Disebabkan 2 hari (Jumaat & Sabtu) Zara tak berapa sihat due to kembung perut jadi weekend hanya dirumah sahaja. Tambah pulak Sunday aritu salji turun tak berhenti from morning. Semua aktiviti luar cancel!
Memandangkan since monday lagi Daddy dah request Mummy buat kek pisang walnut, so "supermak" ini pun bergegas ke dapur lepas lunch, lepas lipat baju, basuh baju, sidai baju untuk memenuhi permintaan suami tersayang *wink*wink*
Senang je buat kek pisang walnut ni, but still refer pada resepi yang dulu tu. Daddy kata cubalah lepas dah buat sekali tu terus ingat dalam kepala! Ala Daddy, Mummy bukan tak ingat cuma nak pastikan je takde bahan yang tertinggal. Kang ke tong sampah pulak jadinyer. Rugi tau tak! Eh, menjawabbbb :D
Ok salin jelah sekali lagi resepi yang dulu tu tapi kali ni tambahkan je walnut (^_^)
kaya dengan walnut dan semestinya Daddy suka! |
Bahan-bahan:
5 biji pisang sederhana besar
3 biji telur sederhana besar
3 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan minyak
2 sudu butter / margerin
1 1/2 sudu teh soda bicarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
esen vanilla
secubit garam
walnut secukupnya
choco chips / choco rice
choco chips / choco rice
Cara-cara:
1. Lenyekkan pisang bersama tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder dan garam.
2. Dalam bekas lain pukulkan telur, butter, esen vanilla dan gula
3. Satukan adunan tepung, adunan telur dan minyak
4. Gaul sebati, kemudian masukkan walnut dan choco rice
5. Masukkan dalam bekas pembakar
6. Taburkan walnut lagi
7. Bakar selama l/kurang 1 jam dengan suhu 180'