CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, June 20, 2013

~St. Petersburg; City Tour (Part 2)~


Kelas ko Nab!! Citer pasal city tour pun ada part 1 and part 2 (^_^)

Dahnyer kang buat entry panjang berjela jemu pulak nak baca.  Saya yang menulis ni pun jenuh jugak otak nak bercerita.  Eleh, baru buat blog belum jadi penulis novel, skrip bagai..Wek! *ejek diri sendiri*

....sambungan Part 2 City Tour

Tunggu-tunggu eh, budak kecik ni tak nak bangun ke? Daddy memang sah-sah la tak bagi kejut.  Anak Daddy kan :)

So kami plan dari Aurora jalan kaki ke stesyen tram yang terdekat untuk ke Hermitage.  Bukan naik tram dah sampai ye tapi naik tram dan turun di stesyen metro kemudian naik metro dan sampai lah kami ke kawasan seterusnya iaitu Hermitage dan Palace Square.

Zara @ Palace Square..
Hermitage..
Hermitage tu adalah bangunan lama yang mana sekarang telah menjadi muzium lukisan antara yang terbesar di dunia.  Klik di sini untuk maklumat lanjut.  Terdapat 5 bangunan kesemuanya dan kat dalam tu memang lukisan dan art work semata.  Sejara asal usulnya adalah bila pada tahun 1764, Russian Empress, Catherine The Great telah membeli koleksi lukisan dari negara Eropah Barat.  Masalahnya larat ke nak tengok satu-satu lukisan tu? Dan faham ke? Kalau nak habiskan tengok keseluruhan lukisan dan art work yang terdapat di Hermitage, 5 hari pun tak habis.  Bayangkan kalau ada 3 juta lukisan, artifak dan macam-macam lagi dalam tu.  Tak ke ambil berhari-hari untuk dibelek satu persatu?

Oh well, kami tak masuk pun.  Kami bukan reti pun nak menghayati lukisan. Hahahaa :)  Cukup sekadar kami ambil gambar diluar bangunan sahaja sebab banyak lagi yang kami nak buat.  Masa itu emas! Tetiba...

Disebabkan masa itu emas, kami pun berjalan lagi menuju ke "The Bronze Horseman".  Ia merupakan statue Peter The Great yang terletak di tepi sungai dan sekarang menjadi tarikan pelancong.


Terletak bersebelahannya adalah St. Isaac Cathedral yang berkubahkan "emas"..dari jauh memang nampak kilauannya.  Actually visitors boleh panjat  menggunakan tangga yang memang disediakan untuk menuju ke kubah.  Tapi kami tak lah..Masa itu emas! Padahal....


Disebabkan kami memang dah letih berjalan kaki entah tak tau berapa kilometer, jadi kami nak berehat sambil menghirup udara segar di atas sungai.  Patut la letih baru perasan rupanya kami dah berjalan dari pukul 12 tengahari hingga 8.30 malam.  Tapi disebabkan matahari masih tegak atas kepala, memang tak sedar rupanya dah malam. Should I call it malam? Tapi matahari tegak atas kepala? @_@

River cruise mengambil masa 1 jam.  Walaupun cuaca masih panas tapi bila kami menyusuri sungai ni memang sejuk yang amat, rasa sampai tulang sum-sum! Lepas tu terus selsema :(






Semua gambar river cruise diambil antara pukul 8.30 hingga 9.30 malam.  Masih cerah kan?

Habis river cruise kami jalan kaki balik semula untuk ke Galleria Shopping Centre yang terletak di Vosstaniya Square, bukan untuk shopping tapi untuk makan di restaurant halal yang berdekatan situ then dari sana dah dekat dengan hotel kami.  Naik metro dan satu stesyen dah sampai.

Ini adalah pemandangan di kawasan Vosstaniya Square pada pukul 11.10 malam.  Matahari baru nak terbenam.




 

Since pukul 11.10 malam kami masih di Vosstaniya Square, maka kami sampai hotel lebih kurang pukul 12.00 tengah malam sebab tersesat lepas keluar metro.  Patutnya kami ke kanan, tapi terbelok ke kiri pulak.  Dah la kaki penat tambah-tambah penat jadinya.

Sampai bilik, mandi dan terus zzzZzZZZzzzzz....

bersambung dengan cerita Peterhof pulak di entry yang lain...






No comments:

Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...