Thursday, August 16, 2012
Wednesday, August 15, 2012
~Victoria's Secret; apa yang paling saya suka?~
Setiap kali membeli walaupun kita yang mengeluarkan duit tapi bila dah lepas bayar rasa macam dapat hadiah dan begitu dihargai. Siapa yang tak suka ye tak?
Orang kata biar kalah membeli..Eceh!
Tapi apa yang saya beli tu murah jerk..Yang pasti bila dah bayar, "eh, aku ni dapat hadiah ke?"..Yeehhaaaaa
Bukan konsep buy 1 free 1 tau!
Ni konsep dia lain sikit. Macam ni: "bila kita beli barang, dia akan masukkan dalam paper beg VS la kan..mesti ada yang kata ala normal la tu. Tapi yang ni dia siap balut, not really balut la tapi dia akan letakkan 2 keping kertas (2 color) dan letakkan dalam paper bag tu. Then, dia siap semburkan minyak wangi yang sungguh wangi pada paper bag kita tu"... Best kan??
Mungkin orang kata ala biasa je (again) sebab tak mengalami tapi bagi saya macam sungguh "WAHHHHHH" cenggitu..Jakun?? Mungkin kot!!
Tapi bila fikir balik, konsep dia tu sungguh bagus dan so far saya belum jumpa lagi kat mana-mana kedai.
Cumanya kalau dipraktikkan di kedai biasa mungkin akan menambahkan kos kot..Kos paper bag, kos kertas 2 keping dan juga minyak wangi!!!
Disebabkan saya suka konsep Victoria's Secret tu, next time nak masuk lagi kedai tu...Sebab suka dan nak beli lagilah supaya rasa dihargai dan sungguh tak terasa duit ku melayang-layang di bawa angin..Hahahaaaa
p/s: Ataupun mungkin certain customer je kot yang dia orang treat macam tu kot? Ntah...
Tuesday, August 14, 2012
~Rumah mak dilanda ribut taufan~
Kejadian berlaku pada hari Ahad, 12hb Ogos 2012 antara jam 3 hingga 4 petang.
Sayu betul hati bila tengok rumah yang menjadi tempat teduh kami sekeluarga selama bertahun-tahun dilanda ribut yang menggila.
Mengikut kata abang saya, lebih kurang 47 keping bumbung rumah kami diterbangkan ribut. Allahuakbar!!!
Mengikut kata akak saya pula, habis basah rumah kami dek kerana hujan. Sofa basah, tilam basah, karpet basah. Aduhai..Lagi sekali sayu hati ni..
Tambahan pula Aidilfitri bakal kunjung tiba tak sampai pun seminggu lagi.
Banyak persiapan yang perlu dibuat; persiapan Aidilfitri dan juga persiapan untuk repair bahagian yang rosak dek ribut.
Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan oleh Sihar Harian. Dan yang pastinya mak saya dan semua yang berada di dalam rumah selamat. Itu yang paling penting.
Alhamdulillah juga, mengikut perkhabaran semua kerosakan adalah dibawah tanggungjawab pihak Felda.
Saya diperantauan hanya mampu mendoakan kesejahteraan semua penduduk kampung terutama keluarga saya dan semoga Aidilfitri yang bakal kunjung tiba disambut meriah oleh semua.
Thursday, August 9, 2012
~Tudung mahal vs tudung murah~
Saya tak bertudung dan insyaAllah akan bertudung tak lama lagi..Amin!!
Memandangkan saya jauh di negara orang, jadinya saya hanya mengikuti fesyen-fesyen bertudung dari internet (semua ada, cepat dan pantas).
Cantik-cantik belaka kan tudung sekarang ni. Macam-macam fesyen, jenis kain, color, corak.
Ada tudung bawal, tudung Ariani, tudung Fareeda, tudung Yuna, Siti Nurhaliza...arghhhh, macam-macam lagi lah.
Fesyen nya pulak macam-macam, ada yang lilit, yang nampak telinga, yang pendek, yang panjang.. Banyak!!
I berkenan kat tudung Fareeda, cantik dan very up to date..Baru je tadi tau yang harganya boleh mencecah sehingga RM200 untuk 1 piece tudung.
Eh?? Kenapa mahal sangat ni?? Tak faham..tak faham..
Tapi ada juga yang sanggup berhabis untuk sehelai tudung yang sebegitu mahal kan. Dan siap jadikan koleksi lagi. Ohhh, banyaknya duit dia!!
Ala duit sendiri-sendiri apa nak kecoh!
Kalau saya diberi pilihan, MUNGKIN saya akan memilih tudung yang harganya biasa-biasa saja tapi yang penting menutup aurat. Duit lebihnya boleh beli makanan untuk keluarga.
Sebab saya cuma orang biasa je. Gaji pun ciput!! Haruslah ku ukur baju di badan sendiri kan..
(^_^)
~Facebook~
Ada friend request on my Facebook...bila telek betul-betul rupaanya request dari seorang baby or bayi, and she's not even 1 year old..
Advance kan?? Tak tahu lah siapa yang advance, si baby comel atau makbapaknya..
Zara?
Nak ada Facebook??
Oh please. TIDAK sesuai untuk dia.
A BIG NO!!!
Cukuplah I tempek and update pictures dia dalam Facebook I.
**Laptop and Ipad pun I tak bagi dia pegang. Oh yelah, anak sipolan-sipolan kecik-kecik dah pandai main Ipad. Biarlah Zara tak pandai main coz I want her to enjoy childhood life, tak nak dia stuck dengan those things. But sometimes I bukak jugak Ipad for her tapi untuk nyanyi-nyanyi lah!!
p/s: I suka cara kawan I Hani didik anak dia Puteri Marissa Balqis (^_^)
Wednesday, August 8, 2012
~Sagu gula melaka~
Memang sesuai sangat bulan puasa ni berbuka dengan kuih manis dan sejuk kan. Tambah pulak diwaktu panas ni, pekena something yang sejuk memang nyaman sangat!
Oh before that, harap maklum ni bukan blog masakan ye. Adapun resepi-resepi yang diletakkan di sini adalah untuk tatapan dan reference si tuan tanah saja..Since I tak pandai sangat masak memasak ni haruslah segala resepi yang dicuba dan yang paling penting menjadi diletakkan untuk rujukan di masa akan datang. Tak kalut nak mencari betul tak?
Daddy always told me "boleh tak bila buat sekali tu terus je ingat dalam kepala, tak payah nak tengok2 resepi lagi"...
"Daddy, kuih-muih ni sensitif, kalau lari sikit timbangan dan bahan-bahannya nanti tak jadik kan rugi, sebab tong sampah yang makan".. (eh, menjawab)..Ngeeeee
Sagu gula melaka ni resepi paling simple dan paling senang, tak payah nak tepek resepi kan sini pun takpe sebenarnya. Ermmm, tapi apa salahnya letak jugak kan..hahahahah
Bahan-bahan:
- sagu secukupnya
- air
- fresh milk
- air gula melaka / gula merah
2. Basuh sagu yang dah dimasak tadi untuk membuang kanji
3. Toskan seketika dan masukkan ke dalam acuan atau bekas atau cawan
4. Curahkan air gula melaka dan kemudian fresh milk ke dalam bekas atau cawan tadi
5. Sejukkan dalam fridge dan sedia untuk dimakan
![]() |
| *gambar ihsan Cik Google* |
Disebabkan kesedapan yang amat sangat, sampai kelupaan nak ambik gambar. Terima kasih Cik Google! Oh, lupa pulak nak bagitau, actually ikut resepi asal guna santan kelapa lagi lemak rasa dia tapi apa salahnya ditukarkan kepada fresh milk yang lebih berkhasiat. Ikut citarasa masing-masing lah ye.
Subscribe to:
Posts (Atom)








