kerun @ Khairun Nisa tu ke tapi yang penting aku memang suka makan KFC. Sampai Kerun cakap muka aku pun dah macam KFC..Aku buat dunno je as long as ada kawan nak makan KFC.  Huhu (^_^)

Tapi lately banyak la pulak videoclip pengotor wargakerja KFC.. Terus aku gulp nak makan! Sentap la kan.  Boleh pulak ayam tu letak kat tapak kasut..ada pulak siap perah kain buruk..

Walaupun Pengarah Operasi Restoran KFC Malaysia, En. Mohd Alwi dah meminta maaf atas kejadian tersebut dan menjelaskan langkah-langkah proaktif yang mereka ambil untuk menghalang perkara ni dari berlaku dan menyatakan bahawa pekerja yang terbabit tu dah dibuang kerja tapi disebabkan seorang yang buat macam tu dahnyer aku dok curious je nak makan KFC.  Asyik dok fikir restoran mana la yang buat kerja-kerja pengotor macam tu.  Sungguh yerkkkk!!!!

Kena fikir balik ni nak makan KFC ke x...Baru je cakap kat Hubby aritu, sampai-sampai epot terus nak makan KFC, x pedulik dah..Tapi sekarang kena fikir semula!

p/s:  fikir-fikirkan dan selamat beramal la untuk wargakerja KFC yang pengotor yang dah kena buang kerja tu! hamek ko! padan muka...*emosi terlebey sudah*

~~Kek pisang~~

Ingat tak, entry yang lepas tu kan ada bagitau yang aku x sabar sangat nak tunggu weekend coz nak masak-masak.. So resepi yang dicuba adalah kek pisang hasil dari ajaran Kak Arfah...

Rupanya senang je buat kek pisang ni, tutup mata pun leh buat.  **Sila pengsan kerana ada unsur-unsur berlagak disitu**

Bahan-bahan:

5 biji pisang sederhana besar 
3 biji telur sederhana besar 
3 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan minyak 
2 sudu butter / margerin
1 1/2 sudu teh soda bicarbonat 
1 1/2 sudu teh baking powder 
esen vanilla
secubit garam  
* campurkan choco chips / choco rice (optional)

Cara-cara:

1.  Lenyekkan pisang bersama tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder dan garam.
2.  Dalam bekas lain pukulkan telur, butter, esen vanilla dan gula 
3.  Satukan adunan tepung, adunan telur dan minyak
4.  Gaul sebati
5.  Masukkan dalam bekas pembakar dan bakar selama l/kurang 1 jam dengan suhu 180' 

Dan dengan bangganya inilah hasil kek pisang saya yang dibuat dengan ingredients tambahan seperti perasaan kasih sayang  dan chenta untuk Hubby dan baby dalam perut..Memang sesuai untuk minum petang sambil relax-relax tengok tv..Kena pulak hujan turun..Wah, memang syokkkk!!!

Tuesday, July 5, 2011

~~Al-Fatihah untuk arwah abah tersayang~~

5hb Julai 2009 - di awal subuh dia meninggalkan kami..

5hb Julai 2011 - genap 2 tahun pemergiannya ke alam barzakh..

Walaupun arwah abah dah dua tahun meninggalkan kami tapi kenangan bersama beliau masih segar bugar dalam ingatan.. 

Al-Fatihah untuk arwah abah..

Sesungguhnya kami sekeluarga amat menyayangi beliau..dan masih merinduinya...

Semoga arwah tenang di alam sana..


p/s:  x boleh nak cerita panjang sebab air mata dah berlinang

Monday, July 4, 2011

~~Result masih x bagus~~

Pagi tadi pergi check up lagi..tapi resultnya masih sama; uri masih dekat bawah. So next week kena pergi lagi. Doktor siap pesan xyah sapu-sapu losyen kat perut time nak pegi check up sebab nanti scan ada yang x nampak. Dua tiga kali dia pesan..Yolah-yolah, den ingat! Hehehe


Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...