CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, June 27, 2013

~St. Petersburg; Peterhof (Lower Garden & Fountain). The End~




Lower garden!

Nak cakap apa?  Taman istana zaman Catherine The Great yang di maintain sehingga kini.  Taman istana! So haruslah cantik.  Terusan di tengah-tengah itu menuju terus ke laut.

Kami cuma discover taman yang berada di sebelah kiri terusan.  Tak larat nak ke sebelah kanan.



Bunga tulip kat sini besar-besar.  Ntah benih x-large kot yang dia orang guna.  Tak pun terlebih baja.  Memang geram sangat tengok.  Tambah pulak dengan color merah menyala dia tu...




Not only me tapi Zara pun geram jugak. Siap dia nak petik-petik bunga tulip tu..



Kat tepi laut udara memang segar dan mengantukkan.  Angin sepoi-sepoi bahasa yang sejuk memang sedap untuk tido.   Mata pun macam tak sabar-sabar nak tutup.  Tapi malu la kan dekat adik-adik yang datang dengan kami ;)


Main petik-petik bunga dengan Zara

Budak kecik yang baru bangun tido!
Another option; naik kapal dari city centre ke Peterhof

Thanks a lot Masnoor, Ammar & Syafiq!


Family potrait...
So tamatlah cerita percutian pendek kami ke Saint Petersburg.  Kat St. Pete ni terlalu banyak muzium, tak boleh nak discover semua.  Kami yang tak masuk langsung muzium ni pun masa ngam-ngam aje.

Malam jugak kami sampai ke hotel tapi takdelah selewat malam pertama hari tu. Since next day flight kami petang dan dah habis jelajah "Second Venice", maka kami plan esok bangun lambat dan jalan-jalan sekitar hotel je untuk menghabiskan waktu yang ada sambil minum-minum kopi macam tourist yang lain.

Jumpa lagi di episod percutian selanjutnya.  Tak boleh reveal sekarang.  Balik bercuti baru boleh cakap and this time around panjang sikit percutian kami, 10 hari untuk ke beberapa buah negara Eropah yang lain.  Opsss.....

Daaadaaaaaa (^_^)





Monday, June 24, 2013

~St. Petersburg; Peterhof Palace and Garden~


Walaupun masih penat, tapi kami gagahi jugak untuk ke Peterhof.  City tour part 1 and part 2 je dah membuatkan kami berjalan dari pukul 12 tengahari hingga 12 tengah malam.  Dan di Peterhof ni jugak akan membuatkan kami berjalan lagi di sepanjang kawasan istana yang merangkumi park, fountain dan muzium.  But again muzium kami tolak ke tepi dulu.

Peterhof atau Petrodvorets adalah tempat WAJIB jika anda ke St. Petersburg.  Konon kata kalau pergi St. Pete tapi tak jejak kaki di Peterhof kiranya macam tak lengkap lah percutian tu.  Perumpamaan tu saya yang bagi tapi betul apa, sebabnya Peterhof adalah most famous and popular visitors attraction in St. Pete.

Peterhof Palace and Garden berkeluasan ermmm...memang luas (x jumpa pulak berapa sebenarnya keluasan taman ni..haih!) dan merangkumi beberapa istana dan taman seperti Grand Palace,  Park & Garden, The Fountains, Monplaisir, Marly Palace, Hermitage dan juga Cottage Palace & Alexandria Park.  Untuk keterangan lanjut boleh baca di sini.  Fuh, berjenuh jugak kalau nak cerita satu-satu.  Sori guys :(


Kami sampai di Peterhof dalam pukul 12.30 tengahari dan masa ni  Zara tengah tido.  Penat semalam tak habis (^_^)

Free entrance to Peterhof, tapi untuk upper garden jelah.  Kalau nak ke fountain dan lower garden bayaran adalah RUB450, bersamaan juga dengan RM45 seorang.

Dari entrance saya dah terpegun tengok keindahan taman ni.  Cantik sungguh pokok yang ditrim  daunnya, rumput carpet yang lembut, bunga-bungaan yang colorful. Jatuh cinta!







At first saya tergedik-gedik suruh husband ambik gambar bunga but then Syariq kata, "kak, kat area fountain and lower garden lagi cantik"..terus ku cancel nak ambik gambar.  Jom cepat-cepat kita ke fountain and lower garden!


Macam yang saya mention tadi untuk ke fountain dan lower garden kena beli tiket, RUB450.  Ramai jugak orang during weekend..dan ramai jugak pengantin yang datang sini untuk ambil gambar.  Memang tak rugi kot si pengantin ni berjalan kaki dengan kasut tinggi semata-mata untuk mengabadikan gambar perkahwinan mereka kat sini.

Cerita pasal lower garden nanti kita cerita di entry yang lain lah ye.  Nak gi beli tiket dulu! Hehehe *-*

....akan bersambung



Thursday, June 20, 2013

~St. Petersburg; City Tour (Part 2)~


Kelas ko Nab!! Citer pasal city tour pun ada part 1 and part 2 (^_^)

Dahnyer kang buat entry panjang berjela jemu pulak nak baca.  Saya yang menulis ni pun jenuh jugak otak nak bercerita.  Eleh, baru buat blog belum jadi penulis novel, skrip bagai..Wek! *ejek diri sendiri*

....sambungan Part 2 City Tour

Tunggu-tunggu eh, budak kecik ni tak nak bangun ke? Daddy memang sah-sah la tak bagi kejut.  Anak Daddy kan :)

So kami plan dari Aurora jalan kaki ke stesyen tram yang terdekat untuk ke Hermitage.  Bukan naik tram dah sampai ye tapi naik tram dan turun di stesyen metro kemudian naik metro dan sampai lah kami ke kawasan seterusnya iaitu Hermitage dan Palace Square.

Zara @ Palace Square..
Hermitage..
Hermitage tu adalah bangunan lama yang mana sekarang telah menjadi muzium lukisan antara yang terbesar di dunia.  Klik di sini untuk maklumat lanjut.  Terdapat 5 bangunan kesemuanya dan kat dalam tu memang lukisan dan art work semata.  Sejara asal usulnya adalah bila pada tahun 1764, Russian Empress, Catherine The Great telah membeli koleksi lukisan dari negara Eropah Barat.  Masalahnya larat ke nak tengok satu-satu lukisan tu? Dan faham ke? Kalau nak habiskan tengok keseluruhan lukisan dan art work yang terdapat di Hermitage, 5 hari pun tak habis.  Bayangkan kalau ada 3 juta lukisan, artifak dan macam-macam lagi dalam tu.  Tak ke ambil berhari-hari untuk dibelek satu persatu?

Oh well, kami tak masuk pun.  Kami bukan reti pun nak menghayati lukisan. Hahahaa :)  Cukup sekadar kami ambil gambar diluar bangunan sahaja sebab banyak lagi yang kami nak buat.  Masa itu emas! Tetiba...

Disebabkan masa itu emas, kami pun berjalan lagi menuju ke "The Bronze Horseman".  Ia merupakan statue Peter The Great yang terletak di tepi sungai dan sekarang menjadi tarikan pelancong.


Terletak bersebelahannya adalah St. Isaac Cathedral yang berkubahkan "emas"..dari jauh memang nampak kilauannya.  Actually visitors boleh panjat  menggunakan tangga yang memang disediakan untuk menuju ke kubah.  Tapi kami tak lah..Masa itu emas! Padahal....


Disebabkan kami memang dah letih berjalan kaki entah tak tau berapa kilometer, jadi kami nak berehat sambil menghirup udara segar di atas sungai.  Patut la letih baru perasan rupanya kami dah berjalan dari pukul 12 tengahari hingga 8.30 malam.  Tapi disebabkan matahari masih tegak atas kepala, memang tak sedar rupanya dah malam. Should I call it malam? Tapi matahari tegak atas kepala? @_@

River cruise mengambil masa 1 jam.  Walaupun cuaca masih panas tapi bila kami menyusuri sungai ni memang sejuk yang amat, rasa sampai tulang sum-sum! Lepas tu terus selsema :(






Semua gambar river cruise diambil antara pukul 8.30 hingga 9.30 malam.  Masih cerah kan?

Habis river cruise kami jalan kaki balik semula untuk ke Galleria Shopping Centre yang terletak di Vosstaniya Square, bukan untuk shopping tapi untuk makan di restaurant halal yang berdekatan situ then dari sana dah dekat dengan hotel kami.  Naik metro dan satu stesyen dah sampai.

Ini adalah pemandangan di kawasan Vosstaniya Square pada pukul 11.10 malam.  Matahari baru nak terbenam.




 

Since pukul 11.10 malam kami masih di Vosstaniya Square, maka kami sampai hotel lebih kurang pukul 12.00 tengah malam sebab tersesat lepas keluar metro.  Patutnya kami ke kanan, tapi terbelok ke kiri pulak.  Dah la kaki penat tambah-tambah penat jadinya.

Sampai bilik, mandi dan terus zzzZzZZZzzzzz....

bersambung dengan cerita Peterhof pulak di entry yang lain...






Wednesday, June 19, 2013

~WW: Mummy, it's hot..Sunglasses please~








~St. Petersburg; City Tour (Part 1)~



City tour bermula dari hotel dan destinasi pertama adalah ke Masjid St. Petersburg untuk Daddy dan dua orang student (thanks to Syafiq & Masnoor) yang bawak kami pusing-pusing St. Pete untuk sembahyang dulu.  Kan ke hari Jumaat?

Ini merupakan masjid tertua yang terletak di St. Pete dan mula dibuka pada tahun 1913.  Selain dari masjid ini ada satu lagi majid tapi terletak jauh dari bandar.


solat diluar beralaskan tikar, surat khabar dan sebagainya disebabkan ruang dalam under construction. tapi sesungguhnya itu bukan penghalang untuk mereka beribadah
City tour diteruskan menuju ke tempat menarik yang berhampiran iaitu "Peter and Paul Fortress".


tengah pilih pamphlet utk rujukan :)
Besar sungguh kawasan kubu ni dan yang bagusnya masuk tak kena bayar pun kecuali kalau nak masuk museum dia.  Di sini jugak terdapat menara loceng yang tertinggi (123.2 meter) di St. Pete dan menurut kata "tourist guide" kami, bangunan lain tak boleh lebih tinggi dari menara loceng tersebut. Jangan tanya kenapa sebab kami pun tak tahu, faham? ;)

berlatar belakang Menara Loceng
pemandangan dari sisi lain...
Nampak tak gambar kat atas tu, langit sungguh cerah walaupun seminggu sebelum datang weather forecast kata hujan..alhamdulillah, walaupun cuaca panas dan terik tapi better dari hujan kan.  Kalau holiday tapi hujan, ohhh susahnya nak jalan, alamat duduk hotel jelah.

Habis pusing-pusing di Peter and Paul Fortress, kami menyusuri sungai berjalan ke destinasi seterusnya.  Jauh jugak la kalau nak ikutkan kami berjalan, dari masjid, then ke fortress sampai ke stesyen tram agaknya lebihkurang 3 km kot.  Fuhhh!



Masa kami jalan tu Zara dah tertidur, kami naik tram pun dia tak sedar..turun dari tram dan jalan kaki lagi sampai ke Aurora pun dia tak sedar.  Nyenyak sungguh tido, maklumlah tepi sungai angin kuat, aircond free sedaplah tidor kan...

Princess dah tido..
Aurora merupakan kapal perang yang aktif pada tahun 1900 tapi sekarang sudah dijadikan muzium kapal.  Malang bagi kami sebab hari Jumaat muzium tersebut hanya dibuka hingga pukul 3.00 petang sahaja.  So ambik gambar kat luar jelah.


berlatarbelakang Aurora ..

Lama jugak kami di Aurora, lepak-lepas sambil tengok souvenir dan kemudian fikirkan cara untuk ke destinasi seterusnya.  Tapi sebenarnya kami nak biarkan Zara tido puas-puas dulu, tak nak bangunkan dia nanti dia mengamuk tak cukup tido.

nyenyak sungguh, berani nak bangunkan?



Eh, rasa macam panjang pulak dah entry ni.  Sambungannya pun panjang jugak nih!  Kita stop and continue in the next entry lah ye *wink*


Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...