CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, February 28, 2011

~~ selamat sampai ~~

Alhamdulillah..akhirnyer after a long hour journey from Malaysia to Moscow (lebihkurang 21 jam) aku jejak jugak kaki di bumi Moscow ni...Perjalanan yang panjang memang meletihkan..

Xde idea..Xde idea...Tapi yang penting "SAYA DAH SELAMAT SAMPAI"

Jadiknyer bye bye jelah dulu....

(^___^)

Tuesday, February 22, 2011

~ 1 bulan 22 hari ~

Hari ni Selasa, 22hb Februari 2011, maka:

Genaplah 1 bulan 22 hari aku berulang-alik dari Shah Alam - Putrajaya - Shah Alam...
Genaplah jugak 1 bulan 22 hari aku berkhidmat di JPA Putrajaya....
Genaplah jugak 1 bulan 22 hari aku bangun dari tidur jam 5.30 pagi...
Genaplah jugak 1 bulan 22 hari aku keluar bekerja jam lebihkurang 6.30 pagi setiap hari (dimana rakan-rakan serumah masih diulit mimpi indah)


Dengan genapnyer 1 bulan 22 hari tersebut, maka esok tiada lagi perkara-perkara seperti di atas kerana hari ini merupakan hari terakhir aku berulang alik Shah Alam - Putrajaya - Shah Alam, berkhidmat di JPA Putrajaya, bangun dari tidur jam 5.30 pagi dan keluar bekerja jam 6.30 pagi..

Sekian... (-_-)

Monday, February 21, 2011

~sunday morning @ Pak Li ~

Last sunday jumpa Kak Shima, anak daranya yang bakal menjadi artis "Mimil" and Awin..Awin and Kak Shima is my ex-colleague kat office lama dulu...but we're still in touch..Berbual, bergelak tawa, bergossip (itu mesti), bersarapan, bercerita lagi, gosip lagi, gelak lagi 2, 3 round! Cukup lengkap bila golongan wanita dok bekpes kat kopitiam...muahahaha :D

Baju MNG kita sama lah; saya color hijau..pakai sama jom! ;P


Aksi marah si Mimil sebab x dapat jadi photographer
Thanks to Kak Shima for the present...
Pesanan penaja:  Harap bersabar menunggu posting ye ;D

Thanks to Awin jugak for the present...
Pesanan penaja:  Selamat melayari bahtera rumahtangga :)

~ malam berinai ~

Cerita tentang majlis kahwin x abis lagi, al-maklumlah kan sebok memanjang tambahan pulak kekangan masa yang begitu mencemburui diri ini (^_^) jadinya x sempatlah aku ni nak berbelog menghupdate ape2 yang patut sepanjang persiapan majlis persandingan kami...La ni curi2 masa sikit update apa yg patut..Sesungguhnya mencuri itu haram, tapi curi masa xpe..kekeke :D

Actually aku ni xde le buat majlis malam berinai...tapi setakat buat malam berinai sendiri je..dengan baju tido bagai..hahahaha :P sungguh sempoi kan malam berinai aku...



Cumanya malam berinai tu diserikan lagi dengan majlis berinai dan melukis inai beramai2 dengan akak-akakku yang tersayang dan juga anak sedara yg suka menyibok nak buat jugak apa yg maksu dia buat...x kesah la..tapi malam berinai aku memang sungguh meriah! Siap ada karaoke lagi tu..seronok! seronok! seronok!!! Sambil-sambil tunggu inai kering, kami adik beradik and semua anak sedara pun lepak-lepak merehatkan badan kat beranda sambil mendengar karaoke...


Dan majlis lepak-lepas itu diserikan lagi dengan sebuah lagu dangdut dendangan akak ipar aku khas untuk kami sekeluarga..memang sporting la kak iparku yg bertugas sebagai nurse ituew (^_^)



Majlis malam berinai dan karaoke abis lebihkurang jam 12 malam...mata dah kelat2 ngantuk, esok pagi nak bangun awal untuk majlis bersanding pulak..huhu :D

~ tengok wayang di Batu Pahat ~

Ape yerk last movie yang aku tengok kat wayang?? ermmmmmmmmmm...errmmmmm.. Macam x dapat nak recall je.. Adakah Harry Potter? Or adakah ada lagi cerita lepas Harry Potter tu?? Ntah..seriously aku x hengat!!!

Nak dijadikan citer lah kan, since dah lama x tengok wayang.. So time bercuti di rumah mak mertua aritu aku pun ajaklah En. Hubby g tengok wayang...Ayat kesian aku pada En. Hubby  "Abang, ayangkan dah lama sangat x tengok wayang semenjak busy ni..Boleh x before fly to Moscow kita tengok wayang dulu?" Jadi untuk merealisasikan impian tengok wayang aku ni, makanya En. Hubby pun ajaklah tengok wayang  kat Pacific Mall Batu Pahat (selepas aku membuat kerja dengan rajinnya; tolong mak mertua masak, tolong kemas baju, lipat baju bagai)...

Movie pilihan kami adalah yang x berat sangat, sedikit romantik dan ada unsur-unsur komedi..

"NO STRINGS ATTACHED":  Natalie Portman & Ashton Kutcher

Terima kasih kepada En. Hubby yang sudi membawa aku menengok wayang!!! TQ so much abg.. muahhhhh!!
muka hepi dpt tengok wayang!

Friday, February 18, 2011

~majlis persandingan - siri 1 ~

Dek kerana masa senggang di tengahari Jumaat yang mulia ni, aku pun dengan bangganya melapangkan fikiran sambil mengetuk-ngetuk keyboard ni nak bercerita tentang majlis persandingan yang dah berlangsung lebih kurang 3 minggu lepas...kiranya masih fresh lagi lah kan!

Tema majlis perkahwinan adalah biru turquoise dan yang penting "simple"...jadinya untuk menyelaraskan penataan warna dan ke"simple"an tersebut, pelamin aku nak color yg contra so that xde lah sama sebijik cam color baju aku nanti..atau nanti org susah nak bezakan aku dengan pelamin dah color kita org sama je..turquoise and turquoise..oh noooo!!!...so untuk menaikkan seri pengantin pelamin aku decide latar belakang pelamin color putih cam ni ha..


Bilik pun sama jugak..agar color x caca marba dan lari dari tema sangat jadinya aku pilih color2 yang selamat je, again yang penting simple and sedap mata memandang...x terlalu crowded sampai buat aku rimas!


Hiasan meja makan berdamai pun simple jugak macamana yang aku request kat mak andam...Actually memang dari mula lagi aku cakap kat dia "kak, saya nak majlis saya nanti simple2 je ye.." Jadinyer ini hasil kesimpelan hiasan tersebut dan yang penting x lari dari tema...


Bila masuk bab hantaran, kali ni aku tempah je.. Malas nak buat dah..x sempat coz banyak lagi benda yang aku kena buat...Ikutkan hati memang nak buat sendiri..nak jugak lah ada personal touch kan tapinya dek kerana busy maka x dapatlah nak nolong...Barang hantaran ni aku tempah kat Air Hitam je..pun aku request kat dia yang simple je.. Anggaran untuk 6 dulang hantaran dan 2 bakul adalah sekitar RM120 je... Aku datang sekadar bawak diri, barang yang aku dah beli n duit je..Senang!!!


Sekian untuk kali ini...jumpa lagi di lain entry (^______^)

~ petikan akhbar hari ini ~

Pagi-pagi tengok Metro Online mata terus je tertumpu pada berita utama yang begitu menggusarkan dan menggelisahkan, mengharukan dan menyeramkan juga menyedihkan...

Ha, yang ni kes penderaan kanak2...aduh!! bila mak ayah hantar ke rumah pengasuh anak sihat walafiat, tapi bila ambik bawak balik..mula lah kisah ngeri untuk keluarga ni...di mana doktor mengesahkan anak kecil ni mengalami pendarahan otak yang serius, pendarahan di kedua-dua mata dan patah kaki dipercayai di dera oleh pengasuh tersebut...Kesian adik Sheena... Semoga adik Sheena cepat sembuh dan mendapat keadilan yang secukupnya...

Bab sepak menyepak ni memang aku x suka betul..Lagi pulak bila si suami menyepak isteri dengan selambanya!!! Heiiiiii, lupa ke takliq yg awak baca masa nikah dulu tuh???? (Geram ni...sunggguh aku geram!!!!) Suka suki je nak menyepak terajang anak orang..walaupun dia isteri awak tapi bukan macam tu layanan yang sepatutnya isteri terima...Dahnyer isteri malang ni yang masa tu mengandung 3 bulan keguguran...Si suami pulak dengan selambanya terus je tinggalkan bini dia yang tengah sakit tu gi keje kat pelantar minyak!!! Dah la sepak terajang sampai isteri gugur boleh pulak g keje...Konon2 nak menjalankan tanggungjawab mencari rezeki la tu, tapi padahal tanggungjawab pada isteri, anak2 dan keluarga "zero"! Xde timbang rasa langsung..Kejam!!!!!

**********************

2 petikan akhbar ni memang sungguh membuat aku bimbang...Walaupun masih belum mengandung dan mempunyai anak tapi cerita ni patut dijadikan ikhtibar dan pedoman untuk aku tempuh hari-hari mendatang nanti...Dan sesungguhnya jauhkan diriku ini dari hal-hal dan bala sedemikian...Amin

p/s:  rasa mcm nak berhenti kerja je bila dah ada anak nanti..

Wednesday, February 16, 2011

~tempat menarik di moscow ~

Saya belum lagi sampai di Moscow tapi adalah penting untuk saya mengetahui tempat2 menarik di sekitar Moscow.  Tujuannya adalah:

*  untuk menghindarkan debaran di dada
*  supaya saya lebih seronok tinggal di sana selama 3 tahun
*  latihan awal sebelum menjadi tourist guide kpd family n kawan2
*  dan yg terutama sekali; untuk memudahkan saya berjalan-jalan melawat kawasan nanti ;P

Sebenarnya kan, memang perlu untuk kita buat research pasal tempat2 yang kita nak pergi ni x kira kat mana2 pun..(tapi bila nak berhijrah ke Shah Alam tahun 1998 dulu, xde la aku buat research pun coz time tu internet x meluas cam sekarang ni..jadinyer tawakal itu perlu..huhu ).. Especially macam saya ni ha, majority orang yang saya jumpa semua akan kata "ish, Moscow tu tak best, bekas negara komunis".. "hati2 kat sana tu, tempat orang"... "orang Moscow tu x suka dengan orang luar".. Demikian lah ayat2 skema yang selalu saya dengar which make me headache... Tapi terima kasih jugaklah sebab ayat2 skema itu membuatkan saya begitu rajin untuk menggooglekan diri mencari info tersebut :D

Jadinyer untuk menggembirakan hati saya yang mula-mula agak lara bila dapat berita akan ke Moscow ni, saya pun cecepat dan sepantas kilatnyer terus je google tempat2 menarik yang terdapat di Moscow ni ha macam The Kremlin, Red Square, St Basil Cathedral, Poklonnaja Mountain, Mausoleum any many more.. dan dengarnyer shopping complex pun best2 gak...hohoho (^_^) Dengan harapan konon2nyer info ni dapatlah menyejukkan dan menpositifkan hati saya yang sedikit ketakutan, cit!.. Walau apepun sekarang ni saya redha je dan suka pulak, sekurang2nya ini adalah cabaran baru untuk diri saya..

p/s:  Saya bekerja mencari rezeki yang diredhai Tuhan...

~ 14 Februari 2011 ~

14 Februari 2011....

Ok, jangan salah faham ye...ini bukan bermaksud Valentine's Day... tapi ianya adalah bermaksud:

"Saya telah genap sebulan bergelar isteri"


Mungkin jugak ada yang beranggapan "eleh, tu pun nak bagitau" atau mungkin jugak ada yang kerut-kerut dahi kata "eh, bukan ke dia tu baru je bersanding 5 feb ari tu..apehal dah sebulan"...Ha, ni mesti x baca entry yang dulu ni.. Diulangi-diulangi:  saya nikah awal ye..huhu

Ekhem..ekhem..Tujuan mewar-warkan bukan nak hover tau tapi cumanya saje jer.. Yelah diam tak diam ghope2nyer dah sebulan dah kan...tapi kenyataannya saya kadang tu masih lagi tersyasyul memanggil En. Hubby (terutamanya bila borak dengan kawan2)...kadang tu terkeluar "boyfriend" and kadang tu pulak "cousin"...huhu

Apepun, saya ingin mengucapkan tahniah kepada diri saya sendiri dan selamat ulangtahun yang ke-sebulan!

p/s:  Perbualan biasa kami suami isteri mesti ada je terselit soalan-soalan "kita dah kawin kan?" atau "x sangka kita dah kawin kan" atau "ye ke kita dah kawin ni?"...

Friday, February 11, 2011

~ proses membuat visa ~

Semalam pagi aku dan hubby meredah NKVE yang dah tak jam (memang dah x jam coz org semua dah masuk keje, aku  je yg terlambat bangun..huhu) terus menuju ke Pejabat Kedutaan Rusia atau nama Inggerisnya Russian Embassy..

Russian Embassy ni terletak kat Jalan Ampang..area ni memang tempat berkumpulnya semua embassy-embassy yang ada kat Malaysia ni...dekat-dekat je tempat dia..satu jalan, senang nak carik...Berdekatan dengan Menara Perkeso...

Mula-mula je sampai agak seram..mana taknya bangunan dia sungguh tertutup..very tak welcome orang je gamaknya..Tapi aku masuk gak..as usual kena register dulu then dia siap scan badan kita...Bila turn my hubby dan2 je alat sensor tu bunyik, aku panik gak, tapi bila kuarkan ghopenyer handphone je pun...ahakakakk (^_^)

Bila masuk dalam pejabat Konsulat dia tu, cuma ada one Indian lady yg sungguh friendly melayan kami iaitu Ms Cindy...borak2 dulu bagi kenal2 n bila aku kata we're just married, terus je dia mainkan musical box as she don't have any gift to give to us (St Basil, Moscow - maybe souvenir tu dia beli time pegi Moscow dulu kot..dia citer dah 4 kali dah dia g Moscow..dulu murah je but now dia kata expensive..x gi dah!)..Sebenarnya kan, mula2 tu aku ingat dia nak bagi aku benda tu..tapi ghopenyer dia mainkan je lagu...tapi nice jugak kan? Tq so much Cindy.. :D

Ok, jom sambung citer pasal proses membuat visa ni...Selama ni aku dengar yang urusan membuat visa di Russian Embassy ni susah bangat..and macam2 yang dia nak..tapi mungkin semalam nasib aku n hubby baik kot coz the procedure is very easy as compared to South Korea punya procedure (Kak Fiza yg nak g Seoul tu x boleh proses borang sebab banyak benda yg dia nak..masa org col tanya, kata cuma gambar n passport n borang je..bila nak submit borang dan2 la nak flight tiket lah, perbelanjaan kat sana lah..hishhhh, ngade tul tau!)..According to Russian Officer, Mr. Anton (handsome tau! ouchhh...laki kat sebelah sedar sikit oiiii) visa kami akan diproses dan siap dlm masa seminggu je that means on the 18/2/2011... Actually kalau ikutkan normal procedure, visa approval to enter Russia will take 1 months or maybe more...Tapi disebab aku dibekalkan dengan "nota diplomatik" tu yang dia kata boleh  proses cepat kot! Tapi xtau lah betul ke tak sebab kan tu janji mulut je..well, just wait n see ya!

If betul visa siap macam tarikh yang dijanjikan tu makanya penerbangan aku dan hubby ke Moscow confirmlah 26/2/2011...ermmm...ada lebih kurang dua minggu lagi kami di Malaysia..

p/s:  Di waktu-waktu macam ni 2 minggu tu mcm 2 hari je..uhukkk :(

~ majlis berzanzi, marhaban dan potong jambul ~

Majlis persandingan pagi tu dimulakan dengan majlis berzanzi, marhaban dan potong jambul...Tapi baby hensem yang dipotong jambul tu dah besar sikit dalam 6 bulan umuq dia (akceli dah buat dah kat umah mak mertua abg aku, tapi mak buat jugak kat umah kami bagi memeriahkan lagi majlis pagi tu)...tapi kiranya dia lah yg terpaling baby dalam keluarga kami...hehehe :D

Baby hensem yang dimaksudkan tersebut ialah En. Mohd Ilham bin Mohd. Fauzi iaitu baby sulung abang aku....cayang Ilham!!!! muahhhhh!!! Jom layan gambar lagi..

Mohd Ilham..baby yg akan ditokakkan rambut dia..huhu




Kumpulan marhaban...

Bersedia dengan peralatan tersebut; gunting, air mawar, beras kuning, kelapa





p/s:  Walaupun rambut En. Ilham dah ditokakkan, tetapi beliau cool je, x nangis pun dan yang penting masih hensem lagik..hahaha (*_*)

~ majlis pernikahan ~

Ok, before kita teruskan dengan cerita majlis persandingan yang berlangsung 5.2.2011 aritu, apa kata kita mulakan dengan cerita sekitar majlis pernikahan yang dah berlangsung lebihkurang 2 minggu sebelum majlis persandingan tu..

Kalau ikutkan perancangan awal, aku patutnya nikah on the 4th Feb. 2011 tapi rasanya kat entry yang dulu aku ada cerita sikit sebab musababnya kenapa kena nikah awal..so anyone yg missed that entry just click "saya dah nikah"  so xyah la aku cerita lagi kenapa ye ;P

Since last entry pun dah bercerita, so entry kali ni layan gambar jelah yerk...Jadi dengan ini dipersembahkan gambar-gambar disekitar majlis pernikahan 14.01.2011..

Lepas ni semua dah xleh tido dengan maksu lagi tau ;D

Tekun mendengar "khutbah" dari jurunikah

Saat2 yang mendebarkan..

Alhamdulillah..amin

Suami membacakan takliq..

Berjanji..

Isteri membacakan takliq..

Kakak ipar membacakan on behalf of mak tersayang..

Tak tertahan air mata bila mak menyerahkan anaknya untuk dijaga oleh suami..

Masih menangis sambil berjanji kepada mak untuk menjadi isteri mithali..
Dan akhirnya senyuman gembira yg mampu diberikan untuk semua keluarga dan teman2 tersayang...

p/s:  Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang mendoakan kebahagiaan rumahtangga kami...doa kalian mengiringi kami di mana jua kami berada...InsyaAllah..
   

Thursday, February 10, 2011

~ sungguh aku GERAM ~

Perkataan GERAM di atas memang sengaja aku buat huruf besaq sebab sesungguhnya aku memang tengah GERAM sebab computer ni dah meneutralkan semua folder gambar aku dlm external hard disk ku ini...abis semua ilang gambaq aku!!!suka suki ati ko je ilangkan gambaq aku yg cun melecun ituewwww!!!  Abis terbantut terus mood aku nak menghupdate citer sekitar majlis persandingan minggu lepas!!


KUANG AJAKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!

GERAMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM!!!!!

Wednesday, February 9, 2011

~ "1:3" ~

Apa kaitan tajuk "1:3" kat atas ni? Ha, ni yang dok nak habaq mai ni...hari ni sungguh letih kerana seharian menguruskan dokumen perjalanan di tiga tempat berasingan..kan jadik 1 nisbah 3 tu...kekekke :D

Agak2 dapat ke fly sabtu ni? Macam ala2 tak dapat jek..if delay sikit pun ok gak, so bolehlah buat persiapan sikit je lagi...Tapi apepun fly bila2 pun sama je..preparation masih perlu buat gak..cumanya final preparation tu yg penting..malas lah nanti kang ada pulak barang tertinggal, terlupa..Dah satu hal pulak..xkan la nak balik dengan penerbangan yg berbelas jam dan beribu riban tu semata-mata nak amek barang cam belacan, ikan bilis, tempoyak yang tertinggal tu..huhu

Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...