CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, August 19, 2013

~Europe Trip; MADRID~



Dekat sebulan jugak ye lepas teaser Europe trip baru nak update cerita suka duka kenangan kami ke tiga buah negara iaitu Sepanyol, Itali dan United Kingdom.  Soriiii *masih mood raya, so minta ampun minta maaf*

Alhamdulillah, setelah lama kami rancang percutian kali ini, akhirnya menjadi jugak dan pada 3 July 2013 maka berlepaslah kami ke London untuk menuju ke destinasi percutian kami yang pertama iaitu ke MADRID!

Oh, kami ke London sebab return tiket kami adalah Moscow - London & London - Moscow.  Tidur semalam di Premier Inn Gatwick Airport (North Terminal) sebab flight kami ke Madrid adalah pada jam 7.25 pagi.  Seawal 4 pagi Mummy dah bangun, kemaskan beg sikit dan siapkan anak serta suami. Eh?? Hahaaa


Dekat Gatwick Airport ni banyak Premier Inn, tapi yang paling berhampiran dengan airport adalah Premier Inn North Terminal ni. Keluar je dari airport, hah, depan tu Premier Inn.  Memang sangat senang.


Bila dah senang dah dekat dengan airport haruslah pulak hotel ni selalu penuh dan penuh je dengan pelanggan.  Nasib kami dah booked awal-awal.  Konsep hotel ni senang je, takde front office desk, yang ada cuma 4 biji komputer yang mana kita boleh check in sendiri bagi yang dah booked.



Pagi tu flight ke Madrid adalah dari South Terminal.  Keluar hotel, naik escalator tunggu train (24 hours) untuk ke South Terminal.  Mudah sangat.  Ingatkan kena la naik teksi ke apa ke, tapi tak payah rupanya.


Perbezaan waktu antara London dan Spain adalah 1 jam di mana Madrid awal satu jam dari London dan lambat 2 jam dari Moscow.

So kami sampai di Barajas Airport, Madrid jam 11 pagi waktu tempatan.  Urusan di bahagian Imigresen sungguh lancar dan cepat takde lah haru biru macam kat Moscow.  Huh!!!  Terus kami ambik bus Aeropuerto Express untuk ke centre. Bayaran cuma 5 Euro je.  Murah kan untuk perjalanan lebih kurang 40 minit.  Bus ni cuma berhenti di tiga stesyen sahaja dan kami berhenti di stesyen kedua iaitu Puerto de Cibeles dan kami berjalan kaki je selama lebih kurang 30 minit untuk sampai di Puerto del Sol.

Masa ni kami baru turun bas dan ada tourist dari Sweeden yang baik hati nak tolong ambikkan gambar kami
Ada banyak pilihan sebenarnya dari Puerto de Cibeles tu; samada untuk naik bus, metro ataupun teksi.  Tapi kami lebih suka berjalan sambil mencuci mata, tengok kiri dan kanan so tak terasa pun macam 30 minit. Sambil jalan so kami dah tahu kat sini ada apa, dan kat sana pulak ada apa.

Cuaca agak panas sebenarnya di Madrid, suhu mencecah 40'c sepanjang 3 hari kami di sana.  Hasilnya memang kami agak rentung.  Hahahaaaa


Hotel yang kami duduk memang terletak di kawasan yang paling busy di Puerto del Sol kerana di situlah pusat bandar Madrid.  Bukanlah hotel mewah tapi cukuplah untuk kami bermalam.  3 hari 2 malam di Hostal Pretoria costs us about 115 Euro.  Murah kan!

semakin petang dan semakin redup cuaca, semakin penuh pulak kawasan dataran ni dengan orang ramai
Dah puas melepaskan letih dan cover tido sekejap, kami pun keluar untuk melihat kawasan sekitar Puerto del Sol.  Berjalan kaki ke sana dan ke sini.  Wah!! Rupanya masa kami datang "musim sales" atau dalam bahasa Sepanyal dipanggil "REBAJAS"...sana sini ada discount.

Zara berasal dari Spain, jalan ke sana Zara, jalan sini pun Zara jugak!  Our Zara memang ikut kemana je kami pergi, boutique Zara I mean ada di mana saja di Madrid ni.


Jalan ke sana dan ke sini di musim yang panas ni memang mengeringkan tekak dan meletihkan!



Tapi rugi pulak kalau percutian ni hanya dihabiskan di dalam hotel je kan. Kalau gitu baik dok rumah!  So hari first kami balik hotel pukul 10 malam.  Walaupun 10 malam tapi matahari masih terik di atas kepala (^_^)

Actually bagus jugak berjalan time summer ni sebabnya waktu siang yang lebih panjang membolehkan kita jalan ke sana dan ke sini tanpa rasa bimbang, yelah kalau pukul 8 dah gelap berani nak berjalan lagi? Kami bukan apa sambil bercuti kena jugak fikirkan keselamatan kami anak beranak.  Safety first katanya!










Ada lagi cerita tentang percutian kami di Madrid.  Kita sambung di entry yang lain ye...

.......bersambung (-_-)







4 comments:

ayahmamilisa said...

beshnye cuti2 europe sume..untung ko oja dapat jalan banyak negara dah..luas pemandangan kan..hehe..:)
kat sane senqang ke carik makannan halal? diorang leh communicate well in english kan?

~♥ OjaAmran ♥~ said...

alhamdulillah Dee..memang betul org kata jauh berjalan luas pemandangan. banyak pengalaman yg dapat kami kutip jugak. bab makan tu xde masalah sangat.. ada je kedai halal. senang! communication pun ok...banyak lagi entry nak buat..jgn jemu baca ye :)

Liza Izara Fazriel Fahmi said...

bestnya akak :)

~♥ OjaAmran ♥~ said...

Liza: Alhamdulillah.. maybe next is ur turn :)

Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...