CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, January 10, 2014

~CARA RASULULLAH S.A.W. BERBICARA~


Rasulullah S.A.W merupakan contoh teladan sepanjang zaman. Keperibadian Baginda sangat dikagumi oleh semua orang termasuk para sahabat dan orang kafir. Antara aspek peribadi baginda yang dikagumi ialah cara Baginda berbicara atau bertutur. Perkara ini turut diakui oleh Saidatina Aishah R.A. seperti berikut:
“Rasulullah tidak pernah bercakap dengan laju seperti kamu semua. Baginda selalu bercakap dengan jelas dan terperinci sehingga orang yang mendengar dapat menghafal apa yang mereka dengar.”
(Direkodkan oleh Tirmizi dan Abu Dawud)

Anas bin Malik R.A. turut bercerita:
Rasulullah mengulangi percakapan baginda sehingga tiga kali supaya difahami (oleh mereka yang mendengar).
(Direkodkan oleh Tirmizi dan Bukhari)

Hasan bin Ali R.A. bercerita:
Beritahulah kepadaku bagaimanakah cara Rasulullah berbicara? Hindun bin Abi Halah menjawab: “Rasulullah adalah seorang yang selalu bersedih (semasa mengadu kepada Tuhan-Nya dan menyaksikan kebesaran-Nya, bukan kerana keduniaan). Baginda tidak pernah berhenti berfikir, lebih banyak diam, tidak berbicara hal yang sia-sia. Baginda memulakan dan mengakhiri bicara dengan menyebut nama Allah. Baginda berbicara dengan ringkas namun penuh makna. Kata-kata Baginda terperinci, tidak berlebihan dan tidak dikurangkan.

Baginda bukan seorang yang keras (kasar) dan tidak suka menghina. Baginda selalu mensyukuri nikmat Allah walaupun sedikit dan tidak pernah sekali pun mencela kurniaan yang diberikan. Baginda tidak pernah mengeji atau memuji makanan.

Baginda tidak pernah marah disebabkan urusan duniawi. Namun, jika kebenaran dilanggar, tidak ada satu pun yang dapat menghalang kemarahan baginda sehinggalah kebenaran itu ditegakkan semula. Baginda tidak pernah marah dan tidak akan meminta pembelaan berkaitan urusan peribadi.

Jika menunjukkan sesuatu, Rasulullah selalu menggunakan seluruh tapak tangan baginda. Sekiranya baginda kagum akan sesuatu, baginda membalikkan telapak tangan. Apabila berbicara menjelaskan sesuatu, baginda selalu memukulkan telapak tangan kanan ke perut ibu jari kiri.

Jika Rasulullah marah kepada seseorang, baginda akan berpaling daripada orang itu dan menghindar. Apabila menyenangi seseorang, Rasulullah akan menjaga pandangan mata baginda. Kebanyakan tawa baginda adalah senyuman, giginya seumpama butiran mutiara.

(Direkodkan oleh Tirmizi)

Oleh yang demikian, marilah kita semua mengamalkan sunnah Rasulullah dalam semua perkara termasuk cara kita berbicara. Moga-moga kita semua beroleh barakah dan rahmat daripada Allah S.W.T. dan menjadi umat Rasulullah yang terbaik.


p/s:  Berusaha memperbaiki diri untuk mendapat rahmatnya...




No comments:

Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...