CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, February 9, 2012

~Pengalaman berpantang~

Berpantang??? Eh, awak kan dah lama bersalin bulan 11 tahun lepas..nak masuk tiga bulan dah!!! Ermmm.. ntah kenapa takde mood lah nak share pengalaman awal2 dulu... Sibuk layan baby dan bapak baby!! Hahhh, jangan lah pulak mensongsangkan fikiran ye..Sila fikir yang baik2 sahaja...Ok stop!!!

Kiranya yang macam berpantang betul2 cuma masa kat hospital tu je..Only one week!! Malam tido lena sebab saya tak bawak baby tido dengan saya, lagipun time tu badan lemah, luka belum baik lagi.  Turun naik katil pun seksa.. Jadinya terpaksa menahan diri supaya bersabar.

Bila dah balik rumah berpantang jugak tapi dah mula buat kerja rumah sikit.  Ermm..keluar hospital sampai rumah benda pertama yang saya buat ialah LIPAT BAJU!!!  Time ni Zara tido..bila dia bangun tu nak tukarkan baju dan pampers..Fuhh!! time ni siap berpeluh-peluh kami laki bini !!! Lama jugak baru siap sebab kami buat slowly n softly..Hahaha (^_^) Yelah, baby kan kecik lagi, so fragile!! Bukan cam nurse kat spital tu, tukarkan pampers cam lipat baju gayanya!! Huh!!

Ok, minggu kedua berpantang tak lah buat kerja lasak-lasak sangat takut pulak bila dengar cerita ada yang jahitan terbukak, bernanah..huh!! serammmmmm...Setiap pagi dalam minggu kedua tu basuh baju, sidai baju dan lipat baju..segalanya tentang baju!! Tengahari makan.."Ape yang awak makan ye?"...Jawapan ikhlas; "saya makan nasi putih, sup ayam + sayur...that's all"...Tiada istilah ikan kering bakar cicah air asam sebabnya hubby kata tu makanan yang tak berkhasiat..Orang berpantang kena makan yang berkhasiat untuk mengembalikan tenaga dan mempercepatkan luka pembedahan (ayat skema). Petang tido kejap, cover untuk berjaga malam, paling lama saya tido 1 jam!! Memang dari dulu tak biasa tido siang!! If tak tido baca buku!!

Minggu ketiga berpantang pun masih buat kerja-kerja yang sama jugak!

Minggu keempat dah tak tahan dah kaki tangan gatal nak mengemas rumah!!!

Sepanjang sebulan tu jarang sangat tido lena time malam, berjaga dan berjaga dengan baby..Laki bini berjaga...Bawah mata bengkak, mata merah dah macam zombie.. Mulanya tension jugak tak tido ni, kepala pening kan! Tapi waktu baby berjaga ni tukar-tukar..Kejap siang, kejap malam tapi bila berjaganya tu lama lah almost 8 hours..nak kita pegang dan dodoi..sakit belakang..huhu

Minggu kelima dah sihat kiranya!! Luka bekas operation dah baik tapi yang luar lah..yang kat dalam tak tahu ape cerita..cuma kadang-kadang rasa pedih..Mentang-mentang dah sihat keluar rumah bawak baby pegi taman main snow! Ahakssss

Minggu-minggu seterusnya takde istilah berpatang dah, masa ni jadik suri rumah sepenuh masa! Masak, basuh baju, sidai baju, jaga anak, basuh pinggan, lipat baju..semua kerja rumah saya buat!! Seronok jugak jadi suri rumah sepenuh masa ni kan!! Yang paling best ialah layan baby lah!! Tengok progress dia from time to time..tak lepas!!!


No comments:

Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...