CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, February 16, 2011

~ 14 Februari 2011 ~

14 Februari 2011....

Ok, jangan salah faham ye...ini bukan bermaksud Valentine's Day... tapi ianya adalah bermaksud:

"Saya telah genap sebulan bergelar isteri"


Mungkin jugak ada yang beranggapan "eleh, tu pun nak bagitau" atau mungkin jugak ada yang kerut-kerut dahi kata "eh, bukan ke dia tu baru je bersanding 5 feb ari tu..apehal dah sebulan"...Ha, ni mesti x baca entry yang dulu ni.. Diulangi-diulangi:  saya nikah awal ye..huhu

Ekhem..ekhem..Tujuan mewar-warkan bukan nak hover tau tapi cumanya saje jer.. Yelah diam tak diam ghope2nyer dah sebulan dah kan...tapi kenyataannya saya kadang tu masih lagi tersyasyul memanggil En. Hubby (terutamanya bila borak dengan kawan2)...kadang tu terkeluar "boyfriend" and kadang tu pulak "cousin"...huhu

Apepun, saya ingin mengucapkan tahniah kepada diri saya sendiri dan selamat ulangtahun yang ke-sebulan!

p/s:  Perbualan biasa kami suami isteri mesti ada je terselit soalan-soalan "kita dah kawin kan?" atau "x sangka kita dah kawin kan" atau "ye ke kita dah kawin ni?"...

Friday, February 11, 2011

~ proses membuat visa ~

Semalam pagi aku dan hubby meredah NKVE yang dah tak jam (memang dah x jam coz org semua dah masuk keje, aku  je yg terlambat bangun..huhu) terus menuju ke Pejabat Kedutaan Rusia atau nama Inggerisnya Russian Embassy..

Russian Embassy ni terletak kat Jalan Ampang..area ni memang tempat berkumpulnya semua embassy-embassy yang ada kat Malaysia ni...dekat-dekat je tempat dia..satu jalan, senang nak carik...Berdekatan dengan Menara Perkeso...

Mula-mula je sampai agak seram..mana taknya bangunan dia sungguh tertutup..very tak welcome orang je gamaknya..Tapi aku masuk gak..as usual kena register dulu then dia siap scan badan kita...Bila turn my hubby dan2 je alat sensor tu bunyik, aku panik gak, tapi bila kuarkan ghopenyer handphone je pun...ahakakakk (^_^)

Bila masuk dalam pejabat Konsulat dia tu, cuma ada one Indian lady yg sungguh friendly melayan kami iaitu Ms Cindy...borak2 dulu bagi kenal2 n bila aku kata we're just married, terus je dia mainkan musical box as she don't have any gift to give to us (St Basil, Moscow - maybe souvenir tu dia beli time pegi Moscow dulu kot..dia citer dah 4 kali dah dia g Moscow..dulu murah je but now dia kata expensive..x gi dah!)..Sebenarnya kan, mula2 tu aku ingat dia nak bagi aku benda tu..tapi ghopenyer dia mainkan je lagu...tapi nice jugak kan? Tq so much Cindy.. :D

Ok, jom sambung citer pasal proses membuat visa ni...Selama ni aku dengar yang urusan membuat visa di Russian Embassy ni susah bangat..and macam2 yang dia nak..tapi mungkin semalam nasib aku n hubby baik kot coz the procedure is very easy as compared to South Korea punya procedure (Kak Fiza yg nak g Seoul tu x boleh proses borang sebab banyak benda yg dia nak..masa org col tanya, kata cuma gambar n passport n borang je..bila nak submit borang dan2 la nak flight tiket lah, perbelanjaan kat sana lah..hishhhh, ngade tul tau!)..According to Russian Officer, Mr. Anton (handsome tau! ouchhh...laki kat sebelah sedar sikit oiiii) visa kami akan diproses dan siap dlm masa seminggu je that means on the 18/2/2011... Actually kalau ikutkan normal procedure, visa approval to enter Russia will take 1 months or maybe more...Tapi disebab aku dibekalkan dengan "nota diplomatik" tu yang dia kata boleh  proses cepat kot! Tapi xtau lah betul ke tak sebab kan tu janji mulut je..well, just wait n see ya!

If betul visa siap macam tarikh yang dijanjikan tu makanya penerbangan aku dan hubby ke Moscow confirmlah 26/2/2011...ermmm...ada lebih kurang dua minggu lagi kami di Malaysia..

p/s:  Di waktu-waktu macam ni 2 minggu tu mcm 2 hari je..uhukkk :(

~ majlis berzanzi, marhaban dan potong jambul ~

Majlis persandingan pagi tu dimulakan dengan majlis berzanzi, marhaban dan potong jambul...Tapi baby hensem yang dipotong jambul tu dah besar sikit dalam 6 bulan umuq dia (akceli dah buat dah kat umah mak mertua abg aku, tapi mak buat jugak kat umah kami bagi memeriahkan lagi majlis pagi tu)...tapi kiranya dia lah yg terpaling baby dalam keluarga kami...hehehe :D

Baby hensem yang dimaksudkan tersebut ialah En. Mohd Ilham bin Mohd. Fauzi iaitu baby sulung abang aku....cayang Ilham!!!! muahhhhh!!! Jom layan gambar lagi..

Mohd Ilham..baby yg akan ditokakkan rambut dia..huhu




Kumpulan marhaban...

Bersedia dengan peralatan tersebut; gunting, air mawar, beras kuning, kelapa





p/s:  Walaupun rambut En. Ilham dah ditokakkan, tetapi beliau cool je, x nangis pun dan yang penting masih hensem lagik..hahaha (*_*)

~ majlis pernikahan ~

Ok, before kita teruskan dengan cerita majlis persandingan yang berlangsung 5.2.2011 aritu, apa kata kita mulakan dengan cerita sekitar majlis pernikahan yang dah berlangsung lebihkurang 2 minggu sebelum majlis persandingan tu..

Kalau ikutkan perancangan awal, aku patutnya nikah on the 4th Feb. 2011 tapi rasanya kat entry yang dulu aku ada cerita sikit sebab musababnya kenapa kena nikah awal..so anyone yg missed that entry just click "saya dah nikah"  so xyah la aku cerita lagi kenapa ye ;P

Since last entry pun dah bercerita, so entry kali ni layan gambar jelah yerk...Jadi dengan ini dipersembahkan gambar-gambar disekitar majlis pernikahan 14.01.2011..

Lepas ni semua dah xleh tido dengan maksu lagi tau ;D

Tekun mendengar "khutbah" dari jurunikah

Saat2 yang mendebarkan..

Alhamdulillah..amin

Suami membacakan takliq..

Berjanji..

Isteri membacakan takliq..

Kakak ipar membacakan on behalf of mak tersayang..

Tak tertahan air mata bila mak menyerahkan anaknya untuk dijaga oleh suami..

Masih menangis sambil berjanji kepada mak untuk menjadi isteri mithali..
Dan akhirnya senyuman gembira yg mampu diberikan untuk semua keluarga dan teman2 tersayang...

p/s:  Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang mendoakan kebahagiaan rumahtangga kami...doa kalian mengiringi kami di mana jua kami berada...InsyaAllah..
   

Thursday, February 10, 2011

~ sungguh aku GERAM ~

Perkataan GERAM di atas memang sengaja aku buat huruf besaq sebab sesungguhnya aku memang tengah GERAM sebab computer ni dah meneutralkan semua folder gambar aku dlm external hard disk ku ini...abis semua ilang gambaq aku!!!suka suki ati ko je ilangkan gambaq aku yg cun melecun ituewwww!!!  Abis terbantut terus mood aku nak menghupdate citer sekitar majlis persandingan minggu lepas!!


KUANG AJAKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!

GERAMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM!!!!!

Wednesday, February 9, 2011

~ "1:3" ~

Apa kaitan tajuk "1:3" kat atas ni? Ha, ni yang dok nak habaq mai ni...hari ni sungguh letih kerana seharian menguruskan dokumen perjalanan di tiga tempat berasingan..kan jadik 1 nisbah 3 tu...kekekke :D

Agak2 dapat ke fly sabtu ni? Macam ala2 tak dapat jek..if delay sikit pun ok gak, so bolehlah buat persiapan sikit je lagi...Tapi apepun fly bila2 pun sama je..preparation masih perlu buat gak..cumanya final preparation tu yg penting..malas lah nanti kang ada pulak barang tertinggal, terlupa..Dah satu hal pulak..xkan la nak balik dengan penerbangan yg berbelas jam dan beribu riban tu semata-mata nak amek barang cam belacan, ikan bilis, tempoyak yang tertinggal tu..huhu

Friday, January 28, 2011

~~cuti panjang~~

Maka dengan ini akan bermulalah cuti panjang aku sempena majlis persandingan yg akan berlangsung pada 5hb Februari 2011...

Horeeeyyyyyyyy!!!!

Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...