CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label info berguna. Show all posts
Showing posts with label info berguna. Show all posts

Friday, January 10, 2014

~CARA RASULULLAH S.A.W. BERBICARA~


Rasulullah S.A.W merupakan contoh teladan sepanjang zaman. Keperibadian Baginda sangat dikagumi oleh semua orang termasuk para sahabat dan orang kafir. Antara aspek peribadi baginda yang dikagumi ialah cara Baginda berbicara atau bertutur. Perkara ini turut diakui oleh Saidatina Aishah R.A. seperti berikut:
“Rasulullah tidak pernah bercakap dengan laju seperti kamu semua. Baginda selalu bercakap dengan jelas dan terperinci sehingga orang yang mendengar dapat menghafal apa yang mereka dengar.”
(Direkodkan oleh Tirmizi dan Abu Dawud)

Anas bin Malik R.A. turut bercerita:
Rasulullah mengulangi percakapan baginda sehingga tiga kali supaya difahami (oleh mereka yang mendengar).
(Direkodkan oleh Tirmizi dan Bukhari)

Hasan bin Ali R.A. bercerita:
Beritahulah kepadaku bagaimanakah cara Rasulullah berbicara? Hindun bin Abi Halah menjawab: “Rasulullah adalah seorang yang selalu bersedih (semasa mengadu kepada Tuhan-Nya dan menyaksikan kebesaran-Nya, bukan kerana keduniaan). Baginda tidak pernah berhenti berfikir, lebih banyak diam, tidak berbicara hal yang sia-sia. Baginda memulakan dan mengakhiri bicara dengan menyebut nama Allah. Baginda berbicara dengan ringkas namun penuh makna. Kata-kata Baginda terperinci, tidak berlebihan dan tidak dikurangkan.

Baginda bukan seorang yang keras (kasar) dan tidak suka menghina. Baginda selalu mensyukuri nikmat Allah walaupun sedikit dan tidak pernah sekali pun mencela kurniaan yang diberikan. Baginda tidak pernah mengeji atau memuji makanan.

Baginda tidak pernah marah disebabkan urusan duniawi. Namun, jika kebenaran dilanggar, tidak ada satu pun yang dapat menghalang kemarahan baginda sehinggalah kebenaran itu ditegakkan semula. Baginda tidak pernah marah dan tidak akan meminta pembelaan berkaitan urusan peribadi.

Jika menunjukkan sesuatu, Rasulullah selalu menggunakan seluruh tapak tangan baginda. Sekiranya baginda kagum akan sesuatu, baginda membalikkan telapak tangan. Apabila berbicara menjelaskan sesuatu, baginda selalu memukulkan telapak tangan kanan ke perut ibu jari kiri.

Jika Rasulullah marah kepada seseorang, baginda akan berpaling daripada orang itu dan menghindar. Apabila menyenangi seseorang, Rasulullah akan menjaga pandangan mata baginda. Kebanyakan tawa baginda adalah senyuman, giginya seumpama butiran mutiara.

(Direkodkan oleh Tirmizi)

Oleh yang demikian, marilah kita semua mengamalkan sunnah Rasulullah dalam semua perkara termasuk cara kita berbicara. Moga-moga kita semua beroleh barakah dan rahmat daripada Allah S.W.T. dan menjadi umat Rasulullah yang terbaik.


p/s:  Berusaha memperbaiki diri untuk mendapat rahmatnya...




Tuesday, September 17, 2013

~The Famous Failures~


Sekali gagal bukan bererti gagal selamanya.

Dua kali gagal pun tak bererti gagal untuk kali ketiga.

Pepatah melayu kata "usaha tangga kejayaan".

Kegagalan juga buat kita lebih tabah untuk menghadapi hari mendatang.

Macam mereka-mereka ni (^_^)





Tuesday, May 21, 2013

~Kisah Si Tanggang~


Terpanggil pulak nak bercerita tentang kisah Si Tanggang ni bila terbaca gosip artis Malaysia yang anak tak balik jenguk mak sampai dah 5 bulan, yang si kekasih pulak tambah bara api siap nak menyaman mak si lelaki, yang terbaru kata pulak mak si lelaki "tak siuman".  Dayusnya lelaki itu sebab menyokong usaha si kekasih nak saman si ibu dan biarkan aje si kekasih kata ibu dia macam-macam.  Mana perginya kasih sayang dan perasaan ingin mempertahankan ibu anda?Ermmm..tak taulah apa nak jadi..

Oh, by the way tau tak Si Tanggang tu siapa?

Pernah baca tak kisah rakyat pasal Si Tanggang?  Kalau lupa boleh refresh memory anda disini

Kisah rakyat ni pernah jugak difilemkan.

Masa tu saya masih kecik lagi.  Bila tengok cerita ni memang terus melekat dekat otak dan ingat sampai sekarang sebab pengajaran yang ditinggalkan dari kisah Si Tanggang tu.

Tapi sebagai manusia yang serba kekurangan, ada kalanya saya lupa jugak. Kadang bila mak suruh buat tu, tak mau buat.  Pernah jugak tertinggikan suara pada mak.  Tak sependapat. Tak mau dengar nasihat mak.  Tapi tu dululah masa zaman kecik-kecik tengah nakal, zaman remaja..Astagfirullahalazim!!

Sekarang ni saya memegang status sebagai seorang ibu, dan secara automatiknya saya rasa bagaimana susahnya mak membesarkan kami adik beradik seramai 5 orang yang perangai lain-lain.  Saya yang anak baru satu ni pun kadang pun teremosi jugak, nikan pulak nak membesarkan 5 anak, kalau yang ada 10 anak macamana?  Ermmm...

Tugas kita sebagai anak terutama yang dah berjaya, tentulah kita nak membahagiakan mak kita. Bukan wang ringgit yang dia minta tapi kasih sayang dan perhatian dari anak-anak.  Masa mak dah tua, dah tak berdaya, kitalah yang sepatutnya menjaga dia dengan penuh kasih sayang sebab lama mana lagi masa yang ada untuk dia hidup di dunia ni.  Itu jugalah yang saya harapkan dari anak-anak bila saya dan suami dah tua nanti.  InsyaAllah..

Saya ingin kongsikan juga kisah Si Tanggang Moden yang boleh kita jadikan tauladan.  Samada kisah ini benar ataupun tidak tapi kita ambillah kesimpulan dari kisah tersebut ye.

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Israa ayat 23:
Maksud:
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)".


Nabi saw. bersabda, "Semua dosa akan ditangguhkan pembalasan sampai nanti hari kiamat, kecuali derhaka kepada ibu atau bapa, maka sesungguhnya Allah akan segerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal dunia." (HR Hakim)

Semoga kita dijauhkan dari sifat-sifat sedemikian kerana syurga seorang anak adalah dibawah tapak kaki ibunya.








Monday, May 6, 2013

~Mengapa Tun Mahathir Sedih?~


Artikel di bawah saya dapat dari sini dan saya sharekan dengan kawan-kawan tersayang!

Pssst..saya bukan bersikap provokasi tapi it's worth to read.



MENGAPA TUN MAHATHIR SEDIH?


SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.


Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.


Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.


Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.


Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.


Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.


Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.


Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.


Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.


Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.


Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.


Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.


Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.


Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.
Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.
Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.


Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.


Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain. Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.


Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.


Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.



Friday, May 3, 2013

~Renungan Jumaat~




"Jangan resah andai ada yang membencimu,
kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia.
Tetapi resahlah andai Allah membencimu,
kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.."
(Imam Al-Ghazali)




Thursday, April 25, 2013

~Ke BOLSHOI THEATRE kita~



The excursion starts at 11 am and finished around 1.05 pm (2 hours of explanation, taking pictures yang melebih actually.  Ladies and camera + posing tak boleh dipisahkan...Me? Ermm, no comment! *smile*

BOLSHOI THEATRE

One of the Moscow's main sight. Dari luar nampak macam bangunan biasa je tapi bila dah masuk dalam hall, it is  a big "WOW"!!!! *dagu sampai lantai*

Ok, jom masuk dan berjalan-jalan di Bolshoi Theatre (^_^)



Lawatan adalah bermula di Beethoven Hall.  Sempat jugak saya mendengar suara soprano mereka.  Meremang-remang bulu romaku..Hakss




Habis di Beethoven Hall, let's continue to the main theatre hall..Dari luar dah nampak gahnya.  Masuk dalam, kalau tadi wow sekali je, tapi yang ni berkali-kali wownya, seret dagu yang jatuh ke lantai..Huhu :)

Semuanya adalah gold plated.  Berwarna merah dan cantikkkkkk.  Kan kalau kita tengok dalam movie ada cerita-cerita teater yang zaman dulu kala tu memang sama dan ada kelasnya yang tersendiri..Ouchhhh!

The chandelier yang ada kat tengah-tengah tu so huge dan adalah chandelier yang asal tahu..

Psssttt, I tak bawak camera canggih, camera murah je yang muat masuk dalam handbag ku yang comel jadi gambar adalah kurang cantik..Anda-anda semua bayangkan jelah u oulls tengok real ye.  So please imagine betul-betul berdasarkan gambar-gambar yang ku ambil dari kamera murahku itu *nangis menyesal tak bawah kamera besar daddy*









 

Then, kami ke tingkat 6 kalau tak silap.  Duduk di tingkat paling atas dan dipertontonkan dengan full rehearsal.  Oh, best sangat! The curtain yang tutup stage beratnya 500kg..Huh? Tapi masa kat atas ni tak dibenarkan ambil gambar ye.  Prohibited!!!

Next..ke tingkat bawah semula dan kami melawat kawasan sekitar yang terdapat di dalam Bolshoi Theatre ni;  ada ruang rehat, lounge, buffet hall, exhibition hall..

konon me so terpegun la tengok decoration bagai ;)
 









Exhibition hall adalah penamat bagi visit kami di Bolshoi Theatre ni.  By the way, "bolshoi" means besar, big.

Ni ada sikit sejarah berkenaan Bolshoi Theatre yang dibina pada tahun 1776 dan hanya dibuka pada tahun 1856 on Tsar Alexander II's coronation day.  Berkali-kali bangunan ini ditutup atas sebab-sebab pengubahsuaian dan penambaikan untuk diselaraskan dengan pembangunan semasa tetapi yang bagusnya mereka masih mengekalkan struktur bangunan, lampu, tiles, chandelier dan sebagainya.

Baca di sini untuk info lanjut mengenai Bolshoi Theatre (^_^)


Wednesday, April 24, 2013

~Fakta Psikologi~


Hubby selalu cakap;

"Orang yang pandai menguruskan masa jarang stay (OT) di ofis sehingga ke lewat malam.  t's normal kalau extend waktu kerja until 1 or 2 hours tapi  kalau dah sampai ke malam or pagi maksudnya orang tu gagal menguruskan kerjanya dalam jangkamasa (9 hingga 5) yang telah ditetapkan kecuali dalam kes-kes kecemasan"

Ermmmm...It's true actually.

And today I found this on Facebook.  Oh, thanks Facebook (^_^)



p/s:  sharing is caring :)


Tuesday, April 23, 2013

~Muffin chocolate~


Bangga bila buat dan menjadi sebab selalu buat tak jadi, asyik ke tong sampah je jawapnya!

Resepi senang dan sungguh mudah dan menggunakan bahan-bahan yang sungguh senang ni memang senang sangat untuk dibuat.

Sungguh banyak perkataan "SENANG" di perenggan di atas.  Itu menunjukkan pejam mata pun boleh buat hokey! Hiksss (^_^)

Adunan yang saya buat ni boleh dapat 12 - 15 biji muffin yang sungguh sedap!

Oh, ni bukan resepi original dari saya tau tapi saya dapat setelah google menggoogle di internet  di petang yang sungguh tenang sambil tengok tv dengan budak kecik comel kesayangan jiwa *Mummy miss u dear* tetiba kan!

Original recipe is from here, from Cadbury ouls! Ye, ala..kilang dia ada kat Seksyen 16 Shah Alam tu..Hahaaa

Bahan-bahan:

100g butter (softened)
100g gula castor
2 biji telur
100g tepung naik sendiri
25g
 serbuk koko

Cara-cara:
1.  Panas oven hingga 160 hingga 170’c
2.  Pukul gula dan butter hingga sebati, masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul lagi hingga kembang
3.  Masukkan adunan tepung dan serbuk koko ke dalam adunan telur
4.  Sudukan adunan ke dalam muffin  cup sehingga ¾ penuh
5.  Bakar selama 15-20 minit atau sehingga masak


Dan ini adalah hasilnya! Yeay!!!



close up!



Tuesday, April 9, 2013

~Ultrasound, MRI, Biopsy~



Bagi wanita yang concern dengan penjagaan diri dan mahu bebas dari penyakit nombor 1 di kalangan wanita, pasti mereka akan melakukan "pemeriksaan payudara berkala"; samada melakukannya sendiri ataupun berjumpa dengan doktor anda.

Saya pernah menjalani pemeriksaan payudara kira-kita 3 tahun lepas.  Masa tu saya agak risau kerana terdapat ketulan di bahagian atas payudara.  Memang masa tu "tersangat" risau dan agak malu nak jumpa doktor.  Tapi bila jumpa doktor je terus saya rasa marah, menyampah (bold dan merah sebab nak menunjukkan betapa marah time tu).  Doktor yang saya jumpa bekerja di Klinik Kesihatan ***.  Ya, klinik kerajaan oulsss!

Doktor yang saya jumpa secara luarannya adalah seorang wanita berumur pertengahan 30an, bertudung labuh dan sungguh bercirikan seorang muslimah sejati.  Syukur!

Tapi kenapa saya marah dan menyampah?

Sebab bahasa yang doktor guna tak sesuai dengan perwatakan muslimahnya dan saya boleh judge bahawa dia bukanlah seorang doktor yang cuba menyelami perasaan si pesakit.  Ermmm, how to say?? Kiranya macam tak ikhlas lah nak jadi doktor gitu.

Oh, bila saya masuk dia tanya sakit apa? (soalan biasa para-para doktor ni) tanpa muka senyum okey!

Saya jawab, saya perasan ada satu ketulan di payudara sebelah kiri.

Doktor kata "bukak baju".

Masa tu saya pakai kemeja, tengah bukak butang baju boleh pulak doktor tu saound "boleh tak cepat sikit bukak baju tu, ramai lagi patient kat luar tu"

Terus saya sentap sangat!  Saya tahu mungkin dia penat, saya pun penat menunggu tapi bukan itu caranya menegur.  Boleh je kot guna perkataan yang lebih indah, lebih lembut dan secara tak langsungnya tak menyakitkan hati si pendengar.

Tekan sikit-sikit benjolan di payudara saya macam nak lenyekkan adunan roti and it's done.

Breast tissue je kata doktor tanpa penjelasan lanjut.

Ntah nak percaya atau tak masa tu sebab marah saya terus je balik dan tak buat pun regular breast check up  kat klinik sebab menyampah tapi selalu buat time mandi.  Saya rasa during bath is the best time to do self breast check up.

Ehhh, terpanjang pulak entry dan dah jauh lari dari tajuk.  Next entry lah ye (>_<)




Thursday, March 28, 2013

~Great Relationships~


~Great Relationships~


Copy and paste this from my email.

A great thing to share with friends.  Remember; "sharing is caring"


 
 



Wednesday, March 20, 2013

~Jawapan kepada soalan sebab nak tertinggal kapalterbang~


Hamboi bukan main panjang tajuk (^_^)

Bila baca comment dan Auntie Anis tanya "apa yang tak kena dengan passport Zara tu?" terus I macam eh, bukan ke dah cerita panjang berjela-jela.  Terus baca balik entry tu dan "oh, my mistake again"..mak lupa yunk! *ahaks*


Baiklah, jawapan kepada persoalan "apa rasa bila hampir ketinggalan kapalterbang?" ialah:

SALAH CETAK TARIKH LAHIR DI VISA
(sorry tak dapat nak letak gambar visa atas sebab tertentu)  

Boleh?

Boleh?

Boleh?

Mummy yang konon-kononnya cukup efficient pasal benda-benda cenggini telah terlepas pandang akan perkara tersebut padahal dah berkali renew visa kot*aceh, ayat formal gituew*

Tapi kesilapan yang macam ni memang kalau ikutkan tak boleh dimaafkan!

Tahu tak? *baca dengan nada marah konon-konon tengah marah Mummy*

Especially bila dah hampir terlepas kapal terbang.

Sekian, terima kasih...




Friday, November 9, 2012

~Renungan~

Nak sharekan renungan yang sungguh bermakna dengan kawan-kawan yang budiman.
Dan ini sesungguhnya adalah peringatan untuk diri saya sendiri..InsyaAllah...


Kadang-kadang Allah uji dengan sakit 
Agar kita mengerti betapa nikmatnya sihat 
Kadang-Kadang Allah uji kita dengan waktu yang sempit 
Agar kita tahu manfaatnya waktu lapang 
Kadang-kadang diuji dengan rasa jahilnya diri 
Agar kita menyedari bahawa ilmu di dunia ini hanyalah setitis dari lautan ilmu-Nya 


Kadang-kadang Allah uji dengan kesempitan hidup,resah dan gelisah 
Agar kita sentiasa ingat bahawa ‘Cukuplah Allah bagi kita’ 
Kadang-kadang Allah uji dengan kemiskinan 
Agar kita jadi orang yang bersyukur, sohor dengan nikmat-Nya walaupun sedikit 
Kadang-kadang diuji dengan rasa ujub,hasad,riak dan takbur 
Agar kita tahu betapa mahalnya nilai sebuah keiklasan,kejujuran dan tawadhu' 
Kadang-kadang Allah uji bila kita berseorangan 
Agar kita menyedari kuatnya kita bila berteman 
Kadang-kadang kita diuji dengan sebuah perpisahan 
Agar kita mengerti indahnya ukhwah  bila bertemu dan berpisah kerana redha-Nya 
Kadang-kadang Allah uji dengan pelbagai kerenah insan 
Agar kita mengerti betapa warna-warninya sebuah kehidupan 


Kadang-kadang diuji dengan rasa lemah 
Agar kita menyedari tiada yang Maha Kuat melainkan Dia 
Dialah sumber kekuatan 
Kadang-kadang Allah uji dengan rasa takut 
Agar kita merasai betapa kematian dan alam kubur itu lebih mengerikan 
Kadang-kadang Allah datangkan bala bencana 
Agar kita tak lupa bahawa dunia ini telah tua, qiamat itu pasti tiba 
Agar kita tidak dilalaikan dengan kesenangan dunia yang sementara 


Makna sebuah kebahagiaan itu luas skopnya  
Hakikat bahagia itu adalah bila diri mencintai dan dicintai Ilahi



Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...