CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, August 14, 2012

~Rumah mak dilanda ribut taufan~




Kejadian berlaku pada hari Ahad, 12hb Ogos 2012 antara jam 3 hingga 4 petang.

Sayu betul hati bila tengok rumah yang menjadi tempat teduh kami sekeluarga selama bertahun-tahun dilanda ribut yang menggila.

Mengikut kata abang saya, lebih kurang 47 keping bumbung rumah kami diterbangkan ribut.  Allahuakbar!!!

Mengikut kata akak saya pula, habis basah rumah kami dek kerana hujan.  Sofa basah, tilam basah, karpet basah.  Aduhai..Lagi sekali sayu hati ni..

Tambahan pula Aidilfitri bakal kunjung tiba tak sampai pun seminggu lagi.

Banyak persiapan yang perlu dibuat; persiapan Aidilfitri dan juga persiapan untuk repair bahagian yang rosak dek ribut.

Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan oleh Sihar Harian.  Dan yang pastinya mak saya dan semua yang berada di dalam rumah selamat.  Itu yang paling penting.

Alhamdulillah juga, mengikut perkhabaran semua kerosakan adalah dibawah tanggungjawab pihak Felda.

Saya diperantauan hanya mampu mendoakan kesejahteraan semua penduduk kampung terutama keluarga saya dan semoga Aidilfitri yang bakal kunjung tiba disambut meriah oleh semua.



No comments:

Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...