CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, July 16, 2012

~Istanbul: Day 3 (Blue Mosque, Ayasofya & Topkapi Palace)~


Hari ketiga di Istanbul merupakan hari lawatan ke tempat-tempat bersejarah.  Seawal 8.30 pagi kami dah keluar dari hotel menuju ke Sultanahmet *ketiga-tiga tempat di berada berdekatan antara satu sama lain; di dalam kawasan Sultanahmet*

Tempat pertama yang kami lawati ialah Blue Mosque atau Masjid Biru.


Blue Mosque dikenali dengan nama tersebut kerana jubinnya yang berwarna biru, menghiasi dinding di dalam masjid tersebut.  Ia di bina seawal tahun 1606 dan 1616.  Walaupun sudah 406 tahun berlalu tapi binaan masjid ini masih kukuh lagi dan hiasan di dalamnya masih dijaga rapi walaupun colornya agak sedikit pudar. 

Jom layankan gambar kami di Blue Mosque..

  

  

  


Ramai jugak pelancong Arab, Omputeh, Jepun, Korea, China, India kat sini.  Semuanya dengan satu tujuan nak tengok keindahan dan mengagumi pembinaan Masjid Biru ni.

Kami teruskan lawatan kami ke Ayasofya atau dipanggil jugak dengan nama Hagia Sofia.  Sejarah Hagia Sofia ni pada asalnya ia dibina sebagai Gereja Besar Kristian Ortodoks oleh Maharaja Byzantine Justinian dan beroperasi sebagai gereja selama lebih kurang 1000 tahun.  Tetapi ianya telah diubahsuai menjadi masjid yang agung oleh Kerajaan Turki Uthmaniyyah di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453.  Kemudiannya pada tahun 1936, ianya telah ditukar menjadi sebuah muzium oleh Kerajaan Republik Turki untuk dilawati oleh pelancong-pelancong asing.



  
  
  
  
  




  

Ohhhh, penatnya. Perut pun dah lapar. Cari makanan yang cepat dan pantas.  McDonald la jawapannya! Sebab kena cover satu lagi tempat.

Honestly cover dua tempat ni je kaki kami macam nak patah dah! Kami berjalan je dari pagi since keluar dari hotel masuk ke Blue Mosque, jalan lagi ke Hagia Sofia dan patah balik ke McDonald dan patah balik ke Topkapi Palace.  Uuuuuuuuuu...tak tahu la berapa kilometer dah berjalan hari ni. Tambah pulak dengan kena dokong budak kecik comel yang pakai topi pink tu!!! *Luv u darling*


Topkapi Palace ialah sebuah istana yang terletak di Istanbul dengan dikelilingi oleh dinding sepanjang 5km dengan keluasan 700,000 m2.  Tambah mencantikkan lagi istana ini adalah kerana ia terletak di atas bukit dan mengadap ke laut.  Ia menjadi kediaman rasmi dan utama bagi Sultan Uthmaniyyah selama 400 tahun dari tahun 1465 hingga tahun 1856.  Pada tahun 1924, istana ini telah ditukarkan menjadi sebuah muzium diatas arahan Presiden pertama Turki iaitu Mustafa Kemal Ataturk. 


Disebabkan kaki yang nak patah jadinya kami tak masuk pun dalam Istana Topkapi ni sebab kami percaya rekabentuknya lebih kurang sama je.  So kami ambil keputusan untuk melepaskan lelah dengan berehat dan bersantai di taman istana yang indah *chewahhhh*


   
  
  

  
  


Eh, sorry (",) ... Lepas Topkapi Palace ada satu tempat lagi yang kami visit.  Ape ye nama dia?? Ermmm...tak ingat! Tapi dia lebih kurang macam tugulah...Tugu ke? Tak kisah la ape pun you all panggil tapi I panggil benda ni tugu! Hahahahaha :D


Panjangnyer entry hari ketiga ni..Dah penat sangat ni oullssss..Jalan kaki lagi balik ke hotel, singgah tapau Burger King pulak for dinner.

Actually awal lagi baru pukul 6 petang rasanya tapi ada orang tu nak tengok football match pulak..Euro Cup kan...Tapi takpe, dapat jugak rehatkan badan sebab esok kami nak berjalan lagi..Ngeeeee ;D



~Istanbul: Day 2 (Seharian di Grand Bazaar @ Kapali Carsi)~


Eh. lama pulak tertangguh cerita Istanbul ni ye..Dah ada dalam draft cuma nak edit mana yang patut. Tang nak edit tu yang takde masa dan idea tu. Sorry ("_")

Sebelum terlupa better inform pasal hotel kami dulu, nama dia Hotel Inter.  Bukanlah hotel mewah tapi tapi hotel biasa je.  Memang dekat area-area yang kami tinggal ni takde hotel mewah yang 5 star semua.  Yang tu jauh ke sebelah sana. Area sini hotel budget je dan bayaran untuk semalam pun lebih kurang sama je.  Hotel Inter satu malam Euro72 (pay by cash) tapi kalau bayar pakai card credit harga dia up sikit jadik Euro80.  Since kami stay kat hotel ni 4 malam jadi dapatlah free airport transfer. Kalau nak dapatkan information pasal hotel ni boleh la klik kat sini.



Jom sambung cerita hari kedua.

Seawal pagi pukul 6 Mummy dah bangun tapi masih golek-golek atas katil sambil peluk cium si kecik, borak-borak dengan dia walaupun dia tak faham apa Mummy kata. Pukul 6 dah cerah dah.  Kat Istanbul waktu Subuh dalam pukul 4.30 pagi.

Lepas kami semua dah bersiap harus la turun breakfast dulu.  Takde nasi lemak, mee goreng ke ape ke ye.  Makanan yang dihidangkan hanyalah roti, scramble egg, sosej, salad, buah, cereal.  Ermmm...lebih pada breakfast style barat la cenggitu.  Istanbul ni lebih kebaratan sikit. Tapi yang penting ialah kami kenyang!

Hari kedua agenda kami adalah Grand Bazaar atau dalam bahasa Turki dipanggil Kapali Carsi. Bangunan ni telah mula beroperasi sebagai tempat perniagaan semenjak tahun 1461 lagi.  Boleh dikatakan Grand Bazaar ni ialah salah satu market yang terbesar di dunia dengan 5000 kedai terdapat di dalamnya.  Oh, larat ke nak cover semua.

Memang nampak kecik je tapi boleh sesat oullss :D
Semua kedai pun menjual barang yang lebih sama je.  Carpet, seramik, shawl, kasut, beg, barangan kemas, antik, beg kulit, baju kulit dan macam-macam lagi.  Yang penting sebagai pelancong kita kenalah pandai bargain ye.  Tawarlah sampai 70% dari harga asal.  Crazy?? No!!! Sebab memang dia akan letak harga sesuka hati je.  Kalau nak murah, jangan la malu-malu tawa menawar ye.  Kalau agak malu, bayarlah dengan harga yang mahal.  Takde siapa yang marah *wink*wink*


Seharian di Grand Bazaar sungguh penat rasanya.  Tak banyak jugak lah benda yang kami beli. Beli sikit-sikit je untuk kenangan kami di masa akan datang...









 Penat seharian di Grand Bazaar.  Nanti sambung lagi ye  :D


~8 bulan~


Time flies so fast! Diam tak diam dah 8 bulan anak dara I.


Perkembangan 8 bulan;

* dah merangkak. laju ke ke sana ke sini.
* suka panjat-panjat
* suka je tonggeng-tonggeng montot dia yang comel tu..hahaha
* suka kena gomol, cium cam biasa :D
* makin berat, Mummy tak larat nak dokong lama-lama dah..kekeke

Yang penting sekali, baby Mummy sihat, bertambah cerdik, dengar cakap Mummy & Daddy.

Zara, Mummy & Daddy love u so much darling!!!! Muahhhhhhhhhhh


(Nota ringkas; Perkembangan setiap bayi adalah berbeza)


Friday, July 13, 2012

~Baru lepas nangis~



Ya, saya baru lepas nangis!! Masih ada sedu-sedu sikit, air hingus pun masih ada lagi ni. Mata sedikit bengkak.

Just now Kak Khaty called (dia tolong jagakan Zara) saying that Zara menangis sampai merajuk-rajuk.  Dia baru je cerita macam tu tapi Mummy dah meleleh airmata dah. Nasib baik tak obvious sangat suara menangis sebab Mummy demam.  Kalau tak malu jerk!

Oh, kesian sayang Mummy.  Dia tak biasa tinggal dengan orang lain kecuali Mummy & Daddy.  I know how  if she's crying.  Kalau nangis merajuk selalu Mummy pun ikut nangis jugak coz tak sampai hati tengok dia menangis cenggitu *Mummy memang terlebih emosi*

Lepas letak telefon Mummy sambung nangis lagi sampai 1/2 jam....padahal Zara dah tertido dah... (^_^)

Then chatting pulak dengan Kak Fizah Seoul..dia kata normal la tu..naluri keibuan memang macam tu.  Dia pun nangis jugak even berpisah dengan anak untuk beberapa jam je, padahal anak kat rumah orang tua dia.  Hehehe :D  First day anak masuk sekolah pun Kak Fizah kata she's crying...

Rupanya benda-benda macam tu normal, I thought I yang terlebih emosi...

Oh, ibu-ibu memang sensitif kannnn..


Wednesday, July 11, 2012

~Kami kerinduan~


First time sejak kahwin dan dah ada anak kami berpisah.

Baru 1 hari tapi dah kerinduan yang amat sangat.

Macamana la kami nak menempuhi 10 hari tanpa Daddy?


Monday, July 9, 2012

~Demam~


Agaknyer musim demam kot sekarang ni kat Moscow.

Kejap orang tu demam, kejap orang ni demam.

And now it's my turn to demam pulak. Nampaknyer Mummy yang membawak virus demam ke dalam rumah  coz Daddy pun almost demam jugak.  Oh no!!! Daddy demam takpe (tapi mintak dijauhkan)  but please janganlah our Zara yang demam.  Nanti Mummylah orang yang paling sedih, takut, risau.  So far dia belum pernah demam lagi.  Alhamdulillah.


Walaupun demam tapi tak sekali-sekali Mummy tak hiraukan Zara...Takut jugak nak cium-cium, gomol-gomol takut berjangkit pulak. Tapi mana boleh tahan, Mummy cium gak budak kecik ni sebab dia comel sangat.

Zara ketawa, nangis, senyum, merengek tu semua penawar buat Mummy! Terus je Mummy sihat tau, xyah makan ubat. Eh? Eh? Eh?????


Wednesday, July 4, 2012

~Malam Nisfu Syaaban~


Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Alhamdulilah.

Berjumpa lagi dengan malam Nisfu Syaaban.

Jom sama-sama kita baca Yasin lepas Maghrib, baca 3 kali;

i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman


** Malam ni Maghrib pukul 10.15 malam.  Semoga mata ni tak mengantuk harapnya dan semoga niat murni dimakbulkan Allah, dijauhkan syaitan-syaitan yang laknat itu dari terus mendekati saya dan bertenggek beramai-ramai di mata saya bagi menggagalkan niat murni itu.  Amin Ya Rabbal Alamin...




Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...