Bourton-on-the-Water adalah salah satu perkampungan yang terletak di Cotswolds, Gloucestershire, England.
Cotswolds sememangnya salah satu kawasan di England yang dianugerahkan sebagai Area of Outstanding Natural Beauty (AONB) kerana kecantikan lanskap dan kawasan semulajadinya yang mendamaikan malah kawasan ini adalah salah satu tarikan pelancong terumata di musim panas.
Tapi kami datang time autumn. Cantik bila tengok daun bertukar color tapi yang tak bestnyer hari pulak hujan. England memang banyak hujan! Tambah-tambah time autumn, eh, tapi kalau tak autumn pun memang hujan jugak. Hahaha
Or maybe memang hari tu hujan kot sepanjang hari, sebabnya masa pagi kami di Warwick Castle pun hujan jugak. Again, hujan membataskan pergerakan kami, terutama kalau ada anak kecil. Kesihatan si kecil harus diutamakan selain dari kesihatan ibubapa.
Cotswolds ni besar jugak dan seluruh Cotswolds adalah perkampungan yang dijaga rapi tapi kami tak berkesempatan untuk pergi seluruh Cotswolds.
Sebelum datang saya cuma boleh pilih satu tempat je yang betul-betul saya nak pergi sebab perjalanan kami panjang lagi. Research done! So pilihan saya adalah Bourton-on-the-Water yang banyak terdapat arched stone bridge dan disebabkan itu, ianya digelar "Venice of the Cotswolds". Boleh tengok gambar-gambar disini (dari cik google) kalau nak tengok gambar Bourton-on-the-Water di waktu summer. Oh, I wish I can be there again during summer! Amin..
Done with "membebel", so kita layan gambar jelah ye (^_^)
Singgah ambik gambar di ladang biri-biri :) |
Pstt..sungai-sungai ni cetek je tau..paras buku lali je so jangan risau la ;) |
p/s: Kalau tak hujan memang puas kami berposing! Doakan saya dapat jejakkan kaki lagi di tempat ni (^_^)
No comments:
Post a Comment