CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, October 31, 2013

~Europe Trip: Stoke-on-Trent (The End)~



Memang seronok walaupun penat.  Jom imbas balik:

Percutian kami dimulai dengan menjelajah ke negara Sepanyol.  Tapi kami cuma discover Madrid sahaja, 3 hari dua malam di Madrid dapatlah kami melakukan city tour dan tak melepaskan peluang menjelah Stadium Santiago Bernabeu milik Kelab Real Madrid.

Habis di Spain, kami ke Itali...to be specific kami sekeluarga ke Milan.  Dalam pada seronok bercuti ada jugak kisah duka disebaliknya :(

Memang menyedihkan tapi kalau terlalu fikir maka tak jadilah percutian ni, tak kan nak terus balik ke Moscow? Rugilah semua yang kami dah booking. Tak adil pulak untuk Daddy dan Zara.

So, teruskan jugaklah dengan perancangan kami.  Dari Milan terbang semula ke Gatwick untuk ke Manchester then ke Liverpool dan untuk entry yang terakhir ni kami singgah ke;

STOKE-ON-TRENT!

England kan memang dikenali dengan barangan pinggan mangkuk yang pelbagai, majoriti brand yang terkenal seperti Royal Albert, Churchill, Wedgwood, Royal Doulton dan macam-macam lagi lah. Boleh je layari website ni untuk menjelajah Stoke-on-Trent secara maya :)

Disebabkan kekangan masa, maka kami cuma sempat singgah di Wedgwood sahaja.








Nak masuk museum memang seriously tak sempat, tapi masuk ke factory shop sempat pulak.  Eh? Eh? Haha..but again kami cuci mata je.  Nak beli Royal Albert tapi ermmm..maybe next visit kot?! InsyaAllah.. (^_^)  Tapi bila dah balik rumah menyesal pulak tak beli frame Royal Albert, tak mahal pun.  Adoi la kenapa bengong! Selalu buat perangai macam tu, takmo beli tapi bila dah balik terbayang-bayang.  Tak faham betul dengan perangai sendiri tau! Haihhh




Sebenarnya ada jugak cerita kelakar sepanjang dari Manchester nak balik ke Gatwick ni.  Cik Tom-Tom kita buat hal pulak.  Dia macam bengong-bengong jugak, kejap on kejap off, lepas tu asyik replanning je.  Ko biar betul Cik Tom-Tom.  Dalam pada dia bengong tapi dapat jugak kami masuk balik ke highway untuk ke next stop! Hahaha

BICESTER VILLAGE!

Boleh je klik kat sini kalau nak tau Bicester Village tu apa..But again, cuci mata je, beli apa yang perlu sebelum balik ke Moscow!









Dari Bicester Village, Cik Tom-Tom memang dah menggila, langsung takmo hidup.  Parah hidup kami! Usaha jugak cari jalan untuk masuk ke highway, walaupun tersesat tapi masih berjaya jugak kami cari signboard.

Bila cuaca dah gelap dalam pukul 8 lebih gitu, ok surrender sebab Mummy tak tahan nak gi toilet, so kami berhenti di Beaconsfield untuk rehat dan tenangkan fikiran yang kusut.  Lepas perbincangan suami isteri selesai, maka kami tawakal pada Allah supaya kami selamat sampai ke Gatwick tanpa bantuan Cik Tom-Tom.

Syukur Alhamdulillah, akhirnya kami selamat sampai di Premier Inn Gatwick hampir pukul 11 malam.. Memang letih.  Sebenarnya kalau Cik Tom-Tom "sihat", kami percaya pukul 9 dah boleh sampai dah.  Bila dah penat tak mampu nak buat apa dah.  Cuma nak tido sahaja puas-puas sebab flight kami ke Moscow esok tengahari.

Ok, bila dah sampai ke Gatwick maka habislah cerita percutian saya.

InsyaAllah kita jumpa lagi dalam cerita percutian akan datang!

Bye!! (^_^)


1 comment:

Kak Nor said...

bestnya dpt sampai sini..

Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...