CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, June 30, 2011

~~Weekend yang dinanti~~

Waduh, waduh..x sabar sangat rasanya nak menunggu weekend ni. Bukan nak tido or nak melepak-lepak kat umah or nak bersantai....


Tapi...



Nak mencuba resepi-resepi baru!

Wednesday, June 29, 2011

~~Hitam Putih Kehidupan~~

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan
Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa
Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban
Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan
Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan 

 

~~Happy birthday Farah Arif~~

Amalan tradisi kami (Kerun, Anis, Farah & aku) mesti akan adakan sambutan majlis harijadi untuk meraikan sesama kami.  Tapi bermula dari tahun ni sampailah 3 tahun yang akan datang mungkin tradisi kami ni akan ditangguhkan dulu berubah dek kerana tuan tanah berada di perantauan.  Tapi if Kerun, Anis & Farah nak proceed boleh jerk.  Jangan disebabkan aku tradisi bertukar menjadi hambar! Xmo..xmo..

26hb Jun 2011 maka genaplah Farahdina Mohamad Arif @ lebih dikenali dengan nama manja  Farah Arif @ nama bloggernya Mama Syira berusia 31 tahun..Ucapan ringkas dari kami suami isteri untuk Farah yang dihantar melalui SMS; 

"Farah, happy b'day. 
Ceria-ceria selalu disamping family tersayang dan semoga dirahmati Allah".
gambar birthday girl tahun 2009


~~Cramp~~

Sungguh sakitnyer kaki ni bila cramp!  Nak buat macam mane, it's normal to a pregnant lady..

First time kena cramp masa kandungan usia 3 bulan lebih.  Tengah tido then suddenly je betis sebelah kiri cramp. OMG..so sakit!  Sakitnyer pulak membawa ke pagi sampai ke petang, ke malam, keesokkan hari. Panik punya pasal, terus lawan sampai nangis-nangis. Maka bertambah sakitlah betis tu and bertambah kuatlah menangis.

But now lepas 3, 4 kali kena xmo dah panik-panik.. Petua dia senang je; TARIK NAFAS & RELAX...(buat macam takde apa-apa walaupun dalam hati meronta-ronta nak menjerit bagai).

Tapi tu petua akulah. If kawan-kawan ada petua yang lagi bagus bolehlah share ye..Sharing is caring rite?! (^_^)

Tuesday, June 28, 2011

~~You are my somebody~~



Once in a lifetime, you will find somebody that you cannot stop loving
Everyday they give you some new reason for you to love them more
At times, you want to laugh and cry at the same time
Because you can't believe how lucky you are to find somebody..

I'm that lucky person..


&


You are my somebody!





Hidup umpama roda:

** Kejap di atas, kejap di bawah. 
** Hari ni bernasib baik, esok diduga dengan pelbagai dugaan.

That's the beauty of life.

Wednesday, June 22, 2011

~~Amaran keras!~~

Disebabkan result check up yang tak berapa memuaskan maka Hubby mengambil keputusan dengan memberikan AMARAN KERAS; cancel plan nak jalan-jalan ke Arbat, Lenin Hill weekend ni...

No compromise!!

Monday, June 20, 2011

~~jumpa doktor~~

Kejap lagi kul 11.30 ada appointment with doctor, since my gynae bercuti maka doktor pengganti adalah Dr. Kaznacheeva (ntah betul ntah x eja nama doktor ni, nak sebut pun tergeliat lidah).. 4th appointment ni mmg x sabar sangat nak tunggu coz nak tau dapat baby girl or baby boy...Mana2 pun x kesah je sebenarnya. Cumanya kan senang nak buat persiapan nanti.

Friday, June 17, 2011

~~Misteri helikopter Rusia angkut UFO~~



Hoh????Huh??? Betoi ke berita ni? Kesahihan berita ni x dapat dipastikan ye kawan-kawan since aku pun baca kat sini ha..Tapi katanya ada video tu dalam You Tube.  
 
Since benda yang katanya UFO tu ada kat Rusia ni so agak-agaknyer mungkin aku berpeluang kot nak tengok? 

Agak-agak dalam UFO tu ada alien tak? Mesti la kan..if x siapa pulak yang bawak UFO tu..
Mula la berangan nak jadik agent X-Files nak joint Mulder & Scully.

Anda tak layak sebab anda penakut. 
Pang!!!

Thursday, June 16, 2011

~~bila bakal Daddy berborak dengan Baby~~

Bila perut dah semakin membesar sikit, selalu je usap2 perut tuk belai baby, sambil tunjukkan kasih sayang yang tak terhingga pada baby yang baru berusia 4 bulan lebih...

gambar terbaru - kandungan usia 4 bulan lebih

Hubby pun dah rajin borak dengan baby sambil usap2 perut aku jugak..Banyak la nasihat-nasihat yang Hubby bagi kat baby....Kadang tu bila aku menyampuk nak borak2 jugak dia siap x bagi..dia je sorang nak borak dengan baby sambil cakap "baby kan Daddy yang punya".  Eh, eh, aku terus confuse kejap.  Tapi langsung xde la perasaan marah or merajuk or jeles dengan baby sebab aku tau Hubby sayang pada kami berdua... Dan insyaAllah kelahiran baby nanti bakal menceriakan lagi alam rumahtangga kami.  Amin.

Saturday, June 11, 2011

~~lawatan ke kilang coklat~~



Bertolak dari office pukul 2.45 menuju ke....Kilang coklat or koko (Russian pronounce cocoa cenggini ye "KAKAW" (^_^)  Nama rasmi bagi kilang ni ialah United Confectioners (brand biasa2 je..husband yang kata) yang terletak kat dalam Moscow ni jugak..Jarak l/kurang 30 km dari rumah kami..

Yang pergi hari ni kiranya second group..First group dah pergi dulu last Wednesday.. Second group ni consist of 11 people termasuk (dari kiri) Olga yang comel i.e translator kami, Marina (org kilang coklat), Kak Baiti, Kak Nurul, Kak Ilham, Kak Jamie, Kak Anipah, Sue (xde dalam gambar ialah En. Salman, suami mithali n adik Kak Ilham).


Agenda tuk hari tu dimulakan dengan cerita pasal sejarah "kakaw" dan jugak kilang tu..dan seterusnya melawat ke production area..Untuk pengetahuan umum, kamera adalah tidak dibenarkan in the production area. (Eleh, camlah kita nak tiru cane dia buat cekelat)..

muka dah kenyang makan coklat
Habis tour dalam pukul 5.00 petang, so acara seterusnya adalah pergi ke kedai coklat yang terletak kat entrance..Adalah beli some coklat yang rasa dia agak boleh tahan..coz yang lain tu taste dia out!! x sodap.. Lagipun beli bebanyak Hubby bukan makan sangat..membazir kan x elok.. ;p


  

Agak-agak semua pun dah puas beli coklat, so apa lagi balik la kan... Nampak x kat tangan memasing semua ada hasil tangkapan yang merupakan coklat-coklat belaka, tapi ada jugak souvenir lain mcm bookmark, buku nota kecik, puzzle pun ada tau!!





Monday, June 6, 2011

~~4 bulan~~

>  Kandungan dah cecah 4 bulan....

>  Mabuk-mabuk semakin berkurangan dari sehari ke sehari..alhamdulillah..

>  Selera makan makin bertambah...

>  Semakin suka memasak..galak cuba mencuba resepi baru (sambil dipantau oleh suami terchenta!)

>  Perut semakin menampakkan rupanya.... &

>  Pakaian semakin sempit.

~~Sekian laporan saya!~~

Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...