CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, August 16, 2013

~Sambutan Aidilftri 1434H~


Cukup satu je kot entry bagi sambutan Hari Raya untuk tahun ni. Tahun-tahun sudah pun satu entry je. Yelah bukan raya ke mana pun.  Cuma pagi raya kami berkumpul beramai-ramai untuk sembahyang raya dan makan-makan bersama semua rakyat Malaysia yang ada di Rusia ni.  Itu je.

Makanya tiadalah istilah beraya di kampung suami, kampung isteri, menjenguk sanak saudara, ipar duai, pakcik-makcik, atuk nenek sedara semua.  Insyaallah semua tu tahun hadapan.

YEAYYYYY!!!!

Bila dah semakin dewasa keseronokan tu dah kurang dan kami lebihkan semuanya untuk si kecik!  Tapi dah  tentulah kemeriahan kat sini tak sama dengan di Malaysia.  Apapun persiapan tetap dibuat dan sambutan tetap di adakan.

Baju raya kami ala kadar aje.  Nak sama color pun tak sempat la wei.  Kat sini bukan ada tailor pun.  No!! Ada tailor tapi bukan dia reti pun nak buat baju kurung, baju melayu semua.  So pakai baju yang mana ada jelah...Hikssss!! Bila dah ketawa tu mesti tipu kan! Ada je baju raya, I mean baju baru.  Baju suami dah beli siap-siap masa balik ke Malaysia awal tahun haritu.  Baju saya dan Zara, cuma sempat beli kain je time balik tapi tak sempat siap.  Mak ngah Zara busy.  Seminggu puasa baru siap baju kami, nasib baik sempat sampai one day before raya.  Padahal time tu dah redha je, pasrah!!


Zara masih kecil, masih belum tahu apa tu hari raya, yang dia tahu cuma seronok, main dengan kawan-kawan.  Besar sikit nanti bila dah faham baru lah terangkan kat dia.  Tapi pagi raya sempat snap pic dia salam Daddy.  Lepas salam cecepat lari sebab tak sabar nak pakai kasut nak keluar.  Takut kena tinggal.


Cerita selebihnya apa ye? Lepas sembahyang kami makan, borak-borak, ambil gambar, bertukar sampul duit raya.







 




Majlis berakhir pada pukul 4 petang.  Memandangkan seawal pagi Zara dah bangun dan tak tidur-tidur, main pun terhoyong hayang so kami pun beransur pulang.  Lima minit dalam kereta si kecik terus tidur sampai pukul 9 malam.


Akhir kata dari kami sekeluarga;

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZHIR & BATIN

Insyaallah kita akan beraya bersama di bumi Malaysia pada tahun hadapan.  

Yeayyy!!!




Wednesday, August 14, 2013

~IAAF World Championships Moscow 2013~




Berlangsung dari 10 hingga 18 Ogos 2013 di Luzhniki Stadium.



Dua tahun lepas diadakan di Diegu, Korea.

Tahun 2013 di Moscow.

Tahun 2015 di Beijing.

Dan 2017 di London.

Ambik kesempatan datang masa first day, i.e 10 Ogos 2013 (Saturday) lepas balik dari cabut benang kat gusi.  Beli tiket Rub100 je duduk paling atas. Hahaha (^_^) Tapi tak tengok pun opening ceremony malam tu sebab dah namanya pun dah malam, ada anak kecik, dengan stroller cane nak berkampung kat stadium? Tengok kat rumah sambil baring-baring lagi best.  Cuma missed the fireworks..Haishhhhh!

Kami datang pukul 12 tengahari sampai pukul 2 petang je.

Panas membahang pulak cuaca hari tu.  Kulit baru nak memutih dah rentung semula.  Usin Bolt punya pasal so layankan jelah, hasilnya Daddy pun sama gelap macam Usin Bolt. Muahahahaaa


Selebihnya takde apa sangat yang kami buat, beli souvenir untuk diri sendiri dan bawak Zara hang around je sambil ambik gambar buat kenangan.







Tuesday, August 6, 2013

~SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1434H~



Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di aidilfitri
Seikhlas hati menyusun jari
Mohon dimaafkan kekhilafan diri

SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN.

Ikhlas dari kami di Moscow
Fauziah, Ghaus & Zara


Monday, August 5, 2013

~Persiapan raya di perantauan~


Alah bisa tegal biasa!

Dah masuk kali ketiga beraya di perantauan.  Dah biasa dah! *olok2 aje padahal dalam hati masih sayu*

Macam tahun-tahun sudah persiapan raya, eh ada ke persiapan raya atau betul ke itu dinamakan persiapan raya?  Boleh rasanya...

Baju raya?  Tiada konsep shopping menyopping baju raya..Tapi kami shopping jugak that day di Milan dan Madrid.  Tapi bukan shopping raya or maybe boleh la..Tapi baju yang betul-betul baju raya (baju kurung + baju melayu) saya dah serahkan awal-awal pada kakak untuk diposkan :)

Kuih raya?  Ermm, yang ni memang kadang saya pun tak percaya dengan diri sendiri tapi hakikatnya dah masuk tahun ketiga saya buat kuih sendiri.  Kalau kat Malaysia dulu tak pernahnya terfikir untuk buat kuih sendiri dan yang ada hanyalah kuih tunjuk!  Tapi sekarang dua tiga jenis kuih yang saya buat untuk menyambut Aidilfitri nanti.  Alhamdulillah dan saya teruja jugak nak meneruskan tradisi buat kuih sendiri ni bila dah balik Malaysia nanti atau mungkin impian hanya tinggal impian sahaja.  Hahahahahaha (^_^)

Persiapan lain?  Boleh dikatakan takde.  Yelah zaman berseronok kami dah lepas, sekarang lebihkan untuk anak aje.

But again, since di perantauan semuanya serba simple dan biasa.  Tunggu la tahun depan harus kami anak beranak beraya sakan  nak ganti 3 tahun raya di luar negara! Muahahahahaa *gelak jahat*





Friday, July 19, 2013

~Europe Trip; Madrid - Milan - UK~



Mood berkongsi kisah percutian yang penuh cabaran masih belum datang.  Gambar pun belum download. Concentrate berpuasa *konon*

Insyaallah next week atau week after that ataupun paling teruk mungkin time-time raya nanti ke.

Maklumlah satu lagi bila perut lapar lambat sikit nak berfikir yelah kami puasa 19 jam!

Tunggu ye (^_^)


Monday, July 15, 2013

~Salam Ramadhan~


Ramadhan yang ketiga di perantauan!

SALAM RAMADHAN untuk semua walaupun terlambat untuk diucapkan.

Hari pertama Ramadhan tahun ni disambut di Manchester! Di perantauan jugak..Hew hew hewww

Nantilah cerita, kemudian yerk! 




Monday, July 1, 2013

~Sebak & Rindu~



Tiba-tiba terasa sebak dan rindu pada tanah tumpah darah tercinta; 
MALAYSIA!

Entah, tapi lagu Bob AF ni musik dia mendayu dan tetiba sedih.

Emosi ku tak stabil?

Takpe la..pergilah bercuti stabilkan emosi tu 

@_@


Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...