Tajuk sama je macam dalam FB. Senang!
Semalam actually birthday dia! Kejap je dah 2 tahun..Nak cakap macam baru semalam lahirkan dia macam tipu pulak! Tapi hakikatnya memang cepat je masa berlalu. Rindu pulak saat-saat dia bayi dulu, time berpantang, berjaga malam...oh, indahnya kenangan. Memang sweet sangat!
Tahun ni takde celebration, takde party, takde jemputan. Cuma kami bertiga! Birthday girl; Zara, Mummy & Daddy!
Reason? Ermmm..no reason cuma nak kami-kami je, luangkan masa sama-sama. Layan dia macam princess!
Eh?? rasanya kami memang selalu je luangkan masa sama-sama dan setakat ni memang dia sorang so memang dia lah princess, dia lah permata, dia lah segalanya bagi kami berdua. Cuma 16 November tu special so ntah la tak reti nak cakap macamana tapi memang kami nak celebrate bertiga je.
Walaupun takde party, tapi tetap ada kek untuk princess. Memang sebulan lepas Daddy dah janji nak belikan ice cream cake untuk Zara. Zara tak tuntut tapi Mummy yang ingatkan,
Sesungguhnya Mummy dan Daddy mendoakan pertama hati kami dikurniakan akal fikiran yang cerdik supaya menjadi anak yang bijak pandai. dikurniakan tubuh badan yang sihat agar menjadi anak yang cergas, dikurniakan hati yang bersih supaya menjadi anak yang solehah, dirahmati dan sentiasa berada di dalam peliharaan Allah swt. Amin.
p/s: kenapa tiba-tiba saya rasa sedih ni?
2 comments:
Happy Birthday Zara, Semoga menjadi anak yang baik, hormat ibubapa dan solehah... >o<
Amin...TQ Miss Brenito :)
Post a Comment