CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, July 26, 2012

~Kuih bom juadah berbuka~


Salam Ramadhan.  Dah 7 hari kita berpuasa kan.  Opsss..."kita" tu tak termasuk yang berada kat Malaysia lah sebab kami di sini mula puasa hari Jumaat ;))

Semalam teringin sangat nak makan kuih bom.  Lama oulss tak makan kuih tu.

Kuih bom hasil tangan saya
Google resepi, banyak jugak jumpa..macam-macam cara, macam-macam bahan. And me??? Haruslah ku cari yang paling senang..Ngeee ;D

Resepi paling senang dan dah tentulah menjadi ini dicedok dari my resepi.  Kenapa pilih yang ni? Sebabnya suka bila makan tu cam kunyah chewing gum! Hahaha (^_^) *tapi tak bermakna sampai lenguh mulut mengunyah tau sebab dia lembut je*


Bahan-bahan:
  • 1 setengah cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung beras
  •  3/4 cawan air gula (suam)
  • inti kelapa manis
  • bijan
Cara-cara:
  1. Satukan tepung pulut dan tepung beras dan gaul sebati.  
  2. Masukkan air gula dan uli sehingga menjadi keras
  3. Bulat-bulatkan doh tepung, leperkan, masukkan inti kelapa manis, cantumkan semula dan bulatkan kembali.
  4. Dalam bekas lain golekkan adunan yang dah ada inti tadi dan layangkan di tangan supaya bijan yang tak lekat kan jatuh dengan sendiri
  5. Goreng sehingga keperangan

~Setelah setahun akhirnya dapat makan mee goreng~


Wah tajuk kemain lagi.

Tapi ini adalah kenyataan, lama dah tak makan mee goreng sayang oiiii...Kalau ada pun yang kami makan tu guna spaghetti dan goreng ala-ala mee goreng mamak or mee goreng basah.

Mee goreng ni kami jumpa di Ataturk Airport.  Tak rugi beli walaupun harga dia 18 Lira.  Agak mahal tapi biasalah kan semua airport pun barang dia mahal.  Yang penting sedap!! Dan satu lagi big portion, boleh makan untuk dua orang lagi.  Kami beli satu untuk makan dan satu lagi tapau untuk bawak balik Moscow for our dinner.


Rasa dia memang sedap dan sangat Asia.  Kenalah sangat dengan tekak kami.  So kalau you all ada dekat Ataturk Airport, jangan lupa ye cari "gerai" Quick Asia dan cubalah menu-menu yang ada kat situ.  Tak rugi pun sebab worth to eat (',)




Wednesday, July 25, 2012

~Istanbul: Day 5 (pulang ke sarang)~


Semalam kan Grand Bazaar tutup, jadi hari last ni kami nak habiskan sikit lagi membeli.  Pukul 11 pagi mesti dah ada balik kat hotel untuk mengemas barang!


Hari kelima ni duit dah nak habis dah.  Hehehe (^_^) jadi beli benda yang memang patut dibeli jelah.  Kalau tak perlu tu pejam mata jangan tengok kang nanti teringin pulak. Masa ni mamang tak sempat nak bergambar bagai sebab kami rushing.  At last beli lampu je. Ingat nak beli beg kulit tapi mahal sangat.  Penat tawar menawar tapi dia tak bagi jugak harga yang saya nak! Ok, fine!!! Tak rugi pun tak beli sebab bukan original pun, eh, tapi betul kulit tau!!! Ok, tak rugi, tak rugi dan tak rugi! 

By 11 am kami dah ada kat hotel.  Nasib baik semalam dan kemas mana yang patut.  Semua beg pun padat-padat.  Takut jugak kalau exceed.  Uishhh, tawakal jelah.  Pukul 2.30 petang kami dah sampai di Ataturk Airport dengan beg-beg yang super duper padat.  




Alhamdulillah, exceed 3 kilo je tapi tak kena bayar pun. After check in then looking for food court.  Kami tapau burger king dan mee goreng je untuk dinner bila sampai Moscow nanti.  Uishhh, itupun hampir kami ketinggalan kapal terbang. Kami adalah orang yang terakhir sekali naik, then buat muka tak bersalah. Hahahaha (^_^) 


Selamat tinggal Istanbul!!!!





~Istanbul: Day 4 (Spice Bazaar & mencari makanan sejuk beku)~


Hari keempat ni relax sikit lepas semalam seharian kami berjalan kesana-sini melawat tempat-tempat bersejarah di Sultanahmet.  Penat seharian berjalan entah berapa kilometer masih terasa tapi jangan dilayankan penat tu!

As usual, after breakfast kami keluar lagi.  At first nak pergi ke Grand Bazaar, tunggu 5 minit tapi rupanya Ahad tutup pulak.  Before pergi dah buat research tapi tang ada hari tutup tu tak perasan pulak. Sebab normally tourist attraction macam tu jarang tutup.  Sob sob sob... Tak sempat nak nangis kami termasuk pulak kedai kulit.  Nak merawat hati yang lara Daddy grab jelah satu jacket kulit *padahal semalam dah beli, 1 for him and 1 for me*

yeay, he grab that one!
tokeh kedai senyum sebab 1st customer beli, bawak 'ong' the whole day.. ;D
After that, kami straight to Spice Bazaar.  At first nak berjalan lagi, tapi tokeh kedai kata lagi cepat kalau kami naik tram.  4-5 minit dah sampai.  Tak mahal  bayar tram, jauh ke dekat ke cuma 2 Turkish Lira je.  Jap, ni nak compare tram kat Istanbul dengan tram kat Moscow.  Ya ampun, jauh beza.  Istanbul better 100% rasanya. Huhu


Since hotel kami dekat dengan Beyazit Tram Station so ambik tram dari situ dan turun je dekat Eminonu Station (tengok line biru).


Dari Eminonu Station tu jalan 2 minit je ke Spice Bazaar.  Bazaar ni taklah besar macam Grand Bazaar tu, kecik je (macam 'L' shape).  Nama pun Spice Bazaar so yang banyak jual kat sini tentulah rempah ratus. Again, kita kenalah pandai tawar menawar ye.


Selain rempah-ratus ada juga dijual manisan-manisan.  Yang ni paling best sebab kenyang merasa je.  Yelah sebelum beli memang dia suruh kita rasa.  Tunjuk je mana nak, ha, rasalah sampai puas.  Dah puas merasa harus la kami beli kan. Tapi beli yang berkenan di hati jelah.


Ada jugak kat sini jual lampu-lampu, beg kulit, souvenir dan harga memang jauh lebih murah compared to Grand Bazaar tapi kat sini nak bargain susah sikit, dia tak layan sangat sebab memang murah kan.  Sarung bantal yang saya beli kat Grand Bazaar tu lepas tawar macam peniaga tu nak nangis akhirnya dapat 12 Lira.  Tapi kat sini belum tawar lagi, just tanya je harga dia kata 10 Lira (design dan material yang sama).  Terus la menangis tak keluar air mata!  Tapi....kat sini tak banyak choice lah! *ayat nak sedapkan hati*

Daddy yang paling suka dekat sini sebab rempah ratusnya.  If saya yang pergi sorang haruslah ku tak beli rempah ratus ni sebab yelah Daddy yang lebih pandai masak dari saya..  Banyak jugak yang dibeli.  Tapi kami beli kat kedai ni jelah sebab harga dia jauh lebih murah dari kedai yang lain.

"KAREM SARAY"
Jom tengok gambar-gambar sekitar Spice Bazaar ni.


  



Having lunch berdekatan that area je.  Dari jauh, actually since datang tu dah nampak restaurant ni sebab ayam golek dia nampak sungguh menarik!


Balik naik tram sebab cuaca panas, dah tengahari dah pun.  Tak larat!  Jadual hari Ahad tak lah tight sangat. Hehehe :D so tengahari tu kami rehat dulu dalam bilik *yang berehat Daddy & Zara, Mummy kena mengemas*.  So puas "mereka" berehat, kami keluar lagi ke Aksaray (refer pada tram map kat atas).  Tujuan ke Aksaray ni sebab kami cari supermarket nak beli makanan sejuk beku (burger, nugget etc) untuk di bawa balik ke Moscow.  Supermarket ni dekat je dengan Aksaray Station tapi haritu kami tak  nampak jugak sebab dia depan sikit je daripada AVM Outlet (kedai-kedai di AVM Outlet ni semua bawah tanah, that's why nampak kecik je).


So kalau nak cari supermarket ni, kena la cari AVM Outlet dulu then jalan kedepan sikit lagi ha nampaklah supermarket ni (',)


Kami borong semua makanan sejuk beku yang ada kat situ.  Malas nak ke Carrefour sebab bila tanya kat tokeh kedai kulit dia kata Sunday tutup, bila tanya pulak dekat cashier M Jet ni pun dia kata tutup.  Aishhh, pelik la pulak.  Shopping complex tutup on Sunday??? Tapi kami malas la nak ambil risiko terjah jugak Carrefour tu since kami dah dapat apa yang kami nak.  Kang tak pasal ambik teksi dah la bayar mahal tapi Carrefour tutup, then kena ambil teksi lagi and bayar sekali lagi..Oh, tidak lah kannnnnn!!

After memborong tu kami balik hotel semula, then keluar balik cuci mata je, eh hari tu bukan ke dah cuci mata? Ni cuci mata untuk kali kedua instead of kami dok saje tengok tv kat hotel.  Better keluar kan?








Tuesday, July 24, 2012

~Daddy's Europe Tour (Berlin, Amsterdam, Paris & London)~


10 hari sebelum puasa Daddy berjalan dengan kawan-kawan. Percutian bermula pada 11 Julai hingga 20 Julai 2012. Dan kami kerinduan sangat dekat Daddy.  Since Mummy kena keje jadinya haruslah Mummy menangis sebab tinggalkan Zara di rumah Kak Kathy.

Ni percutian orang lelaki jadinya mereka drive from one country to another.  Sewa kereta di Berlin dan drive sampailah ke London.  Uishhh, jauh perjalanan tu.  Daddy kata if bawak family better naik train je tak penat sangat.  Tapi bila ye Daddy? (',)

Since Daddy yang pergi dan Mummy and Zara kena tinggal kat rumah, jadi layan gambar jelah ye.  *padahal jeles sangat tengok gambar best-best*


Daddy at Berlin..

Amsterdam...

Paris....

London....
Banyak-banyak gambar Mummy & Zara paling suka gambar ni..Eh, mana tau Zara suka ke tak? Hahaha :D Saje je nak masukkan nama Zara kat sini..

Stonehenge.. 
Jeles memang lah jeles kan. Tapi nasib baik Daddy pandai ambil hati Mummy & Zara.... So tak jeles dah! Thank you sayang for the tokensssss (Long Champ, Harrods etc) *tapi Zara la yang paling banyak dapat, Daddy pun banyak jugak, Mummy paling sikit..uhukkkk*




~Onde-onde si buah melaka~


Lama sangat teringin nak belajar buat kuih onde-onde atau buah melaka ni tapi asyik tak berkesempatan jerk.  Asal nak buat je busy, asal busy sure lah tak dapat nak buat.  Ahaksss

Semalam menjenguk ke Teratak As sebab nampak entry pasal buah melaka ni.  Terus la teruja kannnn dan semangat onde-onde datang membuak.

Oh, bila dah buat rupanya senang lah sangatttt...teramat senang *nak tunjukkan betapa senang..eceh* Rugi dari dulu tak buat tau! Since dah pandai buat haruslah lepas ni asyik buat kuih ni je sebab Daddy suka!! Tapi semalam coated pakai kelapa kering je sebab tak sempat nak cari kelapa fresh (campurkan sedikit air panas ke dalam kelapa kering agar basah).  Daddy kata pakai kelapa fresh would be better.  Ok noted!!! (^_^)

Onde-onde hasil tangan saya!
Resepi ni originally from As.  Saya suka sebab sukat pakai cawan je, tak payah nak keluarkan penimbang.  Thanks As :D

Kuih Buah Melaka:
(copy & paste dari Blog As)

Bahan-bahan,

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan air
  • 1 ketul Gula Melaka 
  • 1 sk pewarna hijau berperisa pandan
  • Kelapa parut dan sedikit garam
Cara-cara, 
  • Potong kiub kecil gula Melaka
  • Bancuh air bersama pewarna hijau pandan
  • Tuangkan air sedikit2 dalam tepung pulut dan uli hingga adunan boleh digentel.
  • Ambil sedikit adunan, bulat2kan kecil, leperkan dan masukkan kiub kecil gula melaka. Tutup rapat.
  • Didihkan air, masukkan buah Melaka dan tunggu hingga buah melaka timbul
  • Angkat buah Melaka dan golekkan atas kelapa parut yang dicampur sedikit garam
  • Sedia dihidang. 


Thursday, July 19, 2012

~Salam Ramadhan~


Saya sekeluarga ingin mengucapkan
 "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG MULIA" 
dan semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan dan pengertian untuk kita semua.  InsyaAllah..Amin..




Monday, July 16, 2012

~Istanbul: Day 3 (Blue Mosque, Ayasofya & Topkapi Palace)~


Hari ketiga di Istanbul merupakan hari lawatan ke tempat-tempat bersejarah.  Seawal 8.30 pagi kami dah keluar dari hotel menuju ke Sultanahmet *ketiga-tiga tempat di berada berdekatan antara satu sama lain; di dalam kawasan Sultanahmet*

Tempat pertama yang kami lawati ialah Blue Mosque atau Masjid Biru.


Blue Mosque dikenali dengan nama tersebut kerana jubinnya yang berwarna biru, menghiasi dinding di dalam masjid tersebut.  Ia di bina seawal tahun 1606 dan 1616.  Walaupun sudah 406 tahun berlalu tapi binaan masjid ini masih kukuh lagi dan hiasan di dalamnya masih dijaga rapi walaupun colornya agak sedikit pudar. 

Jom layankan gambar kami di Blue Mosque..

  

  

  


Ramai jugak pelancong Arab, Omputeh, Jepun, Korea, China, India kat sini.  Semuanya dengan satu tujuan nak tengok keindahan dan mengagumi pembinaan Masjid Biru ni.

Kami teruskan lawatan kami ke Ayasofya atau dipanggil jugak dengan nama Hagia Sofia.  Sejarah Hagia Sofia ni pada asalnya ia dibina sebagai Gereja Besar Kristian Ortodoks oleh Maharaja Byzantine Justinian dan beroperasi sebagai gereja selama lebih kurang 1000 tahun.  Tetapi ianya telah diubahsuai menjadi masjid yang agung oleh Kerajaan Turki Uthmaniyyah di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453.  Kemudiannya pada tahun 1936, ianya telah ditukar menjadi sebuah muzium oleh Kerajaan Republik Turki untuk dilawati oleh pelancong-pelancong asing.



  
  
  
  
  




  

Ohhhh, penatnya. Perut pun dah lapar. Cari makanan yang cepat dan pantas.  McDonald la jawapannya! Sebab kena cover satu lagi tempat.

Honestly cover dua tempat ni je kaki kami macam nak patah dah! Kami berjalan je dari pagi since keluar dari hotel masuk ke Blue Mosque, jalan lagi ke Hagia Sofia dan patah balik ke McDonald dan patah balik ke Topkapi Palace.  Uuuuuuuuuu...tak tahu la berapa kilometer dah berjalan hari ni. Tambah pulak dengan kena dokong budak kecik comel yang pakai topi pink tu!!! *Luv u darling*


Topkapi Palace ialah sebuah istana yang terletak di Istanbul dengan dikelilingi oleh dinding sepanjang 5km dengan keluasan 700,000 m2.  Tambah mencantikkan lagi istana ini adalah kerana ia terletak di atas bukit dan mengadap ke laut.  Ia menjadi kediaman rasmi dan utama bagi Sultan Uthmaniyyah selama 400 tahun dari tahun 1465 hingga tahun 1856.  Pada tahun 1924, istana ini telah ditukarkan menjadi sebuah muzium diatas arahan Presiden pertama Turki iaitu Mustafa Kemal Ataturk. 


Disebabkan kaki yang nak patah jadinya kami tak masuk pun dalam Istana Topkapi ni sebab kami percaya rekabentuknya lebih kurang sama je.  So kami ambil keputusan untuk melepaskan lelah dengan berehat dan bersantai di taman istana yang indah *chewahhhh*


   
  
  

  
  


Eh, sorry (",) ... Lepas Topkapi Palace ada satu tempat lagi yang kami visit.  Ape ye nama dia?? Ermmm...tak ingat! Tapi dia lebih kurang macam tugulah...Tugu ke? Tak kisah la ape pun you all panggil tapi I panggil benda ni tugu! Hahahahaha :D


Panjangnyer entry hari ketiga ni..Dah penat sangat ni oullssss..Jalan kaki lagi balik ke hotel, singgah tapau Burger King pulak for dinner.

Actually awal lagi baru pukul 6 petang rasanya tapi ada orang tu nak tengok football match pulak..Euro Cup kan...Tapi takpe, dapat jugak rehatkan badan sebab esok kami nak berjalan lagi..Ngeeeee ;D



Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...