CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, August 20, 2013

~Europe Trip; MADRID (City Tour)~


Seawal pagi..Muka segar baru keluar dari hotel..
Kami kalau bercuti, memang seawal pagi kami dah keluar dari hotel, kedai belum bukak lagi kami dah keluar.  Konon nak jadi penumpang pertama Hop on Hop off City Tour. Lagipun seawal pagi cuaca tak lah panas sangat.  Ada 2 route yang berasingan iaitu Blue Route dan Green Route.  Memang seharian ni kami naik bus ni je.  Turun kat tempat-tempat yang kami rasa nak turun, ambik gambar dan naik balik bus, kejap lagi tukar pulak route itu jelah kerja kami seharian.



Tapi tujuan utama di Madrid selain city tour adalah untuk ke Santiago Bernabeu, stadium milik kelab bolasepak terkaya dunia iaitu Real Madrid, kelab  kesayangan Daddy!


Actually pagi tu kami pergi ke Santiago Bernabeu dulu tapi rupanya stadium tour hanya dibuka selepas pukul 3 petang.  Pagi cuma museum visit je.  So kami patah balik semula ke Puerto del Sol untuk brunch dan decide to come back to the stadium before 3 pm.  Nak cari tempat untuk brunch pun dah ambil masa so at last kami makan di Mc Cafe je, fish burger, coke dan kami bawak piza yang kami beli di luar. Ngelat!

On the way to Puerto del Sol, kami singgah jugak ke destinasi yang kami rasa menarik.  Turun ambik gambar dan naik bus semula.  Turun lagi dan naik bus lagi. Hahaha



The Alcala Gate






Cibeles Square @ Puerto de Cibeles

Jadi untuk menghabiskan masa selepas brunch kami pun singgah ke Hard Rock Cafe Madrid, beli buah tangan untuk diri sendiri.  Hikss :)



Saje kami lama-lama kat situ sebab masa tu Zara tido.  Bagi dia chance tido nyenyak sebab kang nak tour stadium pulak. Harus la pandai merancang waktu karang tak cukup tido dia mengamuk kami pulak yang susah.

Dari Hard Rock Cafe kami naik lagi bus (tiket valid untuk sehari) untuk ke Stadium Santiago Bernabeu. Stadium ni terletak di kawasan bandar.  Ntah la tak dapat nak bayangkan macamana crowdednya orang dan kenderaan kalau ada match? Tapi tak payah la kita susah-susah nak fikir sebabnya ada stesyen metro (line 10) yang terletak di situ dan nama stationnya pun Santiago Bernabeu

Boleh kita sambung pasal cerita Stadium Santaigo Bernabeu di entry yang lain?

....bersambung lagi...






2 comments:

Liza Izara Fazriel Fahmi said...

SALAM EEE BESTNYA DAH PERGI LUAR NEGARA....... TERINGIN NAK P PARIS HEHE.. TP KLU KEJE GOMEN NI TAKKAN KAYALA HAHA

~♥ OjaAmran ♥~ said...

Liza: yup! keje gomen cukup makan, pakai je..nak bercuti keluar negara harus kena fikir 100x..huhuhu

Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...