CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, November 26, 2013

~Mengaku adik beradik tapi bersikap talam~



Jahat sungguh orang yang cenggini.  Paling bahaya dalam banyak-banyak kawan.

Yelah depan kita konon mengaku "ala, kita orang dah macam adik-beradik dah"..

Hok oloh!!! Cenggitu ye..

Tapi dalam pada baik-baik tu sempat tikam kawan yang kononnya adik beradik tu.

Apa kes bro?

Ishhhhh, semak la orang macam ni.  Tak payah kawan pun takpe tapi masalahnya bila kita tak nak kawan dia pulak sebok-sebok nak rapat dengan kita kononnya macam "eh kenapa ko ni, aku tak buat salah kat ko pon"..

Hah, gitu lah manusia, bila dah buat salah, dah tikam belakang ko pura-pura buat baik konon kata ko tak pernah buat gitu kat kami.

Boleh blah!

Dan, kami tak rasa rugi pun tak kawan dengan ko!

Sebabnya, dalam berkawan tu KEJUJURAN ialah kata kunci

Sekian, harap maklum!


p/s: adakah ini luahan perasaan yang tak menjadi? *wink*




Monday, November 18, 2013

~Zara turns 2!~


Tajuk sama je macam dalam FB.  Senang!

Semalam actually birthday dia!  Kejap je dah 2 tahun..Nak cakap macam baru semalam lahirkan dia macam tipu pulak! Tapi hakikatnya memang cepat je masa berlalu.  Rindu pulak saat-saat dia bayi dulu, time berpantang, berjaga malam...oh, indahnya kenangan.  Memang sweet sangat!

Tahun ni takde celebration, takde party, takde jemputan.  Cuma kami bertiga! Birthday girl; Zara, Mummy & Daddy!

Reason?  Ermmm..no reason cuma nak kami-kami je, luangkan masa sama-sama.  Layan dia macam princess!

Eh?? rasanya kami memang selalu je luangkan masa sama-sama dan setakat ni memang dia sorang so memang dia lah princess, dia lah permata, dia lah segalanya bagi kami berdua.  Cuma 16 November tu special so ntah la tak reti nak cakap macamana tapi memang kami nak celebrate bertiga je.

Walaupun takde party, tapi tetap ada kek untuk princess.  Memang sebulan lepas Daddy dah janji nak belikan ice cream cake untuk Zara.  Zara tak tuntut tapi Mummy yang ingatkan, padahal tuntut, hah! sedikit over disitu.  Hiksss :)






Sesungguhnya Mummy dan Daddy mendoakan pertama hati kami dikurniakan akal fikiran yang cerdik supaya menjadi anak yang bijak pandai. dikurniakan tubuh badan yang sihat agar menjadi anak yang cergas, dikurniakan hati yang bersih supaya menjadi anak yang solehah, dirahmati dan sentiasa berada di dalam peliharaan Allah swt.  Amin.


p/s:  kenapa tiba-tiba saya rasa sedih ni? 





Thursday, November 14, 2013

~November~


NOVEMBER!

Baru balik bercuti!  Nanti lah cerita..mood belum sampai (^_^)

And going to celebrate lil Zara 2nd birthday party!  Party?? Not really a big party, party among Zara, Daddy & Mummy je. Kiranya private party la gitu *wink*


Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...