CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday, August 9, 2014

~Selamat Hari Raya Aidilfitri~



10 jari disusun memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa, tersilap bicara, terlebih gurauan dan ketawa.  Sungguhnya kami sekeluarga manusia biasa yang tak lari dari kesilapan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga!

Gambar exclusive dari kami ;)


Wednesday, April 23, 2014

~16 Tahun Bersama~


Rasa baru je kami grad sama-sama kat UiTM dulu.

Seronok masa mula-mula jadi student dulu.. Masing-masing tak kenal sesama sendiri.

Kerun kelakar.

Farah tegas dan suka bebel.

Anis suka masak.

Saya? Hahahaha

Tak sangka sekejapan je rupanya dah 16 tahun usia perkenalan kami.

Semua pun dah dewasa.

Semua pun dah berkerjaya.

Dan semua pun ada life masing-masing.

Susah nak cari masa untuk berjumpa walaupun Kerun kat Meru, Farah kat Klang, Anis kat Shah Alam dan saya di Putrajaya.

Dia punya susah tu macam sorang kat Benua Afrika, sorang kat Tanah Arab, sorang kat Antartika dan sorang lagi dah macam PM.

But at last, dapat jugak tarikh! Fuhhh!

Bertempat kat rumah Farah, 19.4.2014 @ 3.30 pm, tapi semua sampai lambat.  Champion dari dulu sampai sekarang ialah Kerun walaupun at first saya tersalah cakap kata pukul 2.30..Hehehe (^_^) tapi dia jugak yang paling lambat. Eh..Ehhhh..

Seronok! Walaupun tak lama tapi cukup untuk kami bertukar-tukar cerita.  Insya-Allah nanti kita jumpa lagi ye.

Menu potluck yg simple :)

Anis prepare cake birthday..malu, dah tua *wink*

Potret bersama harus ada..syirah dpt masuk, irfan tgh main

Hugs for Auntie Anis..aka Ummi Anis

Hugs for Auntie Farah..aka Mama Farah

Hugs for Auntie Kerun...aka Ibu? ;)


p/s:  Kerun promise next gathering nak buatkan bihun tomyam.  I is excited (^_^)



Thursday, April 10, 2014

~Zara nowadays~



Semenjak balik little angle memang suka sangat main benda ni.  Asal nampak sure nak naik tak boleh tak.  Tapi alhamdulillah takde la pulak kalau tak bagi dia nangis guling-guling atas lantai..







Setakat ni memang kami akan layankan je tapi once a day jelah.

Let say kalau seharian kami di shopping complex, kan sah-sah banyak je mainan tu, so let say say dia dah naik pukul 12 tengahari, kalau jalan-jalan and jumpa lagi memang dia akan nak, tapi biasanya saya akan cakap baik-baik dekat dia "No baby, once a day je ok.  Tadi kan dah naik"... And she's like ok (redha gitu).


Memanglah murah sekali naik seringgit atau 50 sen je, tapi kemahuan budak tak semua kita boleh ikutkan nanti terbiasa.  Ohhh, no..no kami bukan kedekut..Macam mana ye nak cakap? Tapi yang pasti kami sayangkan dia dan kami mahukan yang TERBAIK untuk dia.






Wednesday, April 2, 2014

Assalamualaikum Malaysia!


Dah sebulan baru nak ber"Assalamualaikum Malaysia".. Hehehe

I'm back! For good of course.

Alhamdulillah, dipermudahkan semua urusan walaupun teramat sibuk di awalnya.  Sebab tu lah baru hari ni dapat update entry terbaru.

Takde entry apapun, cumanya nak bagitau dah balik.

Untuk kawan-kawan di Facebook, rasanya semua dah tau kot?!

Add caption
Ermm, banyak nak cerita tapi slowly la ye.

Cerita cuti Egypt yang tertunggak almost 3 bulan, persinggahan di Dubai masa transit aritu, cerita packing barang sampai budak kat atas tu yang pakai winter jacket tp berkasut crocs Dora, cerita "weather shock" bila sampai sini, cerita hutan terbakar..

Arghhh!! Banyak nak cerita.




Wednesday, February 19, 2014

~Wordless Wednesday: Ini Semua Dugaan~




p/s:  Tenang hati saya bila membaca ni..Setiap dugaan pasti ada hikmah yang menanti..Sabar dan tabahlah wahai hati...kerana sesungguhnya kamu sedang diuji oleh-Nya..




Sunday, February 9, 2014

~November Trip: Bicester Village - London (The End)~



Sori guys kalau ada yang termuak dengan entry bulan November tahun lepas yang tak habis-habis.  Adoii, saya pun kehabisan idea dah ni.  Let's make it simple and brief and end up the story of November Trip Part 1Part 2Part 3 and Part 4.

Bicester Village

Dari Bourton-on-the-Water kami terus bergerak ke Bicester Village.  Ni kiranya "lawatan" kedua lah ke Bicester ni.  Yang pertama kali dulu singgah sekejap je, yang tu pergi waktu summer so kali ni pergi time autumn.

Dekat Warwick Castle pun hujan, kat Bourton-on-the-Water pun hujan, sepanjang jalan pun hujan so kiranya seluruh England kot hujan hari tu.  Sampai Bicester Village dah gelap, yelah waktu malam lagi panjang kan time autumn tu.  Walaupun hujan dan waktu dah gelap tapi umat manusia masih ramai!




 

Cantik tempat ni al-maklumlah nak Christmas time tu.  So lampu bergemerlapan dengan deco yang pelbagai.

Tak lama pun kami kat sini, satu sebab dah penat, satu lagi sebab penat jugak.  Hahahaaa

London

Esoknya seawal pagi kami dah bertolak ke London.  Dua malam di London dan kami terus je drive ke Hendon.  Kenapa ke Hendon?  Sebab kami bermalam di rumah Kak Lin.  Kak Lin dulu posting kat Moscow tapi bila dah abis cross pulak ke London.



Alhamdulillah ada tempat bermalam.  Hehe (^_^)  Thank you so much to Kak Lin, En. Khairul & anak-anak (Farhan, Danish, Akif & Marsya).

Sampai London lebihkurang pukul 10 pagi. Sampai je terus kami disajikan dengan breakfast yang sedap! Wahhhh, thank you so much, murah rezeki kami :)

Tak nak buang masa maka kamipun lepas breakfast dan berborak-borak terus je keluar dan berjalan ke Hendon Central.  Untuk ke London Central di waktu hari cuti, sebenarnya lebih senang menggunakan public transport sebab kalau bawak kereta akan dikenakan congestion charges tambah pulak ermmm tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.  So pilihan terbaik adalah naik underground.

Ni pun merupakan kali kedua kami ke London.  Yang pertama dulu sekitar bulan Mac 2013.  Kalau nak ikutkan dah tiga kalilah termasuk kali ni kami berpijak di bumi England.  Yang pertama macam yang saya kata bulan Mac 2013 tapi itu cuma di London sahaja.  Then kali kedua kami tak ke London tapi ke Manchester dan Liverpool (Milan dan Madrid juga).  Dan kali ketiga ni kami ke London semula (selain dari Swindon, Stoke-on-Trent dan tempat-tempat lain).

Since ini adalah kali kedua ke London, so perasaan excited tu macam dah tak seberapa.  So jalan-jalan ke tempat yang kami tak sempat pergi masa trip pertama dulu.  Tapi ada jugak repeat tempat yang sama.  So kita tengok gambar jelah ye.

Chelsea Football Club di Stamford Bridge

London Bridge

Tower Bridge

Big Ben

London Eye

Oxford Street
Cukuplah gambar yang ada.  Maka dengan itu tamatlah cerita cuti kami sekeluarga di bulan November 2013 yang lepas.

Nanti saya sharekan cerita cuti kami di awal tahun 2014 ye.  Insyaallah.

Till then. Bye!




Tuesday, February 4, 2014

~November Trip 2013: Bourton-on-the-Water~


Bourton-on-the-Water adalah salah satu perkampungan yang terletak di Cotswolds, Gloucestershire, England.

Cotswolds sememangnya salah satu kawasan di England yang dianugerahkan sebagai Area of Outstanding Natural Beauty (AONB) kerana kecantikan lanskap dan kawasan semulajadinya yang mendamaikan malah kawasan ini adalah salah satu tarikan pelancong terumata di musim panas.

Tapi kami datang time autumn.  Cantik bila tengok daun bertukar color tapi yang tak bestnyer hari pulak hujan.  England memang banyak hujan!  Tambah-tambah time autumn, eh, tapi kalau tak autumn pun memang hujan jugak. Hahaha

Or maybe memang hari tu hujan kot sepanjang hari, sebabnya masa pagi kami di Warwick Castle pun hujan jugak.  Again, hujan membataskan pergerakan kami, terutama kalau ada anak kecil.  Kesihatan si kecil harus diutamakan selain dari kesihatan ibubapa.

Cotswolds ni besar jugak dan seluruh Cotswolds adalah perkampungan yang dijaga rapi tapi kami tak berkesempatan untuk pergi seluruh Cotswolds.

Sebelum datang saya cuma boleh pilih satu tempat je yang betul-betul saya nak pergi sebab perjalanan kami panjang lagi.  Research done! So pilihan saya adalah Bourton-on-the-Water yang banyak terdapat arched stone bridge dan disebabkan itu, ianya digelar "Venice of the Cotswolds". Boleh tengok gambar-gambar disini (dari cik google) kalau nak tengok gambar Bourton-on-the-Water di waktu summer.  Oh, I wish I can be there again during summer! Amin..

Done with "membebel", so kita layan gambar jelah ye (^_^)

Singgah ambik gambar di ladang biri-biri :)



Pstt..sungai-sungai ni cetek je tau..paras buku lali je so jangan risau la ;)









p/s:  Kalau tak hujan memang puas kami berposing! Doakan saya dapat jejakkan kaki lagi di tempat ni (^_^)



~November Trip 2013: Warwick Castle~


Daddy kata cancel Thomas Land kita pergi ke Warwick Castle!

Mummy & Zara ikutkan je..

Warwick Castle terletak di daerah Warwickshire.  Banyak je tempat menarik sekitar sini tapi kami cuma ke Warwick Castle sahaja.

Kami sampai awal pagi dalam pukul 10 pagi.  Bila sampai cuaca cantik walaupun sedikit mendung.

Malangnya bila tengah beli tiket hujan turun renyai-renyai. Alamak! Tapi nasib dah bawa payung siap-siap.

Since hujan tak dapatlah merasa nak pergi semua tempat di sekitar Warwick Castle ni..terasa sangat rugi tak dapat pergi taman yang cantik dan tengok persembahan yang ada.  Yelah takkan nak berhujan kot, tak sanggup nak demam bila time bercuti ni.  Jadi kami berpada-pada jelah.  Yang penting kesihatan terjaga. Jadi jomlah kita elakkan dari mencari penyakit!

Jomlah tengok gambar-gambar yang ada, sebab saya kehilangan idea. Sowiii


Agak jauh jugak berjalan dari parking area ke main entrance




Masa ni hujan rintik-rintik!







Merlin Tower! Tak seperti yang saya harapkan..Tak masuk pun xpe..




Itu je cerita pasal Warwick Castle.

In the next entry nanti saya cerita pasal perkampungan menarik di England!

See ya! Muah :)





Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...