CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, August 5, 2013

~Persiapan raya di perantauan~


Alah bisa tegal biasa!

Dah masuk kali ketiga beraya di perantauan.  Dah biasa dah! *olok2 aje padahal dalam hati masih sayu*

Macam tahun-tahun sudah persiapan raya, eh ada ke persiapan raya atau betul ke itu dinamakan persiapan raya?  Boleh rasanya...

Baju raya?  Tiada konsep shopping menyopping baju raya..Tapi kami shopping jugak that day di Milan dan Madrid.  Tapi bukan shopping raya or maybe boleh la..Tapi baju yang betul-betul baju raya (baju kurung + baju melayu) saya dah serahkan awal-awal pada kakak untuk diposkan :)

Kuih raya?  Ermm, yang ni memang kadang saya pun tak percaya dengan diri sendiri tapi hakikatnya dah masuk tahun ketiga saya buat kuih sendiri.  Kalau kat Malaysia dulu tak pernahnya terfikir untuk buat kuih sendiri dan yang ada hanyalah kuih tunjuk!  Tapi sekarang dua tiga jenis kuih yang saya buat untuk menyambut Aidilfitri nanti.  Alhamdulillah dan saya teruja jugak nak meneruskan tradisi buat kuih sendiri ni bila dah balik Malaysia nanti atau mungkin impian hanya tinggal impian sahaja.  Hahahahahaha (^_^)

Persiapan lain?  Boleh dikatakan takde.  Yelah zaman berseronok kami dah lepas, sekarang lebihkan untuk anak aje.

But again, since di perantauan semuanya serba simple dan biasa.  Tunggu la tahun depan harus kami anak beranak beraya sakan  nak ganti 3 tahun raya di luar negara! Muahahahahaa *gelak jahat*





2 comments:

ayahmamilisa said...

ko dah nak balik mesia ke taon depan oja? baru plan nak gi kat tempat ko taon depan..hehe..
neway..selamat hari raya oja n family :)jangan sedey2 tau..

~♥ OjaAmran ♥~ said...

Dee: insyaallah tahun depan beraya kat malaysia..ala, ko ni saje tau nak balik baru nak datang..

Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...