CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, September 17, 2013

~The Famous Failures~


Sekali gagal bukan bererti gagal selamanya.

Dua kali gagal pun tak bererti gagal untuk kali ketiga.

Pepatah melayu kata "usaha tangga kejayaan".

Kegagalan juga buat kita lebih tabah untuk menghadapi hari mendatang.

Macam mereka-mereka ni (^_^)





Thursday, September 5, 2013

~Europe Trip; MILAN~



berlatarbelakang Galleria Vittorio Emanuele II

Milan si kota fesyen!

Sebut aje brand apa yang nak semua ada..yang penting duit!

Tipu kalau dah sampai Milan tak membeli belah, konon nak cuci-cuci mata.  Angan-angan jelah cuci mata tu, last-last purse yang dicuci, kad kredit yang ditonyoh dan disuakan kepada si cashier..

Oh, ini adalah kesinambungan dari perjalanan cuti kami, tempat percutian seterusnya selepas Madrid tulah tu, si kota fesyen!

M.I.L.A.N

Perjalanan dari Madrid ke Milan adalah selama lebih kurang 2 jam.  Kami sampai di Milan Malpensa Terminal 2 (low cost terminal used by EasyJet) pada jam 12.30 tengahari.  Terus ambil bus untuk ke bandar.  Dari Milan Malpensa pengangkutan yang ada untuk ke bandar hanyalah teksi yang berharga lebih kurang 100 Euro, ataupun naik express bus yang berharga 6 Euro dan satu lagi choice ialah dengan menaiki train express berharga 7 Euro. Agak jauh sebenarnya dari Malpensa Airport untuk ke Milan, lebihkurang 50km.  Stesyen bus dan train adalah terletak di Centrale Station dan hotel penginapan kami iaitu New York Hotel memang berdekatan sangat dengan Centrale Station ni.  Tambahan pulak ada kedai halal berdekatan situ.  Ermmmm, senang hidup kami!

Daddy berlatar belakang Central Station
Macam biasa lah, check in hotel, rehat sekejap then terus kami keluar.  Yang penting dapatkan map dari receptionist.  Free untuk kami yang tinggal di situ.  Baca map, fahamkan metro and GO!

Tempat pertama adalah ke Duomo.  Tapi di Itali ni memang banyak Duomo ye, atau maksudnya adalah gereja.  Tapi Duomo di Milano ini adalah yang paling besar di negara Itali dan kelima terbesar di dunia. Jangan salah anggap yang kami nak ke gereja ya.


Di sebelah Doumo terletaknya Galleria Vittorio Emanuele II iaitu galeri @ butik mewah yang menempatkan jenama-jenama seperti Prada, Louis Vuitton, Gucci, H&M, Zara, Gap, Masimmo Dutti, Boss, Ferrari, DKNY, Guess, Furla, Michael Kors, Max Mara, Boss (wahhh jenuh nak sebut satu persatu).  Tapi segala butik mewah memang ada di sini.  So, itulah tujuan sebenar!










Ferrari Store
Foot Locker
Zara is waiting for Mummy at Zara
Gap..Daddy surrender!
Mungkin secara kebetulan masa saya sampai adalah musim "sales" (sama macam di Madrid; "barajas, barajas" katanya) jadi adalah sedikit sebanyak saya membeli-belah kelengkapan kami sekeluarga.  A lot cheaper than Moscow! Itu yang penting (^_^)

So, aktiviti kami sepanjang di Milan adalah shopping sahaja sebab Milan memang kota shopping kot. Lainlah kalau kami ke Venice, Florence ataupun lain-lain tempat so maybe lainlah aktiviti kami.

Memang seronok bila datang ke Milan tepat pada waktunya which you can get branded item in a good deal. Nak kata apa? Beli ajelah :)

Dalam keseronokan kami bershopping ada jugak cerita duka disebaliknya...

Next entry ya......





Wednesday, September 4, 2013

~Bila dah terberenti, cenggini lah jadinya~



Haihhhh!!! *mengeluh*

Tebiat yang tak elok sungguh iaitu mengeluh dan jugak MALAS.

Cerita cuti haritu masih terbengkalai.  Tak tau bila nak sambung.  Padahal dah draft half way.

Tu yang malas tu bila dah terberenti.

Sebab nak sambung memang tak taunya bila.  

Haihhhhhh!!! *mengeluh lagi*




Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...