CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, August 23, 2013

~Kebanjiran Warga Asing di Malaysia~



"1.4 juta warga Bangladesh bakal di bawa masuk ke Malaysia secara berperingkat-peringkat mulai awal tahun depan iaitu 2014".  Ini adalah kenyataan yang saya baca pagi ni di Akhbar Kosmo.

1.4 juta tu hanya dari Bangladesh.  Bukan sikit angka yang dituliskan disitu.

Macamana pulak dengan mereka yang memang dah masuk ke Malaysia samada melalui jalan yang betul ataupun menyelinap secara haram?

Yang dah ada kat Malaysia sekarang ni pun dah tak terkira banyaknya inikan pulak nak tambah lagi 1.4 juta.

Bukan menghalang kemasukan pekerja asing tapi rasanya ni dah macam jadi kebanjiran besar-besaran pulak di Malaysia ni.  Klang jangan kata la, kadang tu bila pegi rasa macam 2nd Jakarta pulak.  Nak jalan sensorang pun takut!

Belum lagi masalah-masalah lain yang timbul disebabkan kemasukan para pendatang asing ni.  Contohnya masalah dari segi kesihatan, penyakit, budaya, masalah jenayah, kewujudan penempatan haram yang didirikan oleh mereka dan sebagainya yang boleh memberikan impak kepada rakyat Malaysia khasnya.

Yelah saya mungkin bukan mereka yang arif tentang isu kemasukan pendatang asing ni tapi sebagai rakyat Malaysia saya cuma tak mahu kebanjiran mereka mendatang masalah kepada kita di kemudian hari.

Itu pendapat saya dan tak salah kan saya kongsikan di sini...


2 comments:

Liza Izara Fazriel Fahmi said...

kat negeri kami pun ramai, sampai kdg2 bila org luar dtg tak tahu mana org local mana yg tempatan :(

~♥ OjaAmran ♥~ said...

Liza Izara:
kebanjiran dia org ni sepatutnya di kawal selia oleh pihak sepatutnya. bukan nak kata dia org jahat tapi kenalah waspada sentiasa..

Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...