Salam Ramadhan. Dah 7 hari kita berpuasa kan. Opsss..."kita" tu tak termasuk yang berada kat Malaysia lah sebab kami di sini mula puasa hari Jumaat ;))
Semalam teringin sangat nak makan kuih bom. Lama oulss tak makan kuih tu.
Kuih bom hasil tangan saya |
Resepi paling senang dan dah tentulah menjadi ini dicedok dari my resepi. Kenapa pilih yang ni? Sebabnya suka bila makan tu cam kunyah chewing gum! Hahaha (^_^) *tapi tak bermakna sampai lenguh mulut mengunyah tau sebab dia lembut je*
Bahan-bahan:
- 1 setengah cawan tepung pulut
- 1/2 cawan tepung beras
- 3/4 cawan air gula (suam)
- inti kelapa manis
- bijan
- Satukan tepung pulut dan tepung beras dan gaul sebati.
- Masukkan air gula dan uli sehingga menjadi keras
- Bulat-bulatkan doh tepung, leperkan, masukkan inti kelapa manis, cantumkan semula dan bulatkan kembali.
- Dalam bekas lain golekkan adunan yang dah ada inti tadi dan layangkan di tangan supaya bijan yang tak lekat kan jatuh dengan sendiri
- Goreng sehingga keperangan
3 comments:
salam kenal dikk
sedapp nie
akk suke inti ikan ;))
hi kak ieda...kuih bom inti ikan? first time dengar nih!!! :D
Post a Comment