CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, June 18, 2013

~St. Petersburg; Introduction~


Dah lama pulak rasanya tak pergi bercuti. Ecehhh!!

Percutian keluarga bahagia pada kali ini adalah ke St. Petersburg.  Selalunya orang pergi naik train laju tapi kami memilih untuk naik kapalterbang.  Al-maklum dengan anak kecil tambahan pula tiket train dan flight tak jauh beza.




Perjalanan adalah 1 jam 15 minit dari Moscow ke St. Pete.  Pukul 11 pagi kami dah jejak bumi St. Pete.  Check in awal di hotel dan terus keluar, tak nak buang masa.

Jom saya ceritakan sikit pasal St. Pete ni dan selebihnya boleh la baca di sini ye

Saint Petersburg atau singkatannya St. Pete adalah salah satu tempat tarikan pelancong di musim panas kerana "white night"...Ohhh, apa itu white night?  24 jam siang, tiada malam tapi diulangi hanya dimusim panas sahaja terjadinya "white night" ni ye.

Susun atur bangunan juga adalah lebih kepada western europe.  Lebih cantik sikit dari Moscow ni. Haihh!!  Sebab di zaman pemerintahan Tsar Peter The Great dulu, kononnya beliau mahukan bangunan yang sama seperti di negara Eropah yang lain.


Selain tu, St. Pete ni juga digelarkan sebagai "Second Venice" disebabkan bandarnya yang berpulau-pulau dan dipisahkan oleh terusan-terusan kecil serta disambungkan dengan jambatan-jambatan.  So tak payah pegi Venice kata Daddy..*nanges*

About city tour kita sambung di entry yang lain ye sebab panjang jugak cerita percutian kali ni walaupun 3 hari 2 malam jerk!

** bersambung.....



Monday, June 17, 2013

~Tsarytsino Park~



Ni entry yang dah berlapuk sebab 2 minggu lepas mood ke laut lepas balik bercuti, penat dan sunburn!  Tambah pulak banyak hal yang nak dibereskan, hal kerja dan hal rumahtangga. Hikss

Tsarytsino Park dah wujud lebih kurang 200 tahun yang lalu.  Sejarah kewujudan dan cerita disebaliknya boleh dibaca disini ataupun disini.

Kami pulak tujuan kami ke sini adalah untuk berpicnic sambil berjalan-jalan, tengok bunga, merehatkan minda dan sebagainya.  Pada tarikh entry ni ditulis, tulip pun dah takde dan diganti pula dengan bunga lain yang lebih sesuai di waktu panas.

Park ni jauh jugak dari rumah kami, jalan yang sama untuk ke Domodedovo Airport.

Gambar "tercantik" as an introduction to gambar-gambar yang lain *muntah hijau biru* hahahaha :))



tulip macam-macam color! suka, suka suka

Zara making friend with Russian boy!



the fountain..

tempat wajib ambik gambar bila datang sini

the castle







arkitek bangunan; Baznenov & Kazakov
Tak berapa puas berpicnic kat sini sebab rushing balik rumah ada event pulak petang tu.  Told Hubby that we should come again during autumn! He said ok...Horeeyy!!!


Monday, June 3, 2013

~Banyak cerita nak diceritakan~


Musim bunga memang best!

Sana sini ada bermacam color tapi yang paling ditunggu tentulah bunga tulip.

Setiap hujung minggu adalah waktu untuk berpicnic bersama keluarga.

Banyak cerita yang nak diceritakan tapi mood belum sampai = MALAS!






Tuesday, May 21, 2013

~Kisah Si Tanggang~


Terpanggil pulak nak bercerita tentang kisah Si Tanggang ni bila terbaca gosip artis Malaysia yang anak tak balik jenguk mak sampai dah 5 bulan, yang si kekasih pulak tambah bara api siap nak menyaman mak si lelaki, yang terbaru kata pulak mak si lelaki "tak siuman".  Dayusnya lelaki itu sebab menyokong usaha si kekasih nak saman si ibu dan biarkan aje si kekasih kata ibu dia macam-macam.  Mana perginya kasih sayang dan perasaan ingin mempertahankan ibu anda?Ermmm..tak taulah apa nak jadi..

Oh, by the way tau tak Si Tanggang tu siapa?

Pernah baca tak kisah rakyat pasal Si Tanggang?  Kalau lupa boleh refresh memory anda disini

Kisah rakyat ni pernah jugak difilemkan.

Masa tu saya masih kecik lagi.  Bila tengok cerita ni memang terus melekat dekat otak dan ingat sampai sekarang sebab pengajaran yang ditinggalkan dari kisah Si Tanggang tu.

Tapi sebagai manusia yang serba kekurangan, ada kalanya saya lupa jugak. Kadang bila mak suruh buat tu, tak mau buat.  Pernah jugak tertinggikan suara pada mak.  Tak sependapat. Tak mau dengar nasihat mak.  Tapi tu dululah masa zaman kecik-kecik tengah nakal, zaman remaja..Astagfirullahalazim!!

Sekarang ni saya memegang status sebagai seorang ibu, dan secara automatiknya saya rasa bagaimana susahnya mak membesarkan kami adik beradik seramai 5 orang yang perangai lain-lain.  Saya yang anak baru satu ni pun kadang pun teremosi jugak, nikan pulak nak membesarkan 5 anak, kalau yang ada 10 anak macamana?  Ermmm...

Tugas kita sebagai anak terutama yang dah berjaya, tentulah kita nak membahagiakan mak kita. Bukan wang ringgit yang dia minta tapi kasih sayang dan perhatian dari anak-anak.  Masa mak dah tua, dah tak berdaya, kitalah yang sepatutnya menjaga dia dengan penuh kasih sayang sebab lama mana lagi masa yang ada untuk dia hidup di dunia ni.  Itu jugalah yang saya harapkan dari anak-anak bila saya dan suami dah tua nanti.  InsyaAllah..

Saya ingin kongsikan juga kisah Si Tanggang Moden yang boleh kita jadikan tauladan.  Samada kisah ini benar ataupun tidak tapi kita ambillah kesimpulan dari kisah tersebut ye.

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Israa ayat 23:
Maksud:
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)".


Nabi saw. bersabda, "Semua dosa akan ditangguhkan pembalasan sampai nanti hari kiamat, kecuali derhaka kepada ibu atau bapa, maka sesungguhnya Allah akan segerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal dunia." (HR Hakim)

Semoga kita dijauhkan dari sifat-sifat sedemikian kerana syurga seorang anak adalah dibawah tapak kaki ibunya.








Sunday, May 19, 2013

~Spring 2013, will be our last~



Sedih?

Happy?

Ermmm..lupakan apa yang akan dirasakan nanti..As for now, let's enjoy the moment, tangkap gambar banyak-banyak, pergi semua park yang ada di sini. Haksss

Spring 2013 merupakan musim bunga ketiga yang kami rasa sepanjang menetap di sini.  Tapi spring kali ni agak panas berbanding tahun 2011 dan 2012.  Bayangkan kalau di musim bunga suhu boleh mencecah sehingga 32'c..Kan panas tu!

Panas-panas pun saya redah je.  Paksa jugak suami untuk keluar setiap hujung minggu.  Yelah kalau berlengah je kang habis pulak musim bunga.  Nasib baik isteri mithali dah siapkan jadual hujung minggu. *mithali ke gitu* Hahahaha

Minggu lepas lokasi kejadian adalah tiga tempat yang berlainan.

Pokok Mangga 
Jangan tanya nama betul dia..suami gelarkan dia pokok mangga so saya pun ikut jelah.  Pokok mangga ni popular bagi orang yang baru berkahwin sebab mereka akan kunci mangga yang tertulis dengan nama mereka dan manggakan di pokok ni dengan harapan perkahwinan yang dibina akan kekal selamanya.





Arbat Street
Tempat ni memang popular di kalangan tourist.  Kiranya macam Bukit Bintang gitu.  Souvenir pun banyak jugak dijual kat sini, tapi harga 2 atau 3 kali ganda mahal :)





Blue Lake
Gambar yang ada pokok tulip tu not exactly at Blue Lake tapi ditanam ditepi jalan on the way to Blue Lake. Dengan muka tak malu stop tepi jalan ambik gambar. Hahaha










 Look at her! She had so much fun.  Tido pun nyenyak sebab kepenatan..

p/s:  ada lagi entry pasal spring 2013 ni..kan katanya keluar setiap hujung minggu..hikss :)




Friday, May 17, 2013

~Memaafkan seseorang itu mudah tapi...~


Salam Jumaat!

Ingat tak saya pernah cerita tentang kisah paku.  Pada saya kisah paku tu adalah kisah tauladan yang sangat baik untuk diingati dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita.  Sebabnya kita ni hidup berkawan-kawan, maka adalah penting untuk menjaga hati orang-orang yang berada di sekeliling kita.

Macam saya, saya ni ni orangnya senang jugak nak memaafkan kesilapan orang lain (alhamdulillah)..tapi saya bukanlah manusia sempurna, kerana setiap apa kesalahan yang dibuat oleh seseorang itu bukan mudah untuk saya lupakan.  Kiranya ia akan membuatkan saya sangat berhati-hati dengan insan tersebut.

Oh, itu bukan bermaksud saya berdendam ok!




Thursday, May 16, 2013

~18 bulan~




Permata hati saya hari ni genap umurnya 1 tahun 6 bulan..

6 months from now she will turns 2.

Oh, cepatnya masa berlalu..

Mummy & Daddy doakan semoga Zara terus membesar dengan sempurna, diberikan kesihatan yang baik, dikurniakan akal yang bijak dan menjadi anak yang solehah..Insyaallah..




Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...