CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, August 27, 2013

~Europe Trip; MADRID (Stadium Santiago Bernabeu)~



Stadium ini mula dibuka pada tahun 1947 dengan mengambil nama Santiago Bernabeu Yeste (former chairman of Real Madrid Club) dan dimiliki oleh kelab bolasepak terkenal dunia iaitu Real Madrid.

Merupakan stadium ketiga terbesar di Eropah selepas Wembley Stadium di London dan Camp Nou di Barcelona.

Tak rugi rasanya membayar harga tiket sebanyak 38 Euro untuk 2 orang (kanak-kanak bawah 4 years old = free) sebabnya memang berbaloi-baloi.


Tour Bernabeu ni merangkumi 9 stop centre yang macam gambar kat bawah ni; panorama stadium, trophy room, pitch, presidential box, photomontages, players' tunnel - benches - coaching area, dressing room, conferencing room and lastly kita akan di bawa ke official store.


Plus minus tour ni mengambil masa lebihkurang 3 jam.  Tapi kalau korang nak lama-lama lagi sampai 5 jam pun takpe.  Takde siapa yang marah sebab tour ni kita jalan sendiri, takde tour guide pun.  Cuma ikut je arrow "tour bernabeu" yang ada kat situ.


Mula-mula kami pergi ke tingkat atas sekali untuk melihat pemandangan stadium.  Fuh, 7 tingkat tanpa lif tapi ada escalator dengan mendokong Zara.  Semput jugak dibuatnya, Daddy pun semput sebab mengangkat stroller.  Adil dan saksama! Hikss :)


Then kami turun pula ke tingkat bawah untuk ke trophy room, pitch, presidential box & photomontages.  Wahhhhh! Terpegun, bukan saja terpegun dengan piala tapi dengan semua-semua lah..

kasut zaman dulukala..
bola zaman dulukala..











On the way to the next stop, sempat pulak singgah ke bahagian tempat duduk penonton di bahagian tengah. Sempat la duduk-duduk kejap kengkonon feel macam penonton tengah tengok perlawanan akhir.  Ecehhhh

Then kami berpeluang untuk ke padang!! Dapat la pijak rumput sikit dan duduk pulak di bahagian pemain simpanan, kerusi kulit Audi oulssss..Kelab kayalah katakannn...



Tour kami teruskan ke tempat bilik persalinan pemain.  Wahhh, memang kelasss.


And lastly tour kami di akhiri dengan visit ke official store.

What I can say?

IT'S WORTH TO VISIT :)

Habis di stadium kami terus balik ke Puerto del Sol.  Makan di restoran berdekatan.  Orang kata kalau datang ke Sepanyol ni haruslah kita mencuba makanan dia orang iaitu paella, sejenis nasi seafood.  Not bad! Mencari churros tak jumpa pulak! Haihhh..

PAELLA:  gambar dari google..mine will update later lah ye :)
CHURROS:  dah pernah makan kat London dulu..cicah dgn coklat
Konon cakap dengan Daddy "kita kena balik awal ni sebab esok early morning we need to wake up" tapinya Mummy pulak yang tershopping.  Dah masuk Zara, then masuk pulak kedai sebelah.  Eh, best pulak sebab harga memang jauh lebih murah dari Moscow.

Worth to buy katanya *alasan* but it's true.

Pukul 9.30 malam kami balik hotel, terus mengemas segala barang sebab esok flight kami ke Milan jam 10.05 pagi.

Milan next entry ya :)

...bersambung lagi





2 comments:

ayahmamilisa said...

ni stadium aka museum la jugak kan..bestnye dapat jejak kaki ke sana..ayahlisa baca ni bab bola mesti teruja nak gi jugak..haha..
dah la barang murah..adoiyai bila la nak dapat peluang cam ko ye oja ? huhu...
tak sabar nak baca trip ke milan tu..cepatla update ja..;)

mama-syira said...

Best gile jalan2 dapat jejak 3 negara sekaligus..

Tumpang tgk and happy je lah...

Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...