CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, August 14, 2012

~Rumah mak dilanda ribut taufan~




Kejadian berlaku pada hari Ahad, 12hb Ogos 2012 antara jam 3 hingga 4 petang.

Sayu betul hati bila tengok rumah yang menjadi tempat teduh kami sekeluarga selama bertahun-tahun dilanda ribut yang menggila.

Mengikut kata abang saya, lebih kurang 47 keping bumbung rumah kami diterbangkan ribut.  Allahuakbar!!!

Mengikut kata akak saya pula, habis basah rumah kami dek kerana hujan.  Sofa basah, tilam basah, karpet basah.  Aduhai..Lagi sekali sayu hati ni..

Tambahan pula Aidilfitri bakal kunjung tiba tak sampai pun seminggu lagi.

Banyak persiapan yang perlu dibuat; persiapan Aidilfitri dan juga persiapan untuk repair bahagian yang rosak dek ribut.

Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan oleh Sihar Harian.  Dan yang pastinya mak saya dan semua yang berada di dalam rumah selamat.  Itu yang paling penting.

Alhamdulillah juga, mengikut perkhabaran semua kerosakan adalah dibawah tanggungjawab pihak Felda.

Saya diperantauan hanya mampu mendoakan kesejahteraan semua penduduk kampung terutama keluarga saya dan semoga Aidilfitri yang bakal kunjung tiba disambut meriah oleh semua.



Thursday, August 9, 2012

~Tudung mahal vs tudung murah~



Saya tak bertudung dan insyaAllah akan bertudung tak lama lagi..Amin!!

Memandangkan saya jauh di negara orang, jadinya saya hanya mengikuti fesyen-fesyen bertudung dari internet (semua ada, cepat dan pantas).

Cantik-cantik belaka kan tudung sekarang ni.  Macam-macam fesyen, jenis kain, color, corak.

Ada tudung bawal, tudung Ariani, tudung Fareeda, tudung Yuna, Siti Nurhaliza...arghhhh, macam-macam lagi lah.

Fesyen nya pulak macam-macam, ada yang lilit, yang nampak telinga, yang pendek, yang panjang.. Banyak!!

I berkenan kat tudung Fareeda, cantik dan very up to date..Baru je tadi tau yang harganya boleh mencecah sehingga RM200 untuk 1 piece tudung.

Eh?? Kenapa mahal sangat ni?? Tak faham..tak faham..

Tapi ada juga yang sanggup berhabis untuk sehelai tudung yang sebegitu mahal kan.  Dan siap jadikan koleksi lagi.  Ohhh, banyaknya duit dia!!

Ala duit sendiri-sendiri apa nak kecoh!

Kalau saya diberi pilihan, MUNGKIN saya akan memilih tudung yang harganya biasa-biasa saja tapi yang penting menutup aurat.  Duit lebihnya boleh beli makanan untuk keluarga.

Sebab saya cuma orang biasa je.  Gaji pun ciput!! Haruslah ku ukur baju di badan sendiri kan..

(^_^)


~Facebook~



Ada friend request on my Facebook...bila telek betul-betul rupaanya request dari seorang baby or bayi, and she's not even 1 year old..

Advance kan?? Tak tahu lah siapa yang advance, si baby comel atau makbapaknya..

Zara?

Nak ada Facebook??

Oh please. TIDAK sesuai untuk dia.

A BIG NO!!!

Cukuplah I tempek and update pictures dia dalam Facebook I.

**Laptop and Ipad pun I tak bagi dia pegang.  Oh yelah, anak sipolan-sipolan kecik-kecik dah pandai main Ipad.  Biarlah Zara tak pandai main coz I want her to enjoy childhood life, tak nak dia stuck dengan those things.  But sometimes I bukak jugak Ipad for her tapi untuk nyanyi-nyanyi lah!!

p/s:  I suka cara kawan I Hani didik anak dia Puteri Marissa Balqis (^_^)


Wednesday, August 8, 2012

~Sagu gula melaka~



Memang sesuai sangat bulan puasa ni berbuka dengan kuih manis dan sejuk kan.  Tambah pulak diwaktu panas ni, pekena something yang sejuk memang nyaman sangat!

Oh before that, harap maklum ni bukan blog masakan ye.  Adapun resepi-resepi yang diletakkan di sini adalah untuk tatapan dan reference si tuan tanah saja..Since I tak pandai sangat masak memasak ni haruslah segala resepi yang dicuba dan yang paling penting menjadi diletakkan untuk rujukan di masa akan datang.  Tak kalut nak mencari betul tak?

Daddy always told me "boleh tak bila buat sekali tu terus je ingat dalam kepala, tak payah nak tengok2  resepi lagi"...

"Daddy, kuih-muih ni sensitif, kalau lari sikit timbangan dan bahan-bahannya nanti tak jadik kan rugi, sebab tong sampah yang makan".. (eh, menjawab)..Ngeeeee

Sagu gula melaka ni resepi paling simple dan paling senang, tak payah nak tepek resepi kan sini pun takpe sebenarnya.  Ermmm, tapi apa salahnya letak jugak kan..hahahahah

Bahan-bahan:
  • sagu secukupnya
  • air
  • fresh milk
  • air gula melaka / gula merah
1.  Firstly, basuh dan masakkan sagu dengan air sampai kembang
2.  Basuh sagu yang dah dimasak tadi untuk membuang kanji
3.  Toskan seketika dan masukkan ke dalam acuan atau bekas atau cawan 
4.  Curahkan air gula melaka dan kemudian fresh milk ke dalam bekas atau cawan tadi
5.  Sejukkan dalam fridge dan sedia untuk dimakan

*gambar ihsan Cik Google*
Disebabkan kesedapan yang amat sangat, sampai kelupaan nak ambik gambar.  Terima kasih Cik Google! Oh, lupa pulak nak bagitau, actually ikut resepi asal guna santan kelapa lagi lemak rasa dia tapi apa salahnya ditukarkan kepada fresh milk yang lebih berkhasiat. Ikut citarasa masing-masing lah ye.


Tuesday, August 7, 2012

~19 hari~



Diam tak diam dah 19 hari berpuasa rupanya.

Walaupun berpuasa di musim panas, tapi alhamdulillah masih terdaya untuk bertahan sehingga waktu berbuka.

Kejap je kan oulss.

As usual every Saturday kami akan berbuka bersama-sama di Kedutaan, dengan adik-adik student yang tak balik.

Potluck; minggu ni turn saya buat daging masak lomak!

Minggu depan ada satu lagi Sabtu dan lepas tu Ahad dah raya???

Raya???


Thursday, August 2, 2012

~Dia dah berdiri dah~


Dah lama jugak si kecik ni berdiri, rasanya awal-awal puasa dulu tu.

So sekarang ni kerja dia asyik nak berdiri je tapi yang heran dia tak reti nak duduk lagi..toink!toink!

Bila dah berdiri tangan tu mulalah capai sana capai sini.

So last weekend Mummy jadik bibik kat umah mengemaskan dah simpan semua barang perhiasan, vase, crystal kang tak pasal jatuh pecah satu hal.  Daddy yang paksa, asyik bebel from day to day sampai Mummy naik hafal ayat dia dah! So di pagi Ahad, Mummy si bibik pun bangun seawal pagi memulakan tugasnya manakala anak dengan bapak syok je tido di pagi yang indah, lepas tu bangun tengahari...sob sob sob

1,2, 3 Action!!!!












Mummy & Daddy love u so much dear!!!!


~Caught red-handed coz tak puasa~


Alaaa...dulu-dulu pun jarang jugak bangun sahur..if bangun pun minum air je then tido balik! So far takde lah lembik semacam pun gayanya! Hellooooooo, itu time kat Malaysia ok..Sahur pukul 5 pagi then berbuka pukul 7 lebih.  No hal punya!!!

Kalau dah kes berpuasa sampai 18, 19 jam apa kes??? Harus la kelembikan, dah macam sotong kadang tu tapi isteri mithali walau lembik-lembik sotong pun tetap la menguruskan rumahtangga.. (',) pahala babe, pahala..tapi kena ikhlas lah...

Lembik-lembik sotong bukan sebab lapar tapi sebab kehausan, kurang air dalam badan...sebab berpuasa time summer!

SUMMER???

Yes, time summer kan waktu siang panjang bangat! Dalam pukul 3.30 pagi dah subuh then nampak cik matahari menyinari bumi Moscow dan pukul 10 barulah gelap...sob sob sob! Tapi di hari ke-14 Ramadhan ni saya masih bertahan tau!!! kecuali bila "sakit orang perempuan" datang jerk ;))

Tahun lepas pun macam ni jugak tapi at that time I banyak kali tak puasa.  Ini pengakuan jujur hokeyyyy!!! Bukan sengaja tapi sebab time tu I mengandungkan Zara..tak larat oullsss..try jugak puasa tapi belum sampai tengahari I macam nak pengsan dah..

Then ganti puasa time winter...weeeeeeeeeee (^_^) ngelat!!! sebab time tu pendek je waktu siang..lebih kurang 9 jam je..subuh pukul 8 then maghrib pukul 5 petang...tak terasa punnnn!!

Eh, ada budak tak puasa lah!!!

Caught red-handed coz hisap puting!!!


Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...