CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, August 9, 2012

~Tudung mahal vs tudung murah~



Saya tak bertudung dan insyaAllah akan bertudung tak lama lagi..Amin!!

Memandangkan saya jauh di negara orang, jadinya saya hanya mengikuti fesyen-fesyen bertudung dari internet (semua ada, cepat dan pantas).

Cantik-cantik belaka kan tudung sekarang ni.  Macam-macam fesyen, jenis kain, color, corak.

Ada tudung bawal, tudung Ariani, tudung Fareeda, tudung Yuna, Siti Nurhaliza...arghhhh, macam-macam lagi lah.

Fesyen nya pulak macam-macam, ada yang lilit, yang nampak telinga, yang pendek, yang panjang.. Banyak!!

I berkenan kat tudung Fareeda, cantik dan very up to date..Baru je tadi tau yang harganya boleh mencecah sehingga RM200 untuk 1 piece tudung.

Eh?? Kenapa mahal sangat ni?? Tak faham..tak faham..

Tapi ada juga yang sanggup berhabis untuk sehelai tudung yang sebegitu mahal kan.  Dan siap jadikan koleksi lagi.  Ohhh, banyaknya duit dia!!

Ala duit sendiri-sendiri apa nak kecoh!

Kalau saya diberi pilihan, MUNGKIN saya akan memilih tudung yang harganya biasa-biasa saja tapi yang penting menutup aurat.  Duit lebihnya boleh beli makanan untuk keluarga.

Sebab saya cuma orang biasa je.  Gaji pun ciput!! Haruslah ku ukur baju di badan sendiri kan..

(^_^)


4 comments:

Miss Brenito said...

ya betol tuh.. mcm2 harga tudung tau, dua lapis harga lain, tiga lapis harga lain, selapis lain pulak.. mcm sy yg berpendapatan seciput ginik, haruslah yg besa2 aja, janji shantek dan tutup seperti yg sepatutnya...

Nazirah Azeman said...

salam kenal

harga tudung ni macam2.kalu nak pilihan yg byk,blh pg jln tar.

sy yg bergaji ciput nih bantai saje pakai yg rm5.huhuhuhuhuhu

♥ aNNa ♥ said...

Kannn? Kadang2 harga tudung pun mengalahkan sepasang kurung moden! Huhu.

Ann Ishak said...

betul tu, hanya kerana dah ada 'nama' kot...tu yang mahal kemain

Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...