CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, February 12, 2013

~K-Pop~



Sekarang musim k-pop di mana-mana aje especially di Malaysia.

Moscow not really (^_^)

Baju k-pop, lagu-lagu pun k-pop ajer, rambut pun tak terkecuali ye tuan-tuan dan puan-puan yang budiman.

Disebabkan itu...

Tadaaaaaaa!!




p/s:  anakku menjadi mangsa..


Sunday, February 10, 2013

~Inikah keadilan~




Langit tak selalu cerah..

Malam bertukar siang..Siang bertukar malam..

Itu adalah hukum alam!

Macam kehidupan kita..Tak selamanya kita gembira, kadang kita diduga dengan pelbagai dugaan.

Kenapa?

Kerana Tuhan sayangkan kita.  DIA nak kita bermuhasabah diri.  DIA nak kita berpijak di bumi nyata.  DIA nak sedarkan kita tentang dunia yang sementara ini.

Ya, terima kasih kerana menyedarkan kami dari tidur yang lena ini..

Tapi...

Apa kesalahan kami hingga kami dilayan begini.

Adilkah?








Thursday, February 7, 2013

~Paratha di Moscow~


Paratha or roti canai.  Mana-mana pun boleh sebab bendanya sama kot. So jangan gaduh ye!

Telah dijumpai untuk pertama kalinya di Auchan Gagarin sempena "promo Asian food".

Produk Singapore ni..Ishkkk, cane lah boleh masuk.

I wish produk Malaysia like Ayamas tembus market Russia tapi setakat ni "haremmmm"..Oh, I wish, I wish *dalam mimpi*


Biasalah kan produk luar kalau masuk dalam mana-mana negara dengan serta merta harga akan jadi mahal.  Paratha or roti canai ni harga dia kat sini lebih kurang +- RUB150 @ RM15..

Nak beli ke tak?  Well, the choice is yours ^_^

p/s:  we all beli 5 paket..muahahahaha


Tuesday, February 5, 2013

~2 tahun~


Diam tak diam dan 2 tahun saya berkahwin, menjadi isteri dan seterusnya ibu..

Tarikh 14 Januari adalah tarikh keramat kerana disaat itulah saya sah bergelar isteri.  Dan 14 Januari 2013 genaplah 2 tahun pernikahan kami..


Hari ini pula bertarikh 5 Februari...Di hari ini pula adalah tarikh persandingan kami.  Turquoise adalah tema hari persandingan kami..


Syukur di atas penyatuan ini kerana ia telah menjadikan saya seorang yang bertanggungjawab, lebih prihatian, lebih penyayang.

Doa saya agar perkahwinan ini berkekalan hingga ke syurga, dikurniakan rumahtangga yang aman damai, dijauhkan dari pergaduhan serta perkara-perkara yang mungkar, juga dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah..Insyaallah.

Sekarang, dia penyeri hidup kami (^_^)


Masa akan datang diharapkan juga agar bertambah lagi penyeri-penyeri dalam hidup kami dan seterusnya memeriahkan kehidupan kami ...Amin


~Zara nak adik tak?~



Selalu jugak tanya samada dia anak adik ke tak..tapi rasanya dia masih belum faham..Hahaha


No, cenggini ceritanya...Baru je lepas baca blog Farah, citer pasal beza anak pertama, anak kedua.

Terus i teruja nak anak lagi.

Masa dari balik Malaysia aritu dah macam rindu nak mengandung lagi.

Ada jugak tanya Daddy, ape dia jawab?

"Daddy belum abis penat bangun malam buat susu Zara"...hahahaha (^_^)

But we plan nak tambah ahli keluarga bila Zara dah 2 tahun.  Dah pandai berdikari sikit, dah boleh cakap, dah faham apa maksud "kakak".."adik"...*Mummy terlebih excited*

Oh, cannot wait to call her "kakak"..


Monday, February 4, 2013

~Meeting the "girls" (Anis, Kerun & Farah)~



Alhamdulillah perkenalan selama 14 tahun semenjak tahun 1999 berkekalan sehingga ke hari ini walaupun sorang di Klang, berdua di Shah Alam dan seorang di Moscow (saya lettew)!

Walaupun sorang kat Klang dan dua lagi di Shah Alam, tapi jarang jugak dia orang jumpa.  Ishhhh korang ni!! Takpe la jugak sebab Farah dah berkeluarga..Yang pelik dua yang kat Shah Alam tu ha..dekat je tapi pun jarang 'giler' jumpa.  Anis ok tapi yang si Kerun ya ampun, SUPER DUPER busy bagai nak rak! Oh lupa..Kerun nak jadi CEO kat Puncak Niaga!! (aku doakan ni weiii)

Tempat perjumpaan - Chili's, The Empire
Tarikh - 5 Januari 2013
Masa - 11 pagi

Yang pertama sampai ..erm, not sure Farah ke Anis..tapi saya adalah orang ketiga yang sampai after them.  Oh, orang yang paling dekat adalah orang yang terakhir sekali sampai.  Title "last sampai" tu memang Kerun je yang pegang! Hahaha ^_^







Borak-borak, cerita itu ini, gosip dan sebagainya ...oh, sungguh masa mencemburui kami. Dah dekat pukul 2 oulss...Alamak we need to drive back to Johor!  Sebelum balik haruslah bergambar-gambar dulu macam biasa :D



The Jelitawans (fr left):  Kerun, me, Anis & Farah..

Habis sudah percutian singkat 3 hari 2 malam, kami terus je balik ke Johor.  Sempat singgah Tangkak beli kain untuk mak dan mak mertua lepas tu makan satay! Haha ^_^



Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...