berlatarbelakang Galleria Vittorio Emanuele II |
Milan si kota fesyen!
Sebut aje brand apa yang nak semua ada..yang penting duit!
Tipu kalau dah sampai Milan tak membeli belah, konon nak cuci-cuci mata. Angan-angan jelah cuci mata tu, last-last purse yang dicuci, kad kredit yang ditonyoh dan disuakan kepada si cashier..
Oh, ini adalah kesinambungan dari perjalanan cuti kami, tempat percutian seterusnya selepas Madrid tulah tu, si kota fesyen!
M.I.L.A.N
Perjalanan dari Madrid ke Milan adalah selama lebih kurang 2 jam. Kami sampai di Milan Malpensa Terminal 2 (low cost terminal used by EasyJet) pada jam 12.30 tengahari. Terus ambil bus untuk ke bandar. Dari Milan Malpensa pengangkutan yang ada untuk ke bandar hanyalah teksi yang berharga lebih kurang 100 Euro, ataupun naik express bus yang berharga 6 Euro dan satu lagi choice ialah dengan menaiki train express berharga 7 Euro. Agak jauh sebenarnya dari Malpensa Airport untuk ke Milan, lebihkurang 50km. Stesyen bus dan train adalah terletak di Centrale Station dan hotel penginapan kami iaitu New York Hotel memang berdekatan sangat dengan Centrale Station ni. Tambahan pulak ada kedai halal berdekatan situ. Ermmmm, senang hidup kami!
Daddy berlatar belakang Central Station |
Tempat pertama adalah ke Duomo. Tapi di Itali ni memang banyak Duomo ye, atau maksudnya adalah gereja. Tapi Duomo di Milano ini adalah yang paling besar di negara Itali dan kelima terbesar di dunia. Jangan salah anggap yang kami nak ke gereja ya.
Di sebelah Doumo terletaknya Galleria Vittorio Emanuele II iaitu galeri @ butik mewah yang menempatkan jenama-jenama seperti Prada, Louis Vuitton, Gucci, H&M, Zara, Gap, Masimmo Dutti, Boss, Ferrari, DKNY, Guess, Furla, Michael Kors, Max Mara, Boss (wahhh jenuh nak sebut satu persatu). Tapi segala butik mewah memang ada di sini. So, itulah tujuan sebenar!
Ferrari Store |
Foot Locker |
Zara is waiting for Mummy at Zara |
Gap..Daddy surrender! |
So, aktiviti kami sepanjang di Milan adalah shopping sahaja sebab Milan memang kota shopping kot. Lainlah kalau kami ke Venice, Florence ataupun lain-lain tempat so maybe lainlah aktiviti kami.
Memang seronok bila datang ke Milan tepat pada waktunya which you can get branded item in a good deal. Nak kata apa? Beli ajelah :)
Dalam keseronokan kami bershopping ada jugak cerita duka disebaliknya...
Next entry ya......
2 comments:
Shopping ni yg tak boleh tahan ni...
Mama-syira:
pompuan vs shopping! hahaha
Post a Comment