CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, February 4, 2014

~November Trip 2013: Bourton-on-the-Water~


Bourton-on-the-Water adalah salah satu perkampungan yang terletak di Cotswolds, Gloucestershire, England.

Cotswolds sememangnya salah satu kawasan di England yang dianugerahkan sebagai Area of Outstanding Natural Beauty (AONB) kerana kecantikan lanskap dan kawasan semulajadinya yang mendamaikan malah kawasan ini adalah salah satu tarikan pelancong terumata di musim panas.

Tapi kami datang time autumn.  Cantik bila tengok daun bertukar color tapi yang tak bestnyer hari pulak hujan.  England memang banyak hujan!  Tambah-tambah time autumn, eh, tapi kalau tak autumn pun memang hujan jugak. Hahaha

Or maybe memang hari tu hujan kot sepanjang hari, sebabnya masa pagi kami di Warwick Castle pun hujan jugak.  Again, hujan membataskan pergerakan kami, terutama kalau ada anak kecil.  Kesihatan si kecil harus diutamakan selain dari kesihatan ibubapa.

Cotswolds ni besar jugak dan seluruh Cotswolds adalah perkampungan yang dijaga rapi tapi kami tak berkesempatan untuk pergi seluruh Cotswolds.

Sebelum datang saya cuma boleh pilih satu tempat je yang betul-betul saya nak pergi sebab perjalanan kami panjang lagi.  Research done! So pilihan saya adalah Bourton-on-the-Water yang banyak terdapat arched stone bridge dan disebabkan itu, ianya digelar "Venice of the Cotswolds". Boleh tengok gambar-gambar disini (dari cik google) kalau nak tengok gambar Bourton-on-the-Water di waktu summer.  Oh, I wish I can be there again during summer! Amin..

Done with "membebel", so kita layan gambar jelah ye (^_^)

Singgah ambik gambar di ladang biri-biri :)



Pstt..sungai-sungai ni cetek je tau..paras buku lali je so jangan risau la ;)









p/s:  Kalau tak hujan memang puas kami berposing! Doakan saya dapat jejakkan kaki lagi di tempat ni (^_^)



~November Trip 2013: Warwick Castle~


Daddy kata cancel Thomas Land kita pergi ke Warwick Castle!

Mummy & Zara ikutkan je..

Warwick Castle terletak di daerah Warwickshire.  Banyak je tempat menarik sekitar sini tapi kami cuma ke Warwick Castle sahaja.

Kami sampai awal pagi dalam pukul 10 pagi.  Bila sampai cuaca cantik walaupun sedikit mendung.

Malangnya bila tengah beli tiket hujan turun renyai-renyai. Alamak! Tapi nasib dah bawa payung siap-siap.

Since hujan tak dapatlah merasa nak pergi semua tempat di sekitar Warwick Castle ni..terasa sangat rugi tak dapat pergi taman yang cantik dan tengok persembahan yang ada.  Yelah takkan nak berhujan kot, tak sanggup nak demam bila time bercuti ni.  Jadi kami berpada-pada jelah.  Yang penting kesihatan terjaga. Jadi jomlah kita elakkan dari mencari penyakit!

Jomlah tengok gambar-gambar yang ada, sebab saya kehilangan idea. Sowiii


Agak jauh jugak berjalan dari parking area ke main entrance




Masa ni hujan rintik-rintik!







Merlin Tower! Tak seperti yang saya harapkan..Tak masuk pun xpe..




Itu je cerita pasal Warwick Castle.

In the next entry nanti saya cerita pasal perkampungan menarik di England!

See ya! Muah :)





Friday, January 24, 2014

~November Trip 2013: Stoke-On-Trent~


Ini kali kedua kami ke Stoke-On-Trent.

Kali pertama  dulu cuma singgah sekejap ajer.  So kali ni siap bermalam lagi.

Ala, tak payah kot explain pasal Stoke-On-Trent ni lebih detail sebab kali pertama pergi dulu dah cerita dah. Ermmm, tapi yang pasti tempat ni ada banyak potteries factory; Wedgwood, Churchill, Portmeirion, Aynsley dan macam-macam lagilah.

Tapi yang penting semuanya berkualiti dan harga kalau jual kat Malaysia rasanya saya pun tak beli.  Or maybe nak pegang pun takut.  Huhu.  But since kami pergi kilang dia so dapatlah harga kilang yang jauh lebih murah *wink*

Kalau kat Swindon bangun awal, so kat sini pun awal jugak.  Al-maklum lah sebab saya dah listkan kilang potteries yang saya nak pergi, kalau lambat nanti tak sempat.  Siapa yang rugi? Saya lah kan....

Tempat pertama yang kami tuju adalah Wedgwood & Royal Doulton Outlet Store yang terletak di Staffordshire.  Lama jugak kat dalam ni.  Rambang mata! Nak terjuling pun ada jugak tapi jangan ikutkan perasaan.  Relax and steady!










Banyak jugak yang kami beli kat sini.  Lepas dah kira-kira semua cashier kata ada dua kotak.  Tapi semua barang tu kami poskan terus ke Malaysia. Cuma ada satu je yang kami bawak balik sebab nak bagi souvenir pada kawan kami di London (London next entry ye).

After that, kami ke Longton sebab saya nak ke Kilang Aynsley China.  Tapi malangnya dia takde service pengeposan yang bagus, maksudnya barang takde insurans dan harga pengeposan sungguh mahal dan tak berbaloi..Maka tiada apa lah yang kami beli.  Full stop! Walaupun sebenarnya hati saya sungguh berkenan sangat dengan tea set yang cantik dan sungguh murah; 1 cawan dan saucer cuma 1 pound je. *Nangessss*



Ke Churchill Factory Shop, tapi tak berapa menarik sangat collection yang ada.  Lagi pulak kata salesgirl tu tiada penghantaran ke Rusia. Hampeh!  Tapi tak ralat la..cuma beli some souvenir untuk diri sendiri sebab murah. Mug cuma 1 pound. Itu je mampu beli. Ngeee




Then kami ingat nak pergi pulak ke Portmeirion Factory Shop di Trentham tapi tak jumpa-jumpa.  Betul dah set kat Tomtom tapi rasanya jalan tu dah tutup.

Tengah-tengah carik jalan keluar tetiba eh, cantik pulak tempat ni..Husband kata jom kita ambik gambar dulu.  Masa ni Zara tido, tinggal dia kejap sebab nak ambik gambar!




Disebabkan nak jugak ke Portmeirion so pegi satu lagi factory dia yang terletak kat Stoke. Husband kata "ini last ok"! Baiklah sayang. Heehehee :) Tapi nampaknya husband tak berapa suka pulak dengan design dia. Tapi sebelum keluar kami beli jugak 1 collection untuk kenangan.






Dah nak lewat petang baru terasa lapar!

Ke KFC untuk makan! Halal?  Of course halal sebab kalau pergi kat website KFC ni memang mention store KFC yang halal.  So tak payah la nak ragu-ragu ye.  Lagi satu kat pintu masuk KFC yang dikatakan halal tu akan ada tanda "halal" dan certificate dari Halal Food Authority.

Lepas makan pergi pulak ke The Potteries Shopping Centre. Saje nak ke Primark untuk cari baju Zara. Malas nak beli dekat Primark Oxford Street sebab tau mesti ramai orang.  Kalau dah ramai nak pilih pun tak senang!  Shopping complex ni tutup awal, seawal pukul 4 petang.  Tapi nasib kami baik sebab kami datang hari Khamis jadi dia tutup pukul 8 malam. Fuh lega!





Penat seharian kat luar.  Pergi balik KFC tadi untuk bungkus dinner pulak.  Balik, makan terus ZzzzzZZzz!!

Akan bersambung lagi dengan part 3 (^_^)

p/s:  adoi lenguhnya kaki, tambah pulak Zara ni duduk atas pangku nak tengok Mummy buat apa.  Nampak pulak gambar dia lagi la xmo bangun. Adoiiiiii






Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...