CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, April 1, 2013

~Cerita cuti 2: London ke Berlin ke Poland~



Sambung cerita London haritu...

Dari London kami menuju ke Berlin.  Perjalanan lebih kurang 1000km. Satu kelainan yang baru sebab selalunya travel menaiki kapalterbang ke sana sini, tapi kali ni kami memilih untuk menaiki kereta.  Berjalan dengan anak kecik memang memerlukan kesabaran yang tinggi, yelah kang kejap dia nangis, pampers penuh, nak susu..ermm, semua tu harus diambil kira tapi tu bukanlah penyebab untuk kita tak bercuti. Kenalah plan semuanya dengan rapi.


Alhamdulillah! Agaknya Zara ni mewarisi sikap Mummy yang suka berjalan, bercuti kot.  Sebabnya dia tak meragam pun.  Tipulah kalau langsung tak tapi ada la sikit-sikit..hiksss (^_^)

Dari hotel kami bergerak seawal jam 10 pagi, to cut short the journey kami gunakan Euro Tunnel instead off menaiki kapal menyeberang Selat Inggeris untuk sampai ke Calais.  Euro Tunnel takde lah pemandangan yang dapat ditengok sebabnya gelap aje.  Oh, kami tak drive ye sepanjang di tunnel tu tapi kereta yang naik train, enjin dimatikan dan kami duduk diam-diam dalam kereta.  Hanya train yang bergerak merentasi laut (so kiranya kami lalu dalam laut la).  



 





Diam tak diam, 30 minit dah sampai ke bumi Calais, France.  Kejap je rasa..Isi minyak penuh dan bermulalah perjalanan kami merentasi beberapa buah negara (Belgium, Holland) untuk sampai ke Berlin, Germany.  Highway yang cantik, pemandangan yang indah (nampak rumput baru tumbuh sebab baru nak masuk spring), rumah-rumah ladang.  What I can say? Nice!! 

Ok, perubahan masa dari satu negara ke satu negara buat saya confuse tapi yang pasti kami sampai di Berlin jam 9 malam waktu Berlin.  Terus check in hotel dan zzZZzzZZzzzzz, ketiduran!

Next day!


9.00 pagi dah check out! Mengamuk-ngamuk Zara kena kejut dari tido..sori sayang!  Ada masa sikit untuk discover Berlin tapi tak semua tempat.  Just jalan-jalan ke Alexanderplatz, ambil gambar kat Berlin Tower, beli souvenir dan makan KFC!  Halal oulsssss maka saya pun makan dengan lahapnya, tak cover malu dah! Huhahaha ;))







Perjalanan diteruskan lagi untuk kami sampai ke Terespol (iaitu sempadan antara negara Poland dan Belarus).  Dari London ke Berlin langsung tak bayar tol.  Heaven! Masuk je Poland terjumpa pulak tol-tol yang macam kat Malaysia tu. Rindu tetiba!




Actually dari Berlin kami tido je; saya dan Zara!  Masuk je Poland terus saya bangun tapi si kecik masih lena diulit mimpi.  Kesedapan tido sebab cuaca di Poland agak sejuk.


Pemanduan sungguh berhemah dan lancar, hanya berhenti untuk ke toilet dan minum kopi.  Sepanjang highway di Poland banyak je tempat untuk berhenti, R&R kalau kat Malaysia.  So memang takde masalah.  Makanan halal memang tak dapatlah kan, just coffee and cake or muffin at Mc Cafe.


Perjalanan diteruskan lagi untuk ke Warsaw dan kemudian ke Terespol tempat hotel penginapan kami untuk berehat.


Sampai di Pajero Hotel dalam pukul 9.30 malam.  Cuaca sejuk sangat sebab di Terespol masih lagi bersalji tambah pulak dah malam-malam cuaca bertambah drop.  Check in, bersihkan diri, makan Zinger burger yang dah sejuk beli kat Berlin then tido!

(sambung lagi di entry yang lain ye)..


7 comments:

Ann Ishak said...

adventure sungguh uolsss

Unknown said...

so cute si comeiii..mcm maknye jugak

Deqna said...

bestnya oja... ni baru betul2 jalan.. siap travel by car lagi...
syok2... share lagi ye oja..

Miss Brenito said...

bestnyer darlingggggg.... jelousy nihhhhh...

~♥ OjaAmran ♥~ said...

Ann Ishak: tukar angin pulak :)

Rohaidawaty: anak mak katanya..hahaha

Derna: pengalaman yang tak dapat dilupakan. eh, mcm tajuk karangan sekolah rendah je..hahaha

Miss Brenito: jgn jeles, next will be ur turn..insyaallah

Khadeejah Hasmad said...

Syoknya KFC halal!

Penginapan Dieng said...

baca yang cuti pertama dahulu nih hehe

Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...