CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, April 29, 2013

~Saya dah mengundi~


Macam saya saya cakap kat entry lepas, saya ni adalah pengundi awal.

Jadi sebagai rakyat Malaysia yang jauh di sini saya pun bangun seawal pagi goreng cekodok sebagai breakfast supaya perut kenyang dan hati riang, maka seterusnya bolehlah memangkah tanpa tangan mengigil-gigil ye rakan-rakan..Itu merupakan tips hari ini..Muahahahaa :)



Look at our face, we are so happy kan? Second pic tu nampaknya anak kami yang terlebih happy.  Tak kisah la, kalau Zara happy kami lagi happy tengok dia happy..


~Sharing is caring: "13 perkara yang perlu dijaga oleh wanita"~


Peringatan untuk diri saya dan saya kongsikan juga untuk rujukan teman-teman tersayang.

Rasullulah bersabda "Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah wanita" (Shahih Muslim No. 4921)

Dan apa yang ingin saya kongsikan disini adalah 13 perkara penting yang perlu dijaga oleh wanita.

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.) Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin Hushain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)




Friday, April 26, 2013

~Saya mengundi awal~



28 April 2013 (Ahad)
9.00 pagi hingga 6.00 petang

Ya, saya adalah antara pengundi yang terawal mengundi bagi pilihanraya kali ini.  

Jom mengundi!

Jalankan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia..

Jangan sia-siakan peluang yang ada.

Jadi pilihlah bakal pemimpin yang boleh anda percayai.


Jadi saya dengan bangganya ingin mengucapkan:

"selamat mengundi kepada diri saya sendiri"


pssttt:  orang kata undi rahsia, tapi saya tetap sokong kerajaan sedia ada.  so kiranya tak rahsia lagi la ye undian saya ni *wink*



Thursday, April 25, 2013

~Ke BOLSHOI THEATRE kita~



The excursion starts at 11 am and finished around 1.05 pm (2 hours of explanation, taking pictures yang melebih actually.  Ladies and camera + posing tak boleh dipisahkan...Me? Ermm, no comment! *smile*

BOLSHOI THEATRE

One of the Moscow's main sight. Dari luar nampak macam bangunan biasa je tapi bila dah masuk dalam hall, it is  a big "WOW"!!!! *dagu sampai lantai*

Ok, jom masuk dan berjalan-jalan di Bolshoi Theatre (^_^)



Lawatan adalah bermula di Beethoven Hall.  Sempat jugak saya mendengar suara soprano mereka.  Meremang-remang bulu romaku..Hakss




Habis di Beethoven Hall, let's continue to the main theatre hall..Dari luar dah nampak gahnya.  Masuk dalam, kalau tadi wow sekali je, tapi yang ni berkali-kali wownya, seret dagu yang jatuh ke lantai..Huhu :)

Semuanya adalah gold plated.  Berwarna merah dan cantikkkkkk.  Kan kalau kita tengok dalam movie ada cerita-cerita teater yang zaman dulu kala tu memang sama dan ada kelasnya yang tersendiri..Ouchhhh!

The chandelier yang ada kat tengah-tengah tu so huge dan adalah chandelier yang asal tahu..

Psssttt, I tak bawak camera canggih, camera murah je yang muat masuk dalam handbag ku yang comel jadi gambar adalah kurang cantik..Anda-anda semua bayangkan jelah u oulls tengok real ye.  So please imagine betul-betul berdasarkan gambar-gambar yang ku ambil dari kamera murahku itu *nangis menyesal tak bawah kamera besar daddy*









 

Then, kami ke tingkat 6 kalau tak silap.  Duduk di tingkat paling atas dan dipertontonkan dengan full rehearsal.  Oh, best sangat! The curtain yang tutup stage beratnya 500kg..Huh? Tapi masa kat atas ni tak dibenarkan ambil gambar ye.  Prohibited!!!

Next..ke tingkat bawah semula dan kami melawat kawasan sekitar yang terdapat di dalam Bolshoi Theatre ni;  ada ruang rehat, lounge, buffet hall, exhibition hall..

konon me so terpegun la tengok decoration bagai ;)
 









Exhibition hall adalah penamat bagi visit kami di Bolshoi Theatre ni.  By the way, "bolshoi" means besar, big.

Ni ada sikit sejarah berkenaan Bolshoi Theatre yang dibina pada tahun 1776 dan hanya dibuka pada tahun 1856 on Tsar Alexander II's coronation day.  Berkali-kali bangunan ini ditutup atas sebab-sebab pengubahsuaian dan penambaikan untuk diselaraskan dengan pembangunan semasa tetapi yang bagusnya mereka masih mengekalkan struktur bangunan, lampu, tiles, chandelier dan sebagainya.

Baca di sini untuk info lanjut mengenai Bolshoi Theatre (^_^)


Wednesday, April 24, 2013

~Fakta Psikologi~


Hubby selalu cakap;

"Orang yang pandai menguruskan masa jarang stay (OT) di ofis sehingga ke lewat malam.  t's normal kalau extend waktu kerja until 1 or 2 hours tapi  kalau dah sampai ke malam or pagi maksudnya orang tu gagal menguruskan kerjanya dalam jangkamasa (9 hingga 5) yang telah ditetapkan kecuali dalam kes-kes kecemasan"

Ermmmm...It's true actually.

And today I found this on Facebook.  Oh, thanks Facebook (^_^)



p/s:  sharing is caring :)


Tuesday, April 23, 2013

~Muffin chocolate~


Bangga bila buat dan menjadi sebab selalu buat tak jadi, asyik ke tong sampah je jawapnya!

Resepi senang dan sungguh mudah dan menggunakan bahan-bahan yang sungguh senang ni memang senang sangat untuk dibuat.

Sungguh banyak perkataan "SENANG" di perenggan di atas.  Itu menunjukkan pejam mata pun boleh buat hokey! Hiksss (^_^)

Adunan yang saya buat ni boleh dapat 12 - 15 biji muffin yang sungguh sedap!

Oh, ni bukan resepi original dari saya tau tapi saya dapat setelah google menggoogle di internet  di petang yang sungguh tenang sambil tengok tv dengan budak kecik comel kesayangan jiwa *Mummy miss u dear* tetiba kan!

Original recipe is from here, from Cadbury ouls! Ye, ala..kilang dia ada kat Seksyen 16 Shah Alam tu..Hahaaa

Bahan-bahan:

100g butter (softened)
100g gula castor
2 biji telur
100g tepung naik sendiri
25g
 serbuk koko

Cara-cara:
1.  Panas oven hingga 160 hingga 170’c
2.  Pukul gula dan butter hingga sebati, masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul lagi hingga kembang
3.  Masukkan adunan tepung dan serbuk koko ke dalam adunan telur
4.  Sudukan adunan ke dalam muffin  cup sehingga ¾ penuh
5.  Bakar selama 15-20 minit atau sehingga masak


Dan ini adalah hasilnya! Yeay!!!



close up!



Friday, April 19, 2013

~Kiyomi pulak~


Lepas satu, satu pulak "demam" dari Korea yang melanda kan.  

Bukan Korea Utara hokey! Of course dari Korea Selatan..

Creative dia orang ni! 

And, cute jugak!

No, memang cute!




Thursday, April 11, 2013

~UEFA League~


He's going to:

~ Luzhniki Stadium, Moscow
~ Today; 11 April 2013

For football match!

CHELSEA
vs
RUBIN KAZAN



p/s:  Have fun Daddy!



Tuesday, April 9, 2013

~Ultrasound, MRI, Biopsy~



Bagi wanita yang concern dengan penjagaan diri dan mahu bebas dari penyakit nombor 1 di kalangan wanita, pasti mereka akan melakukan "pemeriksaan payudara berkala"; samada melakukannya sendiri ataupun berjumpa dengan doktor anda.

Saya pernah menjalani pemeriksaan payudara kira-kita 3 tahun lepas.  Masa tu saya agak risau kerana terdapat ketulan di bahagian atas payudara.  Memang masa tu "tersangat" risau dan agak malu nak jumpa doktor.  Tapi bila jumpa doktor je terus saya rasa marah, menyampah (bold dan merah sebab nak menunjukkan betapa marah time tu).  Doktor yang saya jumpa bekerja di Klinik Kesihatan ***.  Ya, klinik kerajaan oulsss!

Doktor yang saya jumpa secara luarannya adalah seorang wanita berumur pertengahan 30an, bertudung labuh dan sungguh bercirikan seorang muslimah sejati.  Syukur!

Tapi kenapa saya marah dan menyampah?

Sebab bahasa yang doktor guna tak sesuai dengan perwatakan muslimahnya dan saya boleh judge bahawa dia bukanlah seorang doktor yang cuba menyelami perasaan si pesakit.  Ermmm, how to say?? Kiranya macam tak ikhlas lah nak jadi doktor gitu.

Oh, bila saya masuk dia tanya sakit apa? (soalan biasa para-para doktor ni) tanpa muka senyum okey!

Saya jawab, saya perasan ada satu ketulan di payudara sebelah kiri.

Doktor kata "bukak baju".

Masa tu saya pakai kemeja, tengah bukak butang baju boleh pulak doktor tu saound "boleh tak cepat sikit bukak baju tu, ramai lagi patient kat luar tu"

Terus saya sentap sangat!  Saya tahu mungkin dia penat, saya pun penat menunggu tapi bukan itu caranya menegur.  Boleh je kot guna perkataan yang lebih indah, lebih lembut dan secara tak langsungnya tak menyakitkan hati si pendengar.

Tekan sikit-sikit benjolan di payudara saya macam nak lenyekkan adunan roti and it's done.

Breast tissue je kata doktor tanpa penjelasan lanjut.

Ntah nak percaya atau tak masa tu sebab marah saya terus je balik dan tak buat pun regular breast check up  kat klinik sebab menyampah tapi selalu buat time mandi.  Saya rasa during bath is the best time to do self breast check up.

Ehhh, terpanjang pulak entry dan dah jauh lari dari tajuk.  Next entry lah ye (>_<)




Friday, April 5, 2013

~Cerita cuti 4: Minsk ke Moscow~


Entry ni pendek je ye sebab ni cerita terakhir cuti-cuti kami; episod 1, episod 2 dan episod 3 sepanjang bulan Mac yang lepas.

Di Minsk, kami tido di Westa Hotel.  Bukan di dalam bandar Minsk tapi ni kiranya macam highway hotel sepanjang highway Brest - Minsk -Moscow.  Nice hotel actually tapi sebab snow maka semua pemandangan yang cantik itu tertutup dengan salji yang tebal.  Semakin kami mendekati bandar Moscow semakin sejuk suhu dan semakin tebal sajli di sekeliling kami.  Tak nampak dah rumput-rumput yang menghijau, pokok yang baru nak berputik.  Semuanya adalah putih, sejuk dan pokok yang togel sahaja.







Check out dari hotel jam 8.30 pagi, keadaan masih lagi gelap, matahari pun belum muncul lagi. Mata pun macam malu-malu je nak bukak pagi tu kan..Sedap sangat tido! Gambar kat bawah, si kecik yang dah ready  nak balik ke tanah kelahirannya Moscow, Russia.  FYI, Zara memang lahir di Moscow, besar di Moscow tapi adalah warganegara Malaysia ye, sebab tu sebut "tanah kelahiran".



Sepanjang 450 kilometer nak sampai ke Moscow, time ni dah malas dah nak snap gambar sebab semuanya sama je, putih sana sini. Kecuali gambar matahari nak terbit.  Subhanallah, sungguh cantik dicelah-celah snow yang memutih..




 




Ermm, selain matahari terbit rasanya tak ada apa yang menarik dah kecuali bila dah masuk ke sempadan Russia.


Sebabnya tak sabar nak sampai rumah dan bergolek-golek atas katil, makan nasi.  Oh, rindu giler kat nasi hokey. Lauk ape?

?


?


?


?


?


?


 Mussel masak berlada..Haha (^_^)




p/s:  Maka dengan ini, tamatlah kisah percutian dan perjalanan kami dari London ke Moscow.  Sesungguhnya sepanjang perjalanan banyak pemandangan indah, perubahan musim dari satu negara ke satu negara dan membuatkan saya semakin bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk melihat keindahan bumi ciptaan-Nya.



Thursday, April 4, 2013

~Birthday Treat~


1.00 pm

Cik Najwa bawak makan di Tanuki.  Layan sushi, favourite sushi ever ialah california roll, order sekali crab salad tapi jangan makan kenyang sangat hokey! Ditemani oleh Kak Lin dan Kak Anipah bagi memeriahkan majlis.  Heeee


 

 

4.00 pm

Wahhhhh...Kek di hari kejadian! Sponsored by my bos, siap nyanyi-nyanyi lagu birthday with Olesya.  Terkejut I..bukan buat-buat but really terkejut sebab masa tu tengah terbongkok-bongkok nak pakai stokin!  Lastnyer I pakai selipar jepun je dulu. Haihhhh!

 


7.00 pm

Daddy konon-konon nak rahsia la.  Tak nak reveal nak ajak Mummy dinner kat ne.  But I know the road Daddy where we wanna go.  Tapi I diam je, buat-buat tak tau..Hahaha (^_^)  Unlucky cause Bosphorus Restaurant penuh pulak.  No choice so makan kat sini, x reti nak sebut.


 
 

main2 mata masa mummy ambil gambar dia
chorny chai + lemon
shashlik, roti, pelof kambing..

I thought the celebration dah over, rupanya Daddy kata ada sekali lagi sebab Daddy tak puas hati belanja Mummy makan kat restoran Uzbekistan ni.  Hoyeeeeeeeehhhh! *lompat*


Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...