Terespol adalah border antara negara Poland dan Belarus. Kenapa kami tak stay je kat Warsaw lagi best kot? Sebab, bila nak masuk Belarus kena check kastam dulu. Kalau kami tido di Warsaw jauh dengan border, nak kena keluar hotel seawal pagi untuk queue di kastam.
Sepanjang dari London ke Poland takde check kastam pun dari satu negara ke satu negara sebab mereka semua adalah European Country, keluar masuk sesuka hati pun no hal.
Belarus dengan Russia bawah payung yang sama, so nanti dari Belarus nak masuk Russia tak payah dah check kastam lagi. Clear tak?
Sebab dah dekat (lebihkurang 20km nak sampai ke Kastam Terespol), maka kami pun tido dengan nyenyak sampai ke pagi tak yah fikir nak bangun pukul 4. Pergi breakfast dulu (walaupun yang ada cuma roti keras) dan pukul 9.00 pagi kami check out dari Pajero Hotel. Hotel ni cantik dan deco di bahagian restaurant dia memang sangat "kampung" gitu. Semua diperbuat dari kayu.
Kat sebelah stesyen minyak ada souvenir shop (the only souvenir shop dan harga agak mahal, no choice dear). Beli fridge magnet 2, 3 then terus je shoot ke kastam.
Alhamdulillah, tak panjang lagi queue kat Kastam Terespol (Poland). Boleh kira dengan jari je berapa kereta kat depan tu... ^_^
Tapi bukan bermaksud boleh tarik nafas lega ye. Sebabnya nanti masa dekat Kastam Brest (Belarus) yang panjang pulak kerjanya. Check itu, check ini, semak tu, beli insurans dan sebagainya...Tapi alhamdulillah sekali lagi sebab urusan kami semuanya dipermudahkan semasa di Brest.
Walaupun semua urusan dipermudahkan tapi ambil masa dalam 2 hingga 3 jam jugak dari tunggu queue hingga selesai semua urusan. Ermmmm, masuk je ke Belarus ni jalan atau highway tak lah secantik semasa di Europe hari tu.. Pemandangan pun jadik kurang menarik sebab kiri dan kanan masih nampak salji yang memutih.
Bila nampak je snow, muka terus kelat. Tak larat oulss, kat Moscow itself snow memanjang sampai 6 bulan (dari bulan 11 hingga awal April). Hambik!! Dulu gedix sangat nak main snow kan.. Dari Brest kami terus driving sampai ke Minsk untuk tido..
(sambung lagi ye)...
3 comments:
seronoknyer cik oja..
oja....bestnyee.....ntah bile la kami ni dpt peluang cam oja....huaarrrggghhh......and one more, geram sangat tgk Zara with her actions.....she's so cuteee......
Miss Brenito: ni je peluang yang kami ada nak berjalan :)
Anis: soon Anis pulak..dun wori k..
Post a Comment