CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, July 16, 2012

~Istanbul: Day 3 (Blue Mosque, Ayasofya & Topkapi Palace)~


Hari ketiga di Istanbul merupakan hari lawatan ke tempat-tempat bersejarah.  Seawal 8.30 pagi kami dah keluar dari hotel menuju ke Sultanahmet *ketiga-tiga tempat di berada berdekatan antara satu sama lain; di dalam kawasan Sultanahmet*

Tempat pertama yang kami lawati ialah Blue Mosque atau Masjid Biru.


Blue Mosque dikenali dengan nama tersebut kerana jubinnya yang berwarna biru, menghiasi dinding di dalam masjid tersebut.  Ia di bina seawal tahun 1606 dan 1616.  Walaupun sudah 406 tahun berlalu tapi binaan masjid ini masih kukuh lagi dan hiasan di dalamnya masih dijaga rapi walaupun colornya agak sedikit pudar. 

Jom layankan gambar kami di Blue Mosque..

  

  

  


Ramai jugak pelancong Arab, Omputeh, Jepun, Korea, China, India kat sini.  Semuanya dengan satu tujuan nak tengok keindahan dan mengagumi pembinaan Masjid Biru ni.

Kami teruskan lawatan kami ke Ayasofya atau dipanggil jugak dengan nama Hagia Sofia.  Sejarah Hagia Sofia ni pada asalnya ia dibina sebagai Gereja Besar Kristian Ortodoks oleh Maharaja Byzantine Justinian dan beroperasi sebagai gereja selama lebih kurang 1000 tahun.  Tetapi ianya telah diubahsuai menjadi masjid yang agung oleh Kerajaan Turki Uthmaniyyah di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453.  Kemudiannya pada tahun 1936, ianya telah ditukar menjadi sebuah muzium oleh Kerajaan Republik Turki untuk dilawati oleh pelancong-pelancong asing.



  
  
  
  
  




  

Ohhhh, penatnya. Perut pun dah lapar. Cari makanan yang cepat dan pantas.  McDonald la jawapannya! Sebab kena cover satu lagi tempat.

Honestly cover dua tempat ni je kaki kami macam nak patah dah! Kami berjalan je dari pagi since keluar dari hotel masuk ke Blue Mosque, jalan lagi ke Hagia Sofia dan patah balik ke McDonald dan patah balik ke Topkapi Palace.  Uuuuuuuuuu...tak tahu la berapa kilometer dah berjalan hari ni. Tambah pulak dengan kena dokong budak kecik comel yang pakai topi pink tu!!! *Luv u darling*


Topkapi Palace ialah sebuah istana yang terletak di Istanbul dengan dikelilingi oleh dinding sepanjang 5km dengan keluasan 700,000 m2.  Tambah mencantikkan lagi istana ini adalah kerana ia terletak di atas bukit dan mengadap ke laut.  Ia menjadi kediaman rasmi dan utama bagi Sultan Uthmaniyyah selama 400 tahun dari tahun 1465 hingga tahun 1856.  Pada tahun 1924, istana ini telah ditukarkan menjadi sebuah muzium diatas arahan Presiden pertama Turki iaitu Mustafa Kemal Ataturk. 


Disebabkan kaki yang nak patah jadinya kami tak masuk pun dalam Istana Topkapi ni sebab kami percaya rekabentuknya lebih kurang sama je.  So kami ambil keputusan untuk melepaskan lelah dengan berehat dan bersantai di taman istana yang indah *chewahhhh*


   
  
  

  
  


Eh, sorry (",) ... Lepas Topkapi Palace ada satu tempat lagi yang kami visit.  Ape ye nama dia?? Ermmm...tak ingat! Tapi dia lebih kurang macam tugulah...Tugu ke? Tak kisah la ape pun you all panggil tapi I panggil benda ni tugu! Hahahahaha :D


Panjangnyer entry hari ketiga ni..Dah penat sangat ni oullssss..Jalan kaki lagi balik ke hotel, singgah tapau Burger King pulak for dinner.

Actually awal lagi baru pukul 6 petang rasanya tapi ada orang tu nak tengok football match pulak..Euro Cup kan...Tapi takpe, dapat jugak rehatkan badan sebab esok kami nak berjalan lagi..Ngeeeee ;D



2 comments:

mama-syira said...

Cantiknya masjid tu
Bestnye Zara landing kat rumput.

:)

~♥ OjaAmran ♥~ said...

mama-syira: memang cantik, kagum dengan senibina zaman dulu..masih teguh!

Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...